Helaian Jadual & Ranking TM Liga Super 2007/08
January 2nd, 2008 by webmaster
P/S: Repost Topic
Seperti yang pernah dijanjikan dahulu, pihak kami telah menyiapkan satu lagi helaian yang lebih mudah dan lengkap berbanding dengan versi asal yang pernah kami edarkan dahulu.
Helaian ini telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2003 dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan versi Microsoft Excel yang terdahulu. Berikut adalah antara versi perisian yang boleh anda gunakan:
Excel 97 (versi 8.0) dalam pakej Office 97
Excel 2000 (versi 9.0) dalam pakej Office 2000
Excel 2002 (versi 10) dalam pakej Office XP
Excel 2003 (versi 11) dalam pakej Office 2003
Selain dari versi diatas, pihak kami tidak dapat menjamin ianya akan sesuai untuk dibuka atau digunakan di komputer anda. Jika terdapat kotak ‘Security Warning’ keluar sewaktu anda membuka helaian tersebut, anda diminta untuk ‘Enable Macros’ pada jadual excel tersebut.
Beberapa perlawanan yang lalu telah pun pihak kami isikan dan apa yang perlu anda lakukan selepas ini hanyalah dengan memasukkan keputusan perlawanan berpandukan jadual yang telah disediakan. Terdapat juga ‘Drop Down Menu’ untuk anda menganalisa setiap perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran anda disebelah kiri helaian tersebut (di dalam kotak merah) .
Buat masa ini pihak kami hanya mengedarkan helaian jadual & ranking untuk pasukan Liga Super sahaja. Jika terdapat permintaan yang tinggi untuk pasukan Liga Perdana, maka pihak kami akan mempertimbangkan untuk membuatnya.
Sebarang masalah, cadangan dan lain-lain yang berkaitan boleh diajukan diruangan komen dibawah.
Terima Kasih
admin
Helaian Jadual & Ranking TM Liga Super 2007/08 - times download.
Nota: Helaian ini sesuai untuk semua penyokong pasukan yang bertanding dalam TM Liga Super 2007/2008 dan bukan hanya untuk pasukan Perak sahaja kerana anda boleh mengubah ‘Drop Down Menu’ tersebut kepada pasukan kegemaran anda disebelah kiri tengah (di dalam kotak merah). Pastikan anda telah ‘Enable Macros’ pada Security Setting Excel anda kerana ‘Default Team’ untuk ‘Drop Down Menu’ tersebut adalah pasukan Perak. Kegagalan anda mengubah ‘Security Setting Excel’ akan menyebabkan ‘Drop Down Menu’ tersebut tidak dapat diubah atau ‘Blank’.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Helaian TM Liga Super & Perdana 2007/2008
- Jadual Penuh TM Liga Super Musim 2007/2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 05 Jan 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 29 Dis 2007
- Jadual TM Liga Malaysia Musim 2007/2008
2 Responses to “Helaian Jadual & Ranking TM Liga Super 2007/08”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

kenape saya xble edit perlawanan..muncul “The cell or chart you are trying to change is protectedand therefore read-only”
Helaian itu disediakan untuk anda mengemaskini keputusan terkini pasukan-pasukan yang bertanding dan bukan untuk anda mengubah jadualnya.
Cuma isikan sahaja keputusan perlawanan pada kotak yang telah disediakan.
Terima Kasih
admin