Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 25 Jan 2008

TM Liga Premier

6 pertemuan telah berlangsung malam tadi untuk persaingan TM Liga Premier 07/2008 dengan skuad Harimau Muda tewas 3 gol berbalas 1 kepada pasukan Plus FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harimau Muda Vs Plus FC

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Shah Alam terpaksa ditukar pada saat akhir setelah mengambil kira adanya perlawanan yang membabitkan pasukan Selangor sabtu ini.

Pendahulu Liga Premier ketika ini, Johor terus mengukuhkan penguasaannya apabila membenam Kuala Lumpur di Cheras dengan jaringan 3 gol berbalas 1.

Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 25 Januari 2008:

Shahzan Muda  0 – 0  Felda United FC
Stadium Darul Makmur, Pahang

Sabah 0 – 1 PKNS
Stadium Kompleks Sukan Tawau, Sabah

Harimau Muda 1 – 3 Plus FC
Stadium Shah Alam

ATM 0 – 1 Kuala Muda
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

Proton FC 2 – 2 Kelantan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 1 – 3 Johor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Nota: Untuk gambar perlawanan antara pasukan Harimau Muda menentang Plus FC sila layari laman web sportsmalaysia

Likes(0)Dislikes(0)