Perlawanan TM Liga Premier 07/2008 – 28 Dis 2007

TM Liga Premier

Sebanyak 6 perlawanan akan dilangsungkan untuk persaingan TM Liga Premier 07/2008 pusingan kedua malam ini.

Antara pasukan yang menjadi perhatian ialah skuad Kelantan yang dikendalikan oleh bekas jurulatih kebangsaan untuk kempen Piala Asia 2007 yang lalu iaitu Norizan Bakar. Turut mencuri tumpuan kali ini ialah penampilan pertama skuad kendalian K. Rajagopal iaitu pasukan Malaysia bawah 19 tahun atau gelaran baru mereka “Harimau Muda”.

Jadual Perlawanan TM Liga Premier 28 Disember 2007:

PKNS Vs Kuala Muda
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Felda United FC Vs Kelantan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Melaka Vs Johor
Stadium Hang Tuah, Melaka

Shahzan Muda Vs Kuala Lumpur
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Sabah Vs Proton FC
Kompleks Sukan Tawau

Harimau Muda Vs ATM
Stadium Nasional, Bukit Jalil

Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali perlawanan di Kompleks Sukan Tawau iaitu pada 8:15mlm.

Pada pusingan yang pertama dahulu, perlawanan antara pasukan Kelantan menentang PKNS di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baru terpaksa ditunda akibat masalah banjir.

Kepada peminat bolasepak Perak yang ingin melihat aksi bekas pemain muda Perak yang lalu, Fakri Saarani bolehlah meluangkan masa ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan “Harimau Muda” Malaysia.

Likes(0)Dislikes(0)