TM Liga Super – Perak Vs Sarawak (review)

TM Liga Super
Selasa 01 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perlawanan pusingan ke-5 kempen TM Liga Super 2007/08 kali ini menemukan pasukan Perak menentang pasukan Sarawak di Stadium Perak, Ipoh. Skuad Perak yang mengalami kekalahan kedua kepada Johor FC baru-baru ini akan mendapat semula khidmat penyerangnya Khalid Jamlus yang digantung satu perlawanan sebelum ini.

Walaupun kecewa dengan persembahan keseluruhan permainan Perak sewaktu menentang Johor FC yang lalu, penulis masih lagi ingin memberikan peluang kepada Steve Darby untuk membetulkan keadaan.

Jika tidak kerana kecekapan dan ketahanan mental yang jitu dari penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad pada ketika itu sewajarnya skuad seladang tumpas dengan jaringan yang lebih besar oleh kerana serangan yang bertali arus. Aksi cemerlang beliau telah berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 peluang wajib gol dari barisan serangan Johor FC pada perlawanan itu.

Pasukan Sarawak yang memulakan kempen TM Liga Super musim ini dengan 4 kekalahan berturut-turut telah berjaya mencatatkan kemenangan pertama dengan menumbangkan pasukan dari TM Liga Premier musim lalu iaitu My Team FC dengan jaringan 4 gol berbalas 1 di Stadium Sarawak.

Kemenangan yang dilihat oleh peminat bolasepak Sarawak sebagai tonik semangat ini, harus mendatangkan waspada yang teramat sangat kepada barisan pasukan Perak yang dikemudi oleh Steve Darby.

Antara pemain yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh Steve Darby ialah pemain tengah jersi no 16 mereka, Mohd Shahrol Saperi. Beliau pada hemat penulis mampu untuk membuat sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti untuk dijelmakan sebagai gol oleh penyerang mereka.

Kepada mereka yang tidak mengenali beliau, bolehlah melawat laman Google You Tube di link ini untuk melihat aksi beliau sewaktu menentang pasukan Perak dalam kempen TM Liga Super musim lalu.

 

Barisan Pilihan Penulis:

Formasi 3-5-2 (3-1-3-1-2)

Hamsani Ahmad

S. Subramaniam – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Nanthakumar (C)

Danial Fadzly РJorge Mu̱oz РMohd Noor Hazrul

Hardi Jaafar

Razali Umar – Khalid Jamlus

3 – Solid Defend
1 – Defend Mid
3 – Midfielder
1 – Attacking Mid
2 – Forward

YB Corner

Nota: Nantikan lintas langsung keputusan semasa perlawanan dari stadium Perak pada hari perlawanan oleh krew bertugas.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Sarawak (review)

  1. Raul hashim

    Misi lwn sarawak wajib menang. kalo x perak xdpt nk kejor ganu n kedah. nsb baik kt kurang st perlawanan lg. blh le jgk nk rapatkan mata. tp teman harap le si mat noor tu bg main striker. kt uji dia dulu first half. kalo xblh kt tukar le penyerang lain. kt xada cara lain dah jgn harap si kj dengan razali jer. bg peluang pd mat noor. lg satu danial bg le main dulu ganti tmpt shahrul. subramaniam pun sama jgk. dh letih mario jg benteng kt tu. bg change kt player lain. jgn asyik muka sama jer. teman kalo kalah lg dgn sarawak. teman xpg dh ke stadium. udah le tu. awang import tu bg amaran tgktkan lg skill dgn penyudah bg tajam sikit. xpun ambl je baicung bhutia lg senang. jgn bla dh team kt turun liga perdana br nk menyesal. dari skrg le kna bangkit bt post mortem blk. teman bkn ape, syg dgn team kt ni. ada harapan kt g jauh lg. Bt player Perak. coach n pihak pengurusan dan xlupa bt penyokong setia Perak dengo lg GEMURUH nyanyian faizal tahir n awang import perak dengo lg FINAL CONTDOWN. bg naik semangat bla lwn mane2 team. Kami penyokong akn sentiasa doa kejayaan pasukan. AYUH Perak jgn toleh kebelakang lg. Sinar Di hujung terowong. Selamat maju jaya bt PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.