Akademi Bolasepak | Kemelut & Cadangan

Artikel ini adalah untuk memberi sedikit pandangan peribadi penulis kepada pasukan Perak. Penulis juga ingin berkongsi pandangan dari semua rakan-rakan dilaman web ini. Semua pandangan penulis adalah dari ilham kawan-kawan senior beliau yang pernah berkursus di England dan pernah menyertai sebagai ahli kelab seperti Portsmouth. Ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan pasukan kesayangan penulis iaitu Perak tetapi untuk kebaikkan serta mempertingkatkan martabat dan kemashyuran pasukan agar sentiasa disegani dan dihormati baik oleh pasukan lawan mahupun peminat sendiri.

Akademi Bolasepak sering kali kita dengar di Malaysia mahupun diluar negara. Namun adakah kita sedar bahawa Akademi Bolasepak di Malaysia berbeza dari Akademi Bolasepak diluar negara? Saya bukanlah mempertikaikan mutu Akademi Bolasepak tempatan tetapi berapa ramaikah pemain yang kita lahirkan mempunyai kualiti bertahap tinggi?.

Pernahkah kita melihat anak-anak yang baru habis bersekolah tetapi mempunyai skil dan kemahiran tinggi hanya bermain diperingkat daerah? Cuba kita luangkan sedikit masa menjenguk ke kejohanan peringkat daerah, lihatlah Ronaldinho, Ronaldo, Rooney, Roberto Carlos semuanya dari Akademi dan bukannya Akademik.

Persatuan bolasepak Perak perlu memandang kehadapan bukan semata-mata untuk pasukan Perak sahaja tetapi perlu melahirkan pemain yang berkualiti dari setiap sudut agar tidak ketandusan pemain untuk pasukan negeri dan juga kebangsaan.

Jadikanlah bolasepak satu perniagaan, dimana akademi yang ditubuhkan boleh mendatangkan hasil pendapatan untuk kantung pasukan negeri serta dapat melahirkan pemain berkualiti dan mungkin hingga ke peringkat antarabangsa.

Kenapa kita menghantar pemain-pemain muda ke luar negara untuk menimba pengalaman? Kenapa kita tidak menghantar ke Oxford, Harvad untuk belajar bermain bolasepak?
Kenapa kita ingin hantar ke Akademi Bolasepak diluar negara?
Kenapa? Kenapa?.

Disinilah kita perlu mencari penyelesaiannya.

Saya mencadangkan persatuan bolasepak Perak menubuhkan satu akademi bolasepak khas untuk pasukan Perak. Pemain-pemain dipilih dari lepasan SPM dan benar-benar berminat bermain bolasepak.

Buat pemilihan setiap posisi permainan seperti 3 barisan penyerang, 2 barisan tengah, 3 barisan pertahanan, 4 barisan sayap kiri dan kanan serta 2 penjaga gol dari serata daerah dan jika mereka terpilih ikatkan kontrak selama 5 tahun bersama persatuan. Setiap hari buatlah latihan mengikut jadual seperti dibawah:-

Latihan Tendangan Percuma (0800 pagi – 0900 pagi)

Yang mana ia perlu tahu dari jarak dan sudut serta ketepatan/kepaduan bola kearah pintu gol.

Hantaran Silang Dan Hantaran Jauh (0930 pagi – 1030 pagi)

Mencari ketepatan hantaran kearah kawan dan di depan pintu gol.

Tendangan Penalti (1100 pagi – 1200 tgh hari)

Tendangan penalti seringkali diabaikan. Tidak semua pemain bolasepak mampu mengambil tendangan penalti dengan baik namun jika ia dipraktikkan setiap hari tidak mustahil semuanya akan berjaya dan pemain tidak akan merasa tekanan sewaktu mengambil tendangan penalti.

Tendangan Sambil Berlari (0200 petang – 0300 petang)

Tendangan sambil berlari banyak dipersia-siakan oleh pemain namun jika dilihat dalam kejohanan Eropah inilah yang banyak dilakukan oleh pemain jika terdapat sedikit ruang untuk menjaringkan gol. Contohnya: Christiano Ronaldo, Ryan Giggs, Nani, Drogba, Salomon Kalou dan ramai lagi.

Taktikal Permainan (0330 petang – 0430 petang)

Ini perlu diberi penekanan kerana pemain wajar boleh bermain di setiap posisi dalam keadaan tertentu dan akan memberikan kelebihan kepada pasukan. Semua ini banyak digunakan oleh kelab terkenal di Eropah, dimana pemain pertahanan tiba-tba menjaringkan gol dan penyerang menjadi pertahanan di saat genting. Ini akan menjadikan pemain lebih saling bekerjasama dan mampu mengelirukan pihak lawan.

Skil (0530 petang – 0630 petang)

Pemain hendaklah mempamerkan skil setiap kali latihan dan dipraktikkan setiap hari ketika bermain bolasepak agar tidak kekok dan meningkatkan lagi skil pemain itu sendiri.

Motivasi (0900 mlm – 0930 mlm)

Ini harus diberikan kepada pemain untuk persediaan menghadapi tekanan dan cabaran di dalam kancah bolasepak sebenar tatkala menghadapi tekanan perlawanan mahupun dari penyokong pihak lawan.

Menonton Video Perlawanan Bolasepak Dalam Dan Luar Negara (0930 mlm – 1000 mlm)

Ini adalah untuk mendedahkan cara serta taktikal bermain dalam sesuatu perlawanan agar mereka memahami segala posisi dalam bolasepak.

Latihan Dan Pendedahan (1000 mlm – 1045 mlm)

Bermain serta mempraktikan apa yang dipelajari dalam latihan setiap hari.

Jika sewaktu di sekolah dahulu kita membaca, menghafal dan memahami formula setiap hari serta berjaya melakukannya dalam peperiksaan, seperti itulah juga jika kita hendak cemerlang dalam sukan bolasepak.

Penulis mencadangkan Azizul Abu Hanifah dan Raja Azlan untuk membimbing Akademi Khas Bolasepak Perak kerana percaya berkat serta usaha mereka nanti tidak mustahil akan ada pasukan dari benua eropah datang membeli pemain dari Akademi Bolasepak Khas Perak.

Persatuan Perak harus berasa bangga jika suatu hari nanti ada pemain dari kelahiran negeri dan Akademi Khas ini bermain dengan kelab terkenal dunia seperti Chelsea, Manchester United, Real Madrid, Barcelona dan sebagainya.

Artikel ini dihantar oleh pengguna yang menggunakan username:
dato

Likes(1)Dislikes(0)

5 thoughts on “Akademi Bolasepak | Kemelut & Cadangan

  1. royal_flush_85

    syabas...pandangan yang bernas...yg patut diberi perhatian oleh pengurusan serta kerajaan negeri perak sendiri...tidak mustahil ape yg dicadangkan akan memberi hasil yg baik untuk semua....mulakan dari sekarang

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yob Utara

    Teman setuju cadangan yob dato tentang akademi kita yang nampak seperti kurang modul yang kompetitif untuk pemain memahirkan diri secara lebih mantap. Kalau dapat dilaksanakan benda ni dalam 5 tahun teman percaya kita akan ada beberapa pemain yang sudah boleh diserapkan kedalam skuad Perak nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    salam semua...syabas dan tahniah atas cadangan mike...mmg tu la sepatutnya dibuat dr dulu lagi...nk buat bior dari rebungnya jgn tunggu dh tue baru nk buat...last2 jadi lemang...lemau le jwbnya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. dinobranco

    pendapat teman,Perak memang ada program pembangunan bolasepak.
    Raja Azlan dah buat program Soccer kid bagi budak-budak sekolah.Memang teman akui berjaya.Ada juga bekas-bekas player perak yang wujudkan akademi bolasepak mereka sendiri.Teman ada tengok di taman DR,ada coach yang ajar budak-budak sekolah ni belajar bermain bolasepak.
    Teman juga sebagai cikgu sekolah,melatih murid-murid teman bermain bolasepak untuk pasukan sekolah.teman dulu pernah menghadiri kursus Youth license dibawah kendalian M Karathu.Jadi insya Allah teman turunkan serba sedikit ilmu yang teman dapat kepada anak murid teman.

    Apabila murid-murid teman beralih ke Sekolah Menengah,rata-ratanya tidak lagi bermain bola.Mereka lebih berminat dengan motor,merempit...bercinta sakan..
    kadang tu teman fikir,cikgu-ciikgu sekolah menengah ni,tak jaga mereka.Murid-murid teman,ada yang dah tak minat langsung main bola.Walhal pernah bermain untuk daerah ketika under 12 dulu.Itu yang teman musykilkan.

    Akademi sukan disetiap negeri pun ada(kelolaan FAM).Tapi yang teman heran,berapa peratus budak akademi bolasepak,pemain bolasepak under 18 yang masih lagi bermain bolasepak selepas mereka tamat SPM.Kemana perginya mereka?

    Kadang tu teman fikir,elok juga kita kembali ke zaman semi-pro,dimana kelab-kelab sukan,badan-badan koprat menjaga player-player ini.Maksudnya deme ni,kerja sambil bermain untuk majikan mereka.

    Teman pernah tgk,di Jerman,budak seawal umur 4 tahun,dah mula masuk akademi.Benda asas yang perlu diajar adalah BALL FEELINGS..Bayangkan umur 4 tahun,diorang tak guna bola sepak biasa untuk training,tapi guna bola tennis..kita kalau dribble bola tennis,harusnya tertinggal tah kemana..deme relaks aje..

    kalo nak tunggu budak-budak lepas SPM,tak kemana..buat rugi aje..Eloknya dari umur 15 tahun,dah ikat kontrak..dalam usia 18 tahun,permainan dah matang,dan boleh dieksport ke negara-negara luar.Contoh macam kita tengok ,rooney mahupun owen,umur 18 tahun dah main untuk senior team.Kelab-kelab semua dah start pancing deme diusia muda....

    betul tak kengkawan???

    hehehe..titus James Palani kita tu apa citenyer di Perancis tu?

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amir_azri

    teman br ttgk response drp dinobranco & teman rsa technical term yg dinobranco ni pkai mmg sma ngn C license yg teman spatutny ambk 2 thn lpas. teman nk kenal dinobranco ni sbb teman pun ckgu kat ipoh & pnah bwak team sekolah sblum ni. mna la tau kot2 pnah bjumpa sblum ni ke ?

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.