feed rss2

Archive for December, 2007

negeri sembilan vs my team
Negeri Sembilan (jersi merah) menentang My Team (jersi biru) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Walaupun bermain ditempat sendiri, pasukan Negeri Sembilan gagal memanafaatkan peluang untuk mencapai kemenangan apabila sekadar seri 1 sama dengan pasukan My Team. Negeri Sembilan mendahului pada separuh masa pertama sebelum My Team berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Sementara itu di Stadium Utama Negeri Kangar, Perlis telah membelasah pasukan Pahang dengan 5 gol tanpa balas. Phillemon Chepita membuka tirai jaringan pada minit ke 14 sebelum Yusri Che Lah menambah gol kedua pada minit ke 39 dan Mohd Nizaruddin untuk gol ketiga pada minit ke 44 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Rudie Ramli menambah derita buat pasukan Pahang apabila menjaringkan 2 gol Continue reading

Info TM Liga Malaysia 2007/08

proton fc vs shazan muda
Proton FC (jersi biru) menentang Shahzan Muda (jersi merah) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selepas berehat panjang untuk memberikan laluan kepada Sukan Sea ke-24 di Korat, Thailand tempohari, kini TM Liga Super bersambung semula dengan 6 lagi perlawanan malam ini dan tiada perlawanan yang membabitkan pasukan Perak untuk kali ini.

Jadual Perlawanan untuk 18 Disember 2007

Perlis Vs Pahang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah Vs PDRM
Stadium Darulaman, Alor Star

Pulau Pinang Vs Terengganu
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Sarawak Vs Selangor
Stadium Sarawak

Johor FC Vs DPMM FC
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan Vs My Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Sementara itu TM Liga Perdana telah membuka tirainya semalam apabila hanya 5 perlawanan berlangsung dengan satu perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan dan PKNS Selangor di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baru terpaksa ditunda Continue reading

Keputusan Undian AFC Cup 2008

AFC Cup 2008

Juara bertahan Piala AFC 2007 dari Jordan iaitu Shabab Al Ordun akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan mereka kali ini dengan menentang pasukan dari Yemen, Shaab Hadramaout di tempat sendiri pada 11 Mac 2008.

Berdasarkan undian rasmi untuk kejohanan Piala AFC 2008 yang berlangsung di Pejabat Rasmi AFC di Kuala Lumpur hari ini, penyandang juara itu telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama dengan pasukan dari Oman, Al Nahda dan Al Najma dari Bahrain.

Sementara itu pasukan Perak pula di letakkan dalam kumpulan E bersama-sama dengan pasukan New Radiant (Maldives), Kitchee (Hong Kong) dan pasukan Singapore Armed Forces (Singapore).

Manakala pasukan Kedah pula di undi di dalam kumpulan D yang menyaksikan mereka akan berhadapan dengan pasukan yang telah berjaya meloloskan diri sehingga ke Continue reading

AFC Cup 2008

AFC Cup 2008

Undian peringkat kumpulan AFC Cup 2008 akan diadakan pada 17 Disember 2007 bertempat di ibu pejabat rasmi AFC, Bukit Jalil.

Sejumlah 20 pasukan akan di undi kepada 5 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan. Terdapat 12 pasukan dari zon Selatan dan Barat Asia serta 8 pasukan dari zon Timur dan zon Asean.

Pasukan dari negara yang sama akan diasingkan pada peringkat ini.

Shabab Al Ordun dari Jordan adalah juara bertahan untuk Piala AFC yang lalu dengan menewaskan juara bertahan 2 kali berturut-turut sebelum ini iaitu Al Faisaly, juga dari Jordan pada perlawanan akhir tahun ini.

Pasukan:

Zon Barat

Bahrain – Al Muharraq, Al Najma
Jordan - Shabab Al Ordun, Al Wihdat
Lebanon - Al Ansar, Safa
Oman - Al Nahda, Sur
Yemen - Ahli Sana’a, Shaab Hadramaut
India - Kingfisher Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]