Perhatian | Pengguna Berdaftar

Semenjak krisis Steve Darby bermula dan prestasi pasukan Perak mulai menurun, pihak kami menerima banyak respon berbentuk amarah dan luahan perasaan dihamburkan pada bahagian komen artikel-artikel yang disiarkan.

Seperti yang pernah pihak kami maklumkan dahulu, kami membenarkan komen yang berbentuk kritikan pedas atau keras. Namun pihak kami tidak sama sekali membenarkan sebarang kata cacian dan penghinaan yang keterlaluan ditujukan kepada pemain tempatan sendiri, pasukan dan penyokong pihak lawan serta segala yang berkaitan.

Melabelkan pasukan itu dan ini sebagai pasukan belasahan serta mendakwa sesuatu perkara yang tidak mempunyai bukti kukuh adalah satu kesalahan yang serius. Perkara seperti menampal artikel berita pada mana-mana bahagian laman web ini juga dilarang.

Sejak beberapa hari ini pihak kami telah mengubah dan memadamkan banyak komen yang melanggar peraturan seperti terdapat di ruangan FAQ tanpa mengambil sebarang tindakan terhadap individu-individu terbabit.

Oleh itu mulai saat artikel ini disiarkan pihak kami tidak akan bertolak-ansur kepada individu-individu yang masih berdegil dengan peraturan yang kami tetapkan.Tindakan memadamkan komen dan username anda akan dilakukan serta merta tanpa sebarang notis.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)