Penajaan Jersi Joma Untuk Perak FA Musim 2007/08 dan 2008/09
December 22nd, 2007 by webmaster

Dari kiri jersi Away, Home dan jersi ketiga pasukan Perak.
Pada pukul 3 petang bertempat di Butik Joma Jalan Sultan Idris, Ipoh Perak telah berlangsung satu majlis pelancaran jersi baru pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan untuk musim 2007/08 dan 2008/09.
Penajaan selama 2 tahun dari Joma ini merangkumi kelengkapan pakaian sukan untuk skuad TM Liga Super dan skuad Piala Presiden yang bernilai RM200,000 dari pengedar rasmi Joma di Malaysia iaitu Ever Well Sports (M) Sdn. Bhd.
Jenama Joma berasal dari Sepanyol dan turut menaja beberapa pasukan terkenal di dunia seperti Sevilla FC (La Liga) dan Charlton Athletic’s (EPL). Disamping pemain-pemain pasukan Perak yang hadir pada petang itu, pemangku Presiden Perak FA Dato’ Muhammad Muhiyuddin turut mengumumkan kepada media tentang rundingan yang sedang dijalankan dengan Joma Malaysia untuk membawa 2 orang pemain Perak berlatih di Sevilla FC.
Gambar seterusnya akan menyusul diruangan Gallery
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Jualan & Tempahan Joma Apparel | Perak FA
- Majlis Perasmian Jersi Baru dan Pemain-Pemain Perak Musim 2012
- Perak FA | Pelancaran Jersi & Pengenalan Pasukan Musim 2010
- Majlis Taklimat Serta Dialog antara Ahli-Ahli Gabungan dan Daerah bersama Pemangku Presiden PAFA
- Perak FA | Kongres Tahunan Ke-51
2 Responses to “Penajaan Jersi Joma Untuk Perak FA Musim 2007/08 dan 2008/09”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

jc afc tuh nampak cam best.. macam jc national team pun ader… aperpun tahniah kepada PAFA sebab joma sudi sposor dua peman muda perak berlatih di spain.. congratss
cantekkkk…