Keputusan Undian AFC Cup 2008

AFC Cup 2008

Juara bertahan Piala AFC 2007 dari Jordan iaitu Shabab Al Ordun akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan mereka kali ini dengan menentang pasukan dari Yemen, Shaab Hadramaout di tempat sendiri pada 11 Mac 2008.

Berdasarkan undian rasmi untuk kejohanan Piala AFC 2008 yang berlangsung di Pejabat Rasmi AFC di Kuala Lumpur hari ini, penyandang juara itu telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama dengan pasukan dari Oman, Al Nahda dan Al Najma dari Bahrain.

Sementara itu pasukan Perak pula di letakkan dalam kumpulan E bersama-sama dengan pasukan New Radiant (Maldives), Kitchee (Hong Kong) dan pasukan Singapore Armed Forces (Singapore).

Manakala pasukan Kedah pula di undi di dalam kumpulan D yang menyaksikan mereka akan berhadapan dengan pasukan yang telah berjaya meloloskan diri sehingga ke separuh akhir Piala AFC yang lalu iaitu Home United (Singapore), South China (Hong Kong), dan juara liga Maldives yang terbaru, Victory.

ZON BARAT

Group A:

Dempo (India)
Sur (Oman)
Al Muharraq (Bahrain)
Al Ansar (Lebanon)

Group B:

Ahli Sana’a (Yemen)
East Bengal (India)
Safa (Lebanon)
Al Wihdat (Jordan)

Group C:

Al Nahda (Oman)
Shaab Hadramaut (Yemen)
Shabab Al Ordun (Jordan)
Al Najma (Bahrain)

ZON TIMUR

Group D:

South China (Hong Kong)
Victory (Maldives)
Kedah (Malaysia)
Home United (Singapore)

Group E:

New Radiant (Maldives)
Kitchee (Hong Kong)
Singapore Armed Forces (Singapore)
Perak (Malaysia)

Likes(0)Dislikes(0)