Pengumuman | Directory & Forum

Awal pagi tadi terdapat gangguan pada sistem User Online seladang.net yang tidak dapat memaparkan jumlah sebenar pengguna untuk tempoh 1 jam. Masalah berpunca rentetan dari proses naik taraf yang dijalankan pada tengah malam tadi.

Oleh kerana masalah itu bersangkut-paut dengan ruangan Forum, maka pihak kami terpaksa menutup ruangan Forum tersebut dan digantikan dengan ruangan Directory.

Ruangan Directory ini akan memberikan peluang kepada pengguna semua untuk bertukar pautan atau links dengan halaman seladang.net. Ruangan Directory ini hanya boleh di akses oleh ahli berdaftar sahaja. Ini terpaksa dilakukan untuk memantau spam bots dan advertising bot serta pengguna yang menghantar pautan tersebut.

3 Syarat penting sebelum anda menghantar pautan atau link:

1) Anda telah meletakkan pautan atau link laman web seladang.net pada halaman anda sebagai tukaran dengan menggunakan format penuh seperti dibawah:
http://www.seladang.net

2) Pautan web yang dihantar mestilah kepunyaan anda sendiri dan bukannya mewakili pihak lain.

3) Tidak menghantar laman web yang berunsurkan lucah, aktiviti haram, MLM, skim cepat kaya, dan lain-lain yang dilarang dibawah akta Suruhanjaya Telekomunikasi & Multimedia Malaysia serta halaman yang difikirkan tidak sesuai oleh pihak pengurusan seladang.net.

Pihak kami telah dan akan memasukkan beberapa halaman yang telah dikenal pasti mempunyai pautan kepada halaman komuniti seladang.net namun kami tidak mampu untuk mencari kesemuanya dalam satu masa.

Oleh itu jika anda telah pun meletakkan pautan halaman seladang.net pada web anda maka kami sarankan anda menghantar pautan laman web anda kepada kami secepat mungkin untuk diletakkan pada ruangan Directory.

Setakat ini kami mempunyai 4 kategori di dalam ruangan Directory iaitu:

1) Umum - untuk halaman yang tidak mempunyai kategori khas.

2) Halaman Penyokong Bolasepak - halaman yang berkaitan penyokong bolasepak

3) Halaman Anak Watan Perak – khas untuk mereka yang dilahirkan di negeri Perak Darul Ridzuan.

4) Halaman Pengguna Umum – untuk semua pengguna yang bukan kelahiran negeri Perak.

Jika anda tidak pasti di mana kategori yang sesuai untuk anda, sila gunakan kategori UMUM kerana pihak kami akan melawat ke halaman anda sebelum memutuskan kategori yang bersesuaian. Pihak kami akan membuka kategori baru jika merasakan halaman anda mempunyai keunikan yang tersendiri.

Sila rujuk ruangan Directory dan klik Submit A Site!. Semua pautan atau link yang dihantar akan melalui proses verifikasi sebelum ianya disiarkan.

Sebarang masalah bolehlah diajukan pada ruangan komen dibawah untuk pengguna yang telah berdaftar.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Pengumuman | Directory & Forum

Comments are closed.