Ahmad Fakri Saarani | Harimau Muda

Ahmad Fakri Saarani | Harimau Muda

Pemain yang tidak perlu diperkenalkan lagi dikalangan peminat setia pasukan Perak. Pemergian beliau bersama pasukan Malaysia bawah 19 tahun atau nama barunya Harimau Muda musim baru ini telah mencetuskan tanda tanya kepada ramai penyokong pasukan Perak.

Walaupun terdapat penjelasan yang diberi oleh pihak pengurusan Perak berhubung perlepasan beliau melalui akhbar utama, namun segalanya nampak terlalu umum dan kabur untuk difahami.

Dikala ini pasukan Perak terpaksa bergantung kepada 3 orang penyerang iaitu Khalid Jamlus, Carlos Caceres dan Razali Umar. Kelibat beliau musim lalu banyak menyumbang kepada kejayaan pasukan Perak dan kehilangannya amat dirasakan pada jentera serangan Perak musim ini.

Bertepatan dengan itu, seladang.net telah mengambil inisiatif untuk menemuramah beliau untuk artikel IN-PERSON akan datang. Selain dari soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh wakil dari seladang.net, anda sebagai peminat boleh bertanya sebarang soalan yang dirasakan sesuai dan tidak terlalu bersifat peribadi.

Sila buat pertanyaan melalui ruangan komen di bawah dan artikel ini akan ditutup pada pukul 7 petang hari ini.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Ahmad Fakri Saarani | Harimau Muda

  1. active11

    Pemergian Fakri ke Harimau Muda menjejaskan kematangan Fakri berbanding perguruan Fakri bersama rakan senior di Perak (Liga Super).

    Secara peribadi, sila jelaskan pendapat diatas.
    Tq

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. dato

    Saya berharap Fakri akan kembali ke Perak satu hari nanti..Insyaallah..

    Komen ini telah diubah oleh Admin: Kami dapati artikel anda mempunyai nilai yang sangat baik untuk dipertimbangkan menjadi salah satu artikel di dalam seladang.net. Oleh itu pihak kami terpaksa mengubah komen saudara dan menjadikan ianya satu artikel penuh yang akan disiarkan kelak.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. putra8878

    tman rase bakat fakri akn lebih menonjol kalu terus main dengan team yob..

    soalan:apakah perasaan fakri ketika ini setelah melihat prestasi skuad yob tanpa fakri?

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.