Posted in TM Liga Super 07/2008 on December 27th, 2007 3 Comments »

Sabtu 29 Dis 2007
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45mlm
Selepas tewas dengan pasukan N. Sembilan ahad lalu, pasukan Perak mempunyai hampir satu minggu untuk membuat pembetulan pada sistem taktikal dan formasi pasukan yang tidak menjadi sejak dari awal musim ini.
Pasukan Johor FC adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah ditewaskan oleh skuad seladang apabila pertembungan musim lalu menyaksikan Perak hanya mampu seri tanpa jaringan di Ipoh pada 27 Disember 2007. Manakala bertandang di Stadium Larkin, Perak tewas 1 gol tanpa balas pada 7 April 2007.
Corak permainan Johor FC sebenarnya amat mudah iaitu bertahan sambil membuat serangan balas melalui pemain sayap kiri ataupun kanan. Pemain yang perlu diberikan perhatian oleh pasukan Perak ialah penyerang mereka Walter Silva dan pemain sayap lincah mereka, Eddy Helmi Manan.
Kemampuan pertahanan Johor FC juga tidak perlu diperdebatkan lagi Continue reading
Posted in TM Liga Super 07/2008 on December 23rd, 2007 1 Comment »

Ahad 23 Dis 2007
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perak 0 - 1 N. Sembilan
Separuh Masa Pertama -
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Shahrul Nizam - Ahmad Shahrul - Jorge Muñoz - Hardi Jaafar - Noor Hazrul
Carlos Caceres - Khalid Jamlus
Minit 5: Negeri Sembilan banyak menyerang.
Minit 10: Sepakan sudut diperolehi oleh Negeri Sembilan, Sharul Nizam dapat mengeluarkan bola dari keadaan bahaya
Minit 15: Kad Kuning dilayangkan kepada Hazrul pada minit ke-17
Minit 20: Minit ke-23, tendangan percuma luar kotak penalti oleh Carlos Caceres melepasi palang
Minit 25: Khalid mendapat kad kuning mengasari Zaquan pada minit ke-27
Minit 30:
Minit 35: Tendangan sudut ke-2 Negeri Sembilan pada minit ke-35. Kad Kuning dilayangkan kepada Shahrin Abu Samad, pemain Negeri Sembilan pada minit ke-37.
Minit 39: Gol dihasilkan Continue reading
Posted in Umum on December 22nd, 2007 2 Comments »

Dari kiri jersi Away, Home dan jersi ketiga pasukan Perak.
Pada pukul 3 petang bertempat di Butik Joma Jalan Sultan Idris, Ipoh Perak telah berlangsung satu majlis pelancaran jersi baru pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan untuk musim 2007/08 dan 2008/09.
Penajaan selama 2 tahun dari Joma ini merangkumi kelengkapan pakaian sukan untuk skuad TM Liga Super dan skuad Piala Presiden yang bernilai RM200,000 dari pengedar rasmi Joma di Malaysia iaitu Ever Well Sports (M) Sdn. Bhd.
Jenama Joma berasal dari Sepanyol dan turut menaja beberapa pasukan terkenal di dunia seperti Sevilla FC (La Liga) dan Charlton Athletic’s (EPL). Disamping pemain-pemain pasukan Perak yang hadir pada petang itu, pemangku Presiden Perak FA Dato’ Muhammad Muhiyuddin turut mengumumkan kepada Continue reading
Posted in TM Liga Super 07/2008 on December 21st, 2007 No Comments »

Ahad 23 Dis 2007
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perlawanan ketiga buat pasukan Perak ini amat penting untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perak di dalam kempen TM Liga Super 2007/08 ini. N. Sembilan pada perlawanan sebelum ini hanya mampu seri satu sama menentang pasukan My Team di tempat sendiri. Manakala Perak pula berjaya menewaskan pasukan MY Team pada perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.
N. Sembilan pula telah diperkuatkan kembali dengan kehadiran penyerang kebangsaan Malaysia iaitu Zaquan Adha dan Perak juga mempunyai lebih pilihan di bahagian pertahanan dengan kembalinya S. Subramaniam yang turut menyertai skuad Malaysia di Sukan Sea yang lalu.
Walaupun menggunakan sistem formasi 4-4-2, barisan N. Sembilan agak goyah dibahagian tengah dan keadaan ini sepatutnya dipergunakan sebaiknya oleh pasukan Perak yang menggunakan sistem formasi 3-5-2 untuk terus memberikan tekanan kepada Continue reading