Keputusan TM Liga Premier 07/2008 – 14 Jan 2008

TM Liga Premier

6 perlawanan berlangsung malam tadi dalam TM Liga Premier 07/2008 dengan pasukan Johor terus unggul sebagai pendahulu liga apabila menewaskan skuad ATM dengan keputusan 3 gol berbalas 2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dalam pada itu, skuad bawah 19 tahun Kebangsaaan – Harimau Muda yang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam tumpas dengan jaringan 2 gol berbalas 1 walaupun berjaya mendahului seawal minit ke 32.

Fakri Saarani Harimau Muda

Fakri Saarani penjaring tunggal pasukan Harimau Muda ketika bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam.

Keputusan Perlawanan TM Liga Premier 14 Januari 2008:

Melaka 2 – 1 PKNS
Stadium Hang Tuah, Melaka

Shahzan Muda 0 – 2 Plus FC
Stadium Darul Makmur, Pahang

Sabah 0 – 2 Kuala Muda
Stadium Kompleks Sukan Tawau, Sabah

Harimau Muda 1 – 2 Kelantan
Stadium Shah Alam, Selangor

ATM 2 – 3 Johor
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

Proton FC 1 – 0 Kuala Lumpur
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Likes(0)Dislikes(0)