feed rss2

Archive for January, 2008

TM Liga Super
Sabtu 02 Feb 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan terakhir skuad Perak untuk pusingan pertama TM Liga Super 2007/2008 ialah bertemu dengan musuh tradisinya pasukan Selangor di Stadium Shah Alam. Skuad seladang berjaya menewaskan skuad penyu iaitu Terengganu di halaman sendiri selasa lalu dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Pasukan Selangor yang kini menduduki tangga kedua liga super juga telah menewaskan My Team FC dengan jaringan yang sama.

Pasukan Selangor musim ini cukup berbeza dari musim lalu apabila mempunyai ramai penyerang berkaliber dibahagian serangan mereka seperti Frank Seator, Safee Salee, Akmal Rizal, R.Surendran dan Indra Putra.

Namun apa yang menceriakan sedikit penulis ketika ini ialah 3 pemain serangan mereka adalah anak kelahiran Perak manakala Frank Seator pula adalah bekas penyerang import seladang yang pernah membantu Perak dari terjerumus ke Liga Perdana Continue reading

TM Liga Super

TM Liga Super 07/2008
29 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 - 0 Terengganu

Rangkuman jaringan perlawanan tersebut hanya boleh dilayari Ahli Berdaftar sahaja dibahagian MEDIA. Sila daftarkan diri anda terlebih dahulu untuk menonton video tersebut.

Terima Kasih
admin Continue reading

Artikel ini adalah untuk memberi sedikit pandangan peribadi penulis kepada pasukan Perak. Penulis juga ingin berkongsi pandangan dari semua rakan-rakan dilaman web ini. Semua pandangan penulis adalah dari ilham kawan-kawan senior beliau yang pernah berkursus di England dan pernah menyertai sebagai ahli kelab seperti Portsmouth. Ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan pasukan kesayangan penulis iaitu Perak tetapi untuk kebaikkan serta mempertingkatkan martabat dan kemashyuran pasukan agar sentiasa disegani dan dihormati baik oleh pasukan lawan mahupun peminat sendiri.
Akademi Bolasepak sering kali kita dengar di Malaysia mahupun diluar negara. Namun adakah kita sedar bahawa Akademi Bolasepak di Malaysia berbeza dari Akademi Bolasepak diluar negara? Saya bukanlah mempertikaikan mutu Akademi Bolasepak tempatan tetapi berapa ramaikah pemain yang kita lahirkan mempunyai kualiti bertahap tinggi?.

Pernahkah kita melihat anak-anak yang baru habis bersekolah tetapi mempunyai skil dan Continue reading

TM Liga Super
Selasa 29 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 2 - 0 Terengganu

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - Jorge Muñoz - Noor Hazrul

Carlos Caceres - Khalid Jamlus

Minit 5: Terengganu memulakan aksi dengan serangan pantas ke kubu Perak seawal minit pertama lagi namun gagal membuahkan hasil. Khalid Jamlus membuat rembatan dikawasan gol Terengganu namun terkena pertahanan lawan hasil hantaran Shahrulnizam.

Minit 10: Bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang namun satu percubaan dari pemain Terengganu, Gleisson Freire tersasar keluar di tepi pintu gol Perak.

Minit 15: Kedua-dua pasukan sering membuat hantaran jauh kepada “target man” masing-masing dihadapan dengan Gleisson Freire untuk Terengganu dan Carlos Caceres untuk Perak. Carlos Caceres terlepas Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]