Keputusan Perlawanan TM Liga Super 07/2008 – 18 Dis 2007

negeri sembilan vs my team
Negeri Sembilan (jersi merah) menentang My Team (jersi biru) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Walaupun bermain ditempat sendiri, pasukan Negeri Sembilan gagal memanafaatkan peluang untuk mencapai kemenangan apabila sekadar seri 1 sama dengan pasukan My Team. Negeri Sembilan mendahului pada separuh masa pertama sebelum My Team berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Sementara itu di Stadium Utama Negeri Kangar, Perlis telah membelasah pasukan Pahang dengan 5 gol tanpa balas. Phillemon Chepita membuka tirai jaringan pada minit ke 14 sebelum Yusri Che Lah menambah gol kedua pada minit ke 39 dan Mohd Nizaruddin untuk gol ketiga pada minit ke 44 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Rudie Ramli menambah derita buat pasukan Pahang apabila menjaringkan 2 gol pada saat-saat akhir permainan iaitu pada minit ke 89 dan 90.

Pasukan Kedah juga tidak ketinggalan berpesta gol apabila membaham juara Liga Perdana musim lalu, PDRM di Stadium Darulaman Alor Star dengan keputusan 4 gol berbalas 1.

Marlon Alex James menyumbat gol pertama Kedah pada minit ke 27 sebelum Hasmawi Hassan mencipta hattrik pada minit ke 28, 51 dan 78. Hilary Echesa menjaringkan gol saguhati untuk pasukan PDRM pada minit ke 88 sebelum pengadil meniupkan wisel permainan.

Frank Seator yang juga bekas pemain import Perak yang lalu telah berjaya membantu pasukan Selangor menewaskan pasukan Sarawak dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Sarawak, Kuching.

Beliau telah menjaringkan kedua-dua gol kemenangan itu pada minit ke 3 dan minit ke 65 untuk menyaksikan pasukan Selangor berkongsi mata dengan pasukan Kedah sebagai pendahulu Liga Super.

Keputusan Penuh Perlawanan:

Perlis
5 Vs 0
Pahang

Kedah
4 Vs 1
PDRM

Pulau Pinang
1 Vs 1
Terengganu

Sarawak
0 Vs 2
Selangor

Johor FC
0 Vs 0
DPMM FC

N. Sembilan
1 Vs 1
My Team

Kedudukan Terkini TM Liga Super 2007/08
ranking tm liga super 18 12 2007

Nota: Untuk gambar perlawanan N. Sembilan Vs My Team sila lawati gallery laman web sportsmalaysia.net

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan TM Liga Super 07/2008 – 18 Dis 2007

  1. Raul hashim

    Hati2 team perak dgn seator tu. dia dh le lincah semalam je dh jaringkan 2 gol. kalo perak xkwl dia, padah le team kt nt. teman harap penyerang import perak yg baru ni lg hebat le dr seator. Hidup Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.