Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 14 Jan 2008

TM Liga Premier

Malam esok akan berlangsung 6 lagi pertemuan TM Liga Premier 07/2008 dengan skuad bawah 19 tahun Kebangsaan – Harimau Muda akan menentang pasukan Kelantan yang baru sahaja menewaskan pasukan Sabah 2 gol berbalas 1 pada perlawanan lalu di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru.

Manakala pendahulu Liga Premier, Johor yang masih segar dengan kemenangan 2 gol tanpa balas menentang Harimau Muda tempohari akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang menentang pasukan ATM.

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 14 Januari 2008:

Melaka Vs PKNS
Stadium Hang Tuah, Melaka

Shahzan Muda Vs Plus FC
Stadium Darul Makmur, Pahang

Sabah Vs Kuala Muda
Stadium Kompleks Sukan Tawau, Sabah

Harimau Muda Vs Kelantan
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

ATM Vs Johor
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

Proton FC Vs Kuala Lumpur
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali di Stadium Kompleks Sukan Tawau, Sabah iaitu pada pukul 8:15mlm.

Likes(0)Dislikes(0)