Misi Menebus Maruah (3M)

Bersama Yong Ayu

Liga Super musim 2007/08 kini telah memasuki seperempat keseluruhan perlawanan dan belum ada lagi tanda-tanda pasukan mana yang disebut-sebut berpotensi akan menjuarai Liga Super musim ini. Setiap pasukan telah menempuh antara 6 atau 7 perlawanan setakat ini dengan kedudukan pendahulu liga silih berganti. 

Pada perlawanan pertama dan kedua (masing-masing pada 18 dan 21 November 2007), PDRM telah berada di tangga teratas carta. Ia diambil alih oleh pasukan Kedah yang memimpin carta selepas perlawanan ketiga (18 Disember 2007). Selangor pula mengambil alih carta selepas perlawanan keempat (23 Disember 2007) tetapi dirampas semula oleh Kedah selepas tamat perlawanan kelima (29 Disember 2007). Terengganu pula sempat menduduki di tangga teratas liga selepas perlawanan keenam (1 Januari 2008). 

Namun begitu setelah tamat perlawanan ke-7 (5 Januari 2008), tempat pertama kini dihuni semula oleh pasukan Kedah. Bermakna Kedah telah tiga kali menduduki tangga teratas liga, sementara Perak belum lagi berpeluang berbuat demikian.
 
Oleh itu rata-rata para penyokong Perak akan bersetuju dengan pendapat saya bahawa perlawanan ke-8 Liga Super yang menemukan Perak (selaku tuan rumah) dengan Kedah (selaku pasukan pelawat) pada hari Sabtu, 12 Januari 2008 di Stadium Perak, Ipoh merupakan perlawanan tumpuan minggu ini. 

Dijangkakan penyokong Perak akan beramai-ramai turun ke Ipoh untuk menyaksikan perlawanan itu. Tidak kurang juga penyokong Hijau Kuning akan turut memeriahkan lagi perlawanan tersebut. Beberapa faktor pendorong untuk para penyokong skuad Seladang berbuat demikian adalah seperti berikut:-

Perak telah menemui rentaknya semula ekoran kemenangan berturut-turut mengalahkan Sarawak pada 1 Januari 2008 di tempat sendiri dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Terbaru mengalahkan Pulau Pinang pada 5 Januari 2008 dengan keputusan 2 gol juga tanpa balas. Oleh itu para penyokong mengharapkan bahawa momentum tersebut mampu dikekalkan oleh pasukan kesayangan mereka, Perak.

Penyerang dari Chile, Carlos Ceceres kini dikatakan telah dapat mensesuaikan dirinya untuk bergandingan dengan penyerang tempatan Perak, Khalid Jamlus.  Setelah menempuh 3 perlawanan bersama Perak, beliau telah berjaya menjaringkan 2 gol. Khalid Jamlus pula kini menjadi penjaring terbanyak dengan jumlah 6 gol. Para penyokong sudah semestinya ingin melihat kedua-dua penyerang tersebut mampu menjaringkan gol dan sekali gus menumpaskan Kedah di gelanggang sendiri.

Jika Perak berjaya menewaskan Kedah, ada berkemungkinan boleh menjadi pendahulu liga dengan syarat pasukan-pasukan lain seperti Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor mengalami kekalahan atau berkeputusan seri.

Kedah dan Perak merupakan finalis Piala Malaysia pada musim lalu (2006/07).  Pada perlawanan tersebut, Perak tewas di tangan Kedah dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Oleh itu para penyokong mengharapkan supaya pasukan Perak menggunakan peluang keemasan ini untuk menebus maruah dan membalas dendam di atas kekalahan tersebut dengan melakukannya di tempat sendiri.

Selanjutnya saya ingin pula menarik perhatian pihak-pihak tertentu dalam pengurusan Perak kepada perlawanan antara Perak dengan Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan pada 5 Januari yang baru lalu. 

Saya melihat Carlos Caceres tidak mampu bertindak pantas ketika mendapat bola di kawasan penalti pasukan Pulau Pinang. Beliau mengambil masa yang agak lama untuk cuba melakukan sesuatu ke arah pintu gol yang pada akhirnya bola dirampas oleh pemain lawan. 

Apabila beliau keluar dan digantikan oleh Razali Umar, saya dapati pemain ini bijak meloloskan diri dari perangkap off-side yang dipasang oleh pasukan lawan. Beliau juga sering mendapat peluang untuk melarikan bola ke dalam kotak penalti namun terpaksa bertindak bersendirian untuk menjaringkan gol kerana tidak mendapat sokongan daripada rakan-rakan yang lain.
 
Melihatkan kepada situasi di atas, saya ingin mencadangkan supaya Steve Darby mencuba formasi 4-3-3 yang belum pernah dicubanya sebelum ini. Ini adalah kerana Razali Umar mampu untuk mengucar-kacirkan pertahanan Kedah yang boleh menghasilkan gol yang dicari-cari. 

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa Shahrulnizam Mustapa tidak begitu berfungsi di bahagian tengah. Beliau sering terhantar bola kepada pihak lawan dan sebaiknya pemain ini direhatkan untuk memberikan ruang kepada Danial Fadzly atau Hardi Jaafar sebagai pengganti.

Apapun semua ini terserah kepada kebijaksanaan Jurulatih/Pengurus pasukan Perak, Steve Darby yang lebih arif dalam mencorakkan permainan anak buahnya.

Yong Ayu – seladang.net
 

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “Misi Menebus Maruah (3M)

  1. Yob Utara

    Nampak macam ada badi kat pendahulu liga, mungkin Perak boleh kalahkan Kedah nanti...apapun kita tengok camne...harap Perak menang walau setipis mana pun gol..
    skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seraimerah

    salam

    nak tukor formasi? runtuh langit kat ipoh tuh belu tentu SD mau tukau dier punye formasi.

    apa bezanya steve Mcleren dengan SD? hasilnya penjanaan team tak secermelang netto. kekekeke

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yob Utara

    Mmmm..jangan dikenang orang yang dah tak ada yob cuma kalau netto ada material pemain macam sekarang mungkin dia mampu nak bawa team Perak lebih baik dari sekarang...tapi bab jambuisem yang teman tak berkenan dengan netto tu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    udah le tu jgn berbalah. kt tgk je nt mcmane perak lwn kedah. sd mst dh blaja dr kesilapan lalu. kalo xade prbhn lg teman xtau le yob. ape2 pun kt trn rmai2 dtg skng team kt sabtu ni. perak pasti blh. jgn kutuk player kt bla klh. kt sepatutunya bg sokongan moral kpd player n jurulatih. tu br betol dinamakan penyokong setia. penyokong setia berdiri kukuh di blkng team kt walau klh or menang. mane ade player yg nk klh tp kalo bkn rezeki nk wat mcmane. BTL X YOB SEMUA?

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. seraimerah

    hehe

    betul la tu. tapi SD pun ader jambu dier jugak. kekeke..

    aperpon yang kita bincangkan n walo apapun pendekatan formasi yang dibuat oleh coach, sebenornye implemantation yang sangat penting.

    beze antara game perak vs Jfc dan perak vs sarawak adalah implementationya. walupun menggunakan formasi yang sama tapi approachnyer berbeza yang mana bertemu jfc long ball digunakan tetapi berdepan s'wak short pass digunakan n dengan penang awk tak tau sangat. Implementation mana yang baguih? long ball? ke atau short pass?

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. me 109

    Teman setuju dgn Raul.Kita patut bagi sokongan bg team kita dlm apa jua situasi.Teman nak nengok PERAK main dgn penuh komitmen Sabtu ni.Kedah mempunyai pertahanan yg kental dan pemain2 tengah yg bijak mengeksploitasi ruang2 kosong di kiri dan kanan kotak penalti Perak.Kedah bukan Penang atau Sarwak.Defen deme jarang kali buat kesilapan.Deme juga `good at defending a 1-0 lead`.PERAK dgn cara positional play yg biasa di gunakan oleh SD harus waspada dgn corak permainan Kedah,kalau tak padah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. azwanali

    Teman tak tau beno tang formasi and taktikal.
    Yg penting Sbtu ni jgn pisang tanduk brbuah 2 kali.
    Leyek kedah bagi tumpo.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. mim

    statement yong ayu 2 mmg meningkatkan semangat teman le.....teman arap kte penohkan la stad kte malam sab2 nih....kte bagi sokongan kaw2 kat team kte....bawak bndare....arap sblom stat kte nyanyi lagu "barisan kita" baru feel...betoi x???? pepehe jmpe kat stad....assalamualaikum....

    kejor yob kejor,
    kejor sampei tumpo,
    serang bg skor,
    da skor jangan bg bocor....

    Nota: Komen ini telah diubah oleh admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. webmaster

    Perhatian untuk saudara/saudari mim:

    Komen anda mengandungi unsur provokasi yang melampau kepada penyokong pihak lawan tanpa sebarang bukti jelas lagi nyata melainkan hanya keterangan berdasarkan dengar dan cakap (hear and say).

    Oleh itu pihak kami telah meminda komen tersebut tanpa memadamkannya. Anda diminta untuk tidak mengulangi kesalahan yang serupa pada masa yang akan datang.

    Kegagalan anda mematuhi peraturan yang diberi akan mengakibatkan nama anda dipotong tanpa sebarang notis selepas ini.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. ilorian

    hmmm...teman setuju dgn YA...tapi yang lbh penting bagi teman...ialah Prk mesti menang bila lwn Kdh mlm Sabtu nanti... Bior ape formasinya, bior sape playersnya, bior ujan ke idak....YANG PENTING YOP MESTI MENANG demi memenuhi 3M.

    Bior KEJOR YOP KEJOR atau SKOR YOP SKOR.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. mim

    askum....
    ader sesaper tau x sllnyer game piale presiden stat kol braper????
    teman nak tgok cam ne dak2 plapis kite ni men cam ne....
    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. seraimerah

    betoi.. deme main lebih kughang waktu tu le. 4.45 pm

    gam baghu lepas

    sabah 0 perak 0 (3 jan)

    perak 5 perlis 1 (10 jan)

    next game

    17/1/2008
    PDRM V PERAK
    PULAPOL
    445 PTG

    p/s: sorry mod off topik lak

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.