Kepada Pengguna Berdaftar | FAQ

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA BERDAFTAR:

Kepada semua pengguna berdaftar anda dinasihatkan untuk membaca ruangan FAQ dengan sebaiknya sebelum anda berdaftar. Tetapi nampaknya masih banyak pengguna yang masih berdegil samada secara sengaja atau tidak sengaja melanggar peraturan yang kami berikan.

Oleh kerana nila setitik habis susu sebelanga, itulah perumpamaan yang dapat kami berikan dalam situasi ini. Oleh kerana segelintir individu yang bersikap acuh tak acuh dengan peraturan yang diberi, semua pengunjung berdaftar menjadi mangsanya.

Mulai hari ini semua komen akan melalui proses verifikasi dari pihak pengurusan seladang.net sebelum ianya dapat disiarkan. Pihak kami merasa amat sedih dan terkilan kerana perkara yang sama masih lagi berlaku walaupun peringatan telah diberikan berulang-ulang kali.

Janganlah kerana pasukan Perak berjaya membelasah pasukan PDRM dengan jaringan yang besar, anda sebagai peminat mulai merasa bongkak dan takbur serta mudah melemparkan kata-kata kejian kepada pihak lain terutamanya kepada pasukan lawan. Langit tidak selalunya cerah dan roda pasti akan berpusing ke bawah apabila tiba masanya.

Perhatian untuk username fiv_zal:

Anda telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh laman komuniti ini dengan meletakkan link-link laman web pemilik lain tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuan pihak pengurusan seladang.net.

Semua posting berkaitan telah dipadamkan dan keahlian anda telah ditamatkan serta merta. Jika anda masih berminat untuk menyertai komuniti ini anda dipersilakan untuk mendaftar semula dengan menggunakan email dan username baru.

Ingin kami tegaskan disini pihak kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung. Jika mereka (pemilik laman web tersebut) tidak berminat atau suka untuk meletakkan link seladang.net pada halaman mereka, mengapa pula kami perlu link-link mereka disini?

Anda sebagai pengguna juga dilarang keras meletakkan link seladang.net pada halaman mereka kerana pihak pengurusan seladang.net tidak mahu sebarang masalah timbul dikemudian hari nanti.

Ingat!!! pihak pengurusan seladang.net tidak pernah melantik secara langsung atau tidak langsung sebarang agen, user atau wakil pembekal link laman web seladang.net di mana-mana web komuniti penyokong bolasepak lain.

Perhatian untuk username me 109:

Posting anda juga telah dipadamkan kerana mengandungi kata-kata yang berunsurkan penghinaan kepada pasukan Selangor dan kepada media massa tempatan.

Namun kami hanya memadamkan komen anda dan memberikan satu lagi peluang kepada anda untuk lebih berhati-hati apabila berposting selepas ini. Tiada lagi amaran kepada anda selepas ini jika masih mengulangi kesalahan yang serupa.

Ingatlah kepada semua pengunjung seladang.net, perbuatan menghina pasukan lain dan seumpama dengannya bukanlah satu perkara yang mulia untuk dilakukan. Pihak pengurusan seladang.net sentiasa cuba untuk menjalinkan hubungan yang baik sesama komuniti penyokong lain dan perkara ini adalah polisi utama kami. Jagalah “Tepi Kain” kita sendiri sebelum menyusahkan diri menjaga “Tepi Kain” orang lain.

Kita sebagai penyokong bolasepak wajib menyokong pasukan sendiri tetapi itu tidak bermakna kita perlu menjadi “Pak Turut” dengan segala perkara yang tidak kena pada kacamata kita. Janganlah kerana anda mempunyai hubungan yang baik dengan pemain atau individu-individu tertentu di dalam Perak FA anda “membisu” dengan segala “kepincangan” yang mereka lakukan.

Jika anda hendak mengkritik secara keras pihak pengurusan Perak FA mahupun sebilangan pemain-pemain Perak kami tidak melarangnya. Malah kami mengalu-alukan komen yang berunsurkan kritikan keras tetapi biarlah yang mempunyai faedah untuk dibaca dan dapat memberikan mereka panduan sebaiknya.

Kritikan yang disusuli dengan kata-kata kesat, makian atau mencarut bukanlah idea yang baik dan seronok dibaca. Bayangkan jika anda adalah mereka dan diperkatakan begitu, apakah perasaan anda?

Diharap semua pengunjung dapat mengawal diri sewaktu berposting dan kami tidak mahu lagi mengulangi “leteran” ini berulang kali kerana sudah “letih” dengan sikap segelintir pengguna yang cukup tegar melakukan kesalahan demi kesalahan.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Kepada Pengguna Berdaftar | FAQ

  1. webmaster Post author

    Anda boleh terus ke Channel ini:
    http://www.youtube.com/seladangdotnet

    Ada beberapa klip video yang kami simpan buat sementara waktu dan akan disiarkan semula tidak lama lagi.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.