TM Liga Super – Johor FC Vs Perak (result)

TM Liga Super
Sabtu 29 Dis 2007
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45mlm

Johor FC 2 - 0 Perak

Separuh Masa Pertama -

johorfc v s perak
Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrul Nizam РAhmad Shahrul РJorge Mu̱oz РHardi Jaafar РNoor Hazrul

Carlos Caceres – Razali Umar


Minit 5: Pemain Johor FC, Riduwan Maon nyaris menjaringkan gol pertama apabila tandukan beliau berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani.

Minit 10: Johor FC lebih kerap menyerang ketika ini dan pasukan Perak hanya berpeluang sekali untuk melakukan jaringan tetapi Carlos Caceres telah pun offside.

Minit 15: Pasukan Perak ketika ini lebih menumpukan kepada hantaran jauh kepada Razali Umar untuk membuat gerakan namun beliau telah dikawal baik oleh pertahanan Johor FC.

Minit 16: Johor FC berjaya menjaringkan gol pertama melalui satu hantaran lintang dari Azizan Baba dan disudahkan dengan baik oleh Andres Fuentes.

Minit 20: Johor FC nyaris menambah gol kedua melalui pemain sayap mereka Eddy Helmi, tetapi berjaya disekat oleh Hamsani didepan gawang Perak.

Minit 25: Pasukan Johor FC dilihat cuba memperlahankan permainan manakala hantaran yang dilakukan oleh barisan tengah Perak kerap menemui jalan buntu.

Minit 30: Carlos Caceres menanduk keluar sedikit diatas palang gol walaupun tidak dicabar oleh pertahanan lawan hasil dari tendangan sudut Hardi Jaafar.

Minit 35: Penjaga gol Johor FC dilayangkan kad kuning kerana cuba berpura-pura cedera setelah berlaga sedikit dengan Carlos Caceres.

Minit 40: Perak dilihat menukar corak permainan dengan meletakkan 4 pertahanan dengan Jorge Munoz membantu sepenuh masa dibenteng.

Minit 45: Perak mula merancakkan serangan bertali arus dengan Johor FC namun segalanya serba tidak menjadi.

Tambahan Masa: 3 Minit

Ulasan: 35 minit awal permainan pasukan Johor FC dilihat lebih banyak membuat serangan dan berjaya membuahkan hasil dengan jaringan gol seawal minit ke-16 melalui Andres Fuentes. Perak dilihat telah menukar taktikal formasi kepada 4-4-2.

johorfc-lineup.jpg

Separuh Masa Kedua -

Minit 45: Perak membuat 2 pertukaran dengan mengeluarkan Hardi Jaafar untuk Danial Fazly dan Shahrul Nizam untuk Subramaniam. Formasi Perak telah bertukar kepada 4-4-2.

Minit 50: Barisan pertahanan Perak sedikit mantap dengan kehadiran Subramaniam yang bermain sedikit di hadapan 3 pertahanan asas Perak.

Minit 55: Walaupun mendapat hantaran lintang yang menarik dari Jorge Munoz yang mengelirukan penjaga gol Johor FC, Carlos Caceres yang hanya berdepan gawang kosong telah menyepak liar ke kiri walaupun berada kurang 5 meter dipintu gol lawan. Carlos Caceres sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila hanya berdepan seorang pemain pertahanan namun beliau memilih untuk menyepak bola tersebut terus ke badan pemain pertahanan terbabit.

Minit 60: Pertukaran terakhir Perak dengan memasukkan Azlan Zainal yang menggantikan Mario Berrios yang semakin keletihan dibenteng pertahanan.

Minit 65: Perak ketika ini menggunakan formasi 4-2-4 sewaktu menyerang dan ini memaksa pemain Johor FC lebih berkubu di dalam kawasan sendiri.

Minit 70: Johor FC mula melancarkan strategi serangan balas dengan barisan sayap mereka kerap kali mengucar-kacirkan benteng pertahanan Perak. Johor FC membuat pertukaran pertama dengan memasukan Mohd. Ezaidy yang menggantikan Riduwan Maon.

Minit 75: Permainan pasukan Perak agak sedikit baik berbanding separuh masa pertama namun peluang yang terhidang gagal dijelmakan dengan jaringan oleh barisan serangan.

Minit 80:Pasukan Johor FC nyaris menambah gol kedua mereka apabila tendangan yang dilakukan oleh Mohd. Ezaidy meliar walaupun Hamsani telah pun tertewas. Subramaniam mendapat kad kuning pertama kerana terjahan lewat keatas pemain Johor FC.

Minit 85: Johor FC membuat pertukaran yang kedua dengan memasukkan Mohd. Azuwad yang menggantikan Andres Fuentes. Pertukaran ini dilihat lebih menjurus kepada taktikal bertahan.

Minit 90: Perak mendapat sepakan percuma 25 meter dari pintu gol Johor FC namun sepakan yang dibuat oleh Danial Fazly tidak mencari rakan dihadapan. Pertukaran ketiga Johor FC dengan mengeluarkan Eddy Helmi dan memasukkan Sivakumar.

Minit 90+2: Gol kedua pasukan Johor FC dijaringkan oleh Mohd. Ezaidy yang mudah menewaskan Hamsani yang keseorangan setelah tendangan awal Sivakumar membias salah seorang pemain Perak ditengah padang.

Tambahan Masa: 3 Minit

Ulasan: Secara keseluruhan permainan Johor FC jauh lebih baik dengan taktikal serangan balas yang pantas manakala pasukan Perak walaupun meletakkan 4 orang pemain pertahanan masih gagal mengekang kepantasan barisan serangan Johor FC yang sememangnya cukup bersedia.

Keputusan Perlawanan Lain:

Kedah 6 Vs 2 Selangor
Perlis 0 vs 1 Terengganu
Pahang 1 vs 0 PDRM
Pulau Pinang 1 vs 1 DPMM FC
Sarawak 4 vs 1 My Team

Likes(0)Dislikes(0)