TM Liga Super – Perak Vs N. Sembilan (review)

TM Liga Super
Ahad 23 Dis 2007
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perlawanan ketiga buat pasukan Perak ini amat penting untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perak di dalam kempen TM Liga Super 2007/08 ini. N. Sembilan pada perlawanan sebelum ini hanya mampu seri satu sama menentang pasukan My Team di tempat sendiri. Manakala Perak pula berjaya menewaskan pasukan MY Team pada perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.

N. Sembilan pula telah diperkuatkan kembali dengan kehadiran penyerang kebangsaan Malaysia iaitu Zaquan Adha dan Perak juga mempunyai lebih pilihan di bahagian pertahanan dengan kembalinya S. Subramaniam yang turut menyertai skuad Malaysia di Sukan Sea yang lalu.

Walaupun menggunakan sistem formasi 4-4-2, barisan N. Sembilan agak goyah dibahagian tengah dan keadaan ini sepatutnya dipergunakan sebaiknya oleh pasukan Perak yang menggunakan sistem formasi 3-5-2 untuk terus memberikan tekanan kepada pasukan N. Sembilan.

Penyerang import N. Sembilan iaitu Lamin Conteh sedikit perlahan dengan banyak gerakan serangan N. Sembilan malam itu agak kurang teratur dan terlalu banyak bergantung kepada Zaquan Adha dengan lorongan bola terus samada dari tengah mahupun pertahanan.

 

Barisan Pilihan Penulis:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – S. Subramaniam

Shahrul Nizam РAhmad Shahrul РJorge Mu̱oz РHardi Jaafar РMohd Noor Hazrul

Razali Umar – Carlos Caceres

YB Corner

Nota: Nantikan lintas langsung keputusan semasa perlawanan dari stadium Perak pada hari perlawanan oleh krew bertugas.

Likes(0)Dislikes(0)