TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (review)

TM Liga Super
Sabtu 29 Dis 2007
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45mlm

Selepas tewas dengan pasukan N. Sembilan ahad lalu, pasukan Perak mempunyai hampir satu minggu untuk membuat pembetulan pada sistem taktikal dan formasi pasukan yang tidak menjadi sejak dari awal musim ini.

Pasukan Johor FC adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah ditewaskan oleh skuad seladang apabila pertembungan musim lalu menyaksikan Perak hanya mampu seri tanpa jaringan di Ipoh pada 27 Disember 2007. Manakala bertandang di Stadium Larkin, Perak tewas 1 gol tanpa balas pada  7 April 2007.

Corak permainan Johor FC sebenarnya amat mudah iaitu bertahan sambil membuat serangan balas melalui pemain sayap kiri ataupun kanan. Pemain yang perlu diberikan perhatian oleh pasukan Perak ialah penyerang mereka Walter Silva dan pemain sayap lincah mereka, Eddy Helmi Manan.

Kemampuan pertahanan Johor FC juga tidak perlu diperdebatkan lagi kerana mereka mampu bertahan dalam masa kurang 7 saat dengan 8 atau 9 orang pemain telah siap sedia walaupun dalam situasi menyerang.

Oleh itu setiap pasukan yang ingin menewaskan pasukan Johor FC perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang pemain penyerang atau tengah yang cukup pantas bergerak untuk menghukum pertahanan mereka.

Barisan Pilihan Penulis:

Hamsani Ahmad

Subramaniam – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

K. Nanthakumar

Shahrul Nizam – Ahmad Shahrul – Mohd. Noor Hazrul

Hardi Jaafar

Razali Umar – Khalid Jamlus

Penulis memilih formasi asas Steve Darby 3-5-2 dengan diperhalusi kepada 3-1-3-1-2 dengan meletakkan K. Nanthakumar sebagai pertahanan tengah (defend midfielder) dan ditugaskan khas untuk merantai (man marking) pergerakan Walter Silva.

Pemilihan Subramaniam dan Chan Wing Hoong sebagai pertahanan kiri dan kanan adalah untuk mengimbangi kepantasan dan kelicikan pemain sayap Johor FC yang terbukti cukup pantas menyerang apabila berpeluang.

Hardi Jaafar pula ditugaskan sebagai penyerang tengah (attacking midfielder) untuk membuat hantaran thru pass kepada pemain penyerang disamping mampu untuk melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menghasilkan gol. Jika peranan beliau kurang berkesan maka Danial Fadzly adalah satu-satunya pemain gantian yang mampu bertindak sebaik Hardi Jaafar di posisi ini.

Penulis tidak berapa kisah samada gandingan Razali Umar – Khalid Jamlus atau Razali Umar – Carlos Caceres kerana isu penting disini ialah meletakkan seorang pemain penyerang yang cukup pantas untuk mengucar-kacirkan pertahanan Johor FC.

Razali Umar dilihat mampu memikul tanggungjawab itu kerana walaupun dimasukkan pada 10 minit terakhir permainan yang lalu sewaktu bertemu N. Sembilan, ianya sudah cukup untuk menghuru-harakan pertahanan mereka. Alangkah baiknya kalau beliau dimasukan dari seawal separuh masa kedua permainan.

Penulis meletakkan perlawanan ini sebagai titik mula kebangkitan pasukan Perak untuk persaingan TM Liga Super 2007/08. Steve Darby tiada pilihan lagi selain dari mencapai kemenangan untuk mengubat luka kekalahan yang lalu disamping membalas dendam kekalahan kepada Johor FC musim lalu.

Sedar atau tidak jurulatih Perak, Steve Darby sebenarnya beruntung kerana memiliki senarai pemain tempatan berkualiti yang majoriti daripadanya adalah barisan pemain kebangsaan atau bekas pemain kebangsaan.

Dan tidak keterlaluan jika penulis katakan disini bahawa pasukan Perak adalah pasukan yang mempunyai pemain dan bekas pemain kebangsaan paling ramai beraksi dalam TM Liga Super berbanding pasukan lain.

Note for Steve Darby Don’t let obstacles become excuses

Nota: Perlawanan ini akan mendapat lintas langsung oleh penulis dari Stadium Jcorp, Pasir Gudang untuk keputusan terkini dan ulasan perlawanan.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (review)

  1. padiltaiping_81

    hope skaud perak ambil ikhtibar atas kekalahan mengejut kepada ns naza yg lepas..terutama di bahagian pertahanan yg nampak agak longgar dan bahagian midefield yg kurang menguasai..tambahan plak hantaran yg kurang tepat.

    teman nk beri pendapat supaya posisi nantha diletakkan semula di midfelder deffensive kerana beliau boleh membantu pertahanan di samping menggerakkan bahagian tengah..sd juga seharusnya menggunakan subramanian di bahagian pertahanan kiri kerana beliau memiliki corak pertahanan yg kental dan pantas.

    daniel & hardi boleh bergilir-ganti untuk membantu ahmad shahrul. begitu juga dengan bahagian serangan yg mana gandingan razali-khalid-cacares (mana2 dua) boleh ditukar-tukar.pada perlawanan yg lepas nampak gandingan khalid-cacares belum ada keserasian&persefahaman.

    teman bersetuju dengan barisan pilihan yg dibuat oleh penulis. semoga perak dapat mencapai kemenangan ke atas johor fc nanti. skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Razali dilihat mampu menjaringkan gol jika diberi peluang. tp teman berpendapt cuba ltk mohd nor ismail sebagai penyerang. dia dulu blh main penyerang. cuma dia xdiberi peluang lg. teman juga hrp danial main ganti sharul nizam yg xbrape menjadi bla lwn ns. pertahanan dgn keeper dh ok. cuma tengah dgn penyerang yg agak teman risaukan. harap khalid mampu lbh tajam dan shahrul azhar lbh kreatif mengatur gerakan bersama hardi. jika ini dpt diatasi, maka teman ykn perak akan menang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yob Utara

    teman setuju semua ulasan2 yob yb,padiltaiping ngan raul hashim...kalau teman gabungkan semua pendapat sekaligus teman buat rumusan gandingan malam tu camni...

    hamsani

    azlan - mario - subra

    nantha

    danial - mohd nor - hazrul

    hardi

    razali - khalid

    kapitan kita kasi rehat sebab nampak mcm dia tension game lwn n9 aritu. teman letak azlan sebab dia ada size dan laju bole tahan asai jgn lepaih keatas udah..subra jgn citelah main memang robust. tempat nantha mmg best..mark striker deme.

    danial ganti tempat arul bole cross cantik cam masa lawan myteam aritu atau try dari luar kotak penalti. mat nor bleh bertindak jadi backup striker + defend tgh. hazrul passing + cross mantap juga dan cukupkan kouta pemain under 21.

    hardi mmg bole try dari luar penalti + passing mantap..razali laju berdesup gentel bola + khalid striker oputunist aka pantang lepa asai dapat peluang depan pintu gol..mmg bole jadi gol punya......!!!

    huh...mantap kiranya lineup kita ni yob..kot tak menang entah le steve darby nak kasi apa reason plak..rasanya dalam ramai2 lineup tu yg tak penah main ngan malaysia rasanya danial ngan mario je..hazrul bukan ada main under 21 ke dulu? betoikan teman kalu silap..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.