Carlos Arturo Caceres | Masih Relevan?

Carlos Arturo Caceres
Jangan pandang belakang…….

Peminat bolasepak Perak seharusnya mengenali siapa pemain berjersi nombor 9 ini yang banyak menimbulkan kontroversi sejak dari mula kehadiran beliau di kem pasukan Perak. Kelibat pemain import penyerang dari Chile ini diambil oleh pihak pengurusan untuk menguatkan barisan serangan Perak musim ini.

Persembahan beliau bolehlah disifatkan sebagai hambar sejak dari awal musim bersama Perak dan kurang berkesan jika hendak dibandingkan dengan pemain import Perak sebelum ini iaitu Kieta Mandjou. Selain daripada sering mensia-siakan peluang, beliau juga kurang tangkas apabila berdepan dengan pertahanan pihak lawan.

Penulis akan cuba memberikan markah kepada Carlos Caceres berdasarkan daripada pengamatan penulis dalam beberapa siri perlawanan yang beliau telah lalui.

5/10 – Kawalan Bola
6/10 – Hantaran
4/10 – Tandukan
5/10 – Rembatan
4/10 – Kepantasan
4/10 – Ketepatan

Berikut pula markah yang penulis berikan kepada persembahan terkini seorang lagi penyerang Perak iaitu Khalid Jamlus.

7/10 – Kawalan Bola
6/10 – Hantaran
6/10 – Tandukan
7/10 – Rembatan
5/10 – Kepantasan
8/10 – Ketepatan

Berikut pula antara soalan-soalan yang penulis berikan kepada anda sebagai pengunjung untuk menjawabnya satu persatu.

1) Apakah benar ungkapan “BELUM SERASI” boleh diguna pakai dalam menilai seseorang pemain bolasepak profesional yang beraksi dalam sesuatu pasukan?

2) Jika benar istilah “BELUM SERASI” ini wujud, berapa lama masa yang harus diberikan kepada pemain tersebut untuk “SERASI”?

3) Jika pemain tersebut masih lagi “BELUM SERASI” apakah tindakan yang wajar diambil oleh pihak pengurusan bolasepak itu?

4) Adakah istilah “TIDAK SERASI” ini berpunca dari percaturan taktikal dan formasi oleh jurulatih?

5) Dari 10 markah penuh, berapakah nilai yang harus diberi kepada Carlos Caceres secara keseluruhan sebagai penyerang Perak?

6) Bagaimanakah caranya menilai seorang pemain penyerang yang cukup ampuh dan mantap serta mampu memenuhi selera peminat?

Nantikan esok kompilasi video eksklusif “KEHEBATAN” Carlos Arturo Caceres semasa pertemuan dengan pasukan Kedah yang lalu di ruangan YOBTUBE. Ruangan YOBTUBE diwujudkan khas kepada pengunjung yang telah menjawab soalan-soalan di atas sahaja.

Waktu akhir untuk anda menghantar komen pada artikel ini ialah pada pukul 11 malam nanti. Pendaftaran baru pengguna untuk laman ini juga telah ditutup sementara waktu dan akan dibuka semula pada pukul 12 malam nanti.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Carlos Arturo Caceres | Masih Relevan?

  1. Raul hashim

    xserasi mmg blh dijadikan alasan tp masalahnya dh bape game xserasinya. bla depan keeper pun xgol. pertahanan lwn xgerun lngsng bla dia yg bawa bola. dh mcm pemain kg jer.bnyk lg yg perlu carlos perbaiki untk tajamkan sentuhan bg digelar the killer man.hope dia blh score lg lps ni kalo PFA xnk tukar dgn import lain. ape blh bt bg jer dia main smp muntah. kalo xmain rugi pulak bayo gaji.teman bg 4/10 jer si carlos tu. khalid lg bgs drpd dia. seorang penyerang yg mantap dia xkan sia2 kan peluang dpn mata. kalo ada pun skt jer dia gagal. yg lain mst masuk pnya. xcaye tgk drogba, henry xpun jgn tgk jauh. kt tgk si marlon or khlid sendiri.semua blh score kalo ada peluang dpn mata. ape2 pun kt tggu dan lihat kehebatan si carlos bla lwn polis nt.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. azwanali

    1) Ungkapan belum serasi maybe bole digunakan dlm 3 or 4 games.

    2) Maximum 5 games

    3) PECAT( you are FIRED)

    4) Ya, Masalah berpunca drpd coach. Ketandusan idea yg cukup ketara. Exple game vs Kedah. Don't know why Perak loss to Kedah twice.

    5) 3/10 ( Markah kesian)

    6) Striker sepatutnye mempunyai instinct utk menjaringkan gol dan byk mencipta peluang. Jgan lepaskan peluang yg terhidang depan mata. Ape guna stiker kalau tak mjaringkan gol. If compare CC ngan Khalid, Khalid is much2 better.

    Conclusion
    CC tidak relevan same as SD. Why?? It is very simple.
    SD-Taktikal dah BASI.
    CC-Tk menjaringkan Gol

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yob Utara

    Teman jawab pulak..

    1) Boleh guna istilah BELUM SERASI kalau pada taktikal tapi tak pada skill pemain tu sendiri. Kalau one by one pun tak gol ada ke sebab tak serasi?

    2) Sekitar 2 ke 3 game.

    3) Bagi last warning sekali lepas tu buang kalau masih tak improved.

    4) 50/50, coach dan pemain kena seiring, kalau dah tau pemain tak boleh adapt game play coach kena tukar taktikal lain yang boleh manipulate ability pemain tu.

    5) 4/10 - Kelebihan ambik penalti..tu jer yang bagus pun.

    6) Bukan nak striker ulung macam Ronney, Henry dll, tapi cukuplah kalau boleh score peluang yang dah terbuka. Kalau tak mampu nak score pun boleh pass kawan lain untuk score...samada kawan tu score atau tidak itu bukan dah jadi beban dia lagi. Striker yang baik jugak mampu bagi tekanan pada defend lawan..tandukan kena berbisa dan tendangan mesti laju.

    Kesimpulannya Carlos memang tak layak duduk dalam kem Perak dan level dia dengan Khalid dah macam Khalid pulak player import dan dia sendiri macam local player.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. asraf

    nak juge nengok video jadi ini jawapan teman...........

    1. kalu pemain pro tak sesuai kot...amatur je byk camni
    2. 1,2 game
    3. buang keluor!!!!!!!!!!!!
    4. jurulatih idea lapok,pemain kaki keras...mmg lingkup team
    5. 2/10...kira mcm penumpang jer dlm team
    6. striker mesti prolifik,pantang lepa kate org perak,ada can je mesti gol..sekali sekala silap biase ler..tapi mengkala manjang sesajer silap..hawor ler striker tuh..contoh cam khalid-perak,marlon-kedah,ecesha-polis,seator-s'gor deme bkn tak buat silap...tapi kurang ler banding si cc nih..hawor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. me 109

    Jawapan teman:
    1. `Belum Serasi` boleh di gunakan.
    2. 3 game.
    3. Kalau tak serasi juge,cari yang lain.
    4. Tidak.tak kene mengene dgn taktik dsb nye.
    5. 4 markah.
    6. Penyerang yang konsisten,tidak mensia2kan peluang yg terbuka,larian pantas,bagus control bola dan pandai tipu helah mengelirukan pertahanan lawan,mcm Syed Ahmad,legenda PERAK era 70an dimana teman rase lebih hebat dari Allahyarham Mokhtar.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.