Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 29 Dis 2007
December 29th, 2007 by webmaster

Sebanyak 6 lagi perlawanan pusingan ke-5 TM Liga Super 07/2008 akan berlangsung malam ini dengan 2 perlawanan menjadi tumpuan utama kali ini.

Berdasarkan jadual dari helaian ranking yang disediakan oleh pihak kami, dapat diperhatikan bahawa pertembungan 4 pasukan teratas TM Liga Super iaitu Kedah melayan kunjungan pendahulu liga, Selangor di Stadium Darul Aman manakala Perlis menentang Terengganu di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Jadual Perlawanan TM Liga Super Sabtu 29 Disember 2007:
Kedah Vs Selangor
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Perlis vs Terengganu
Stadium Utama Negeri, Kangar
Pahang vs PDRM
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Pulau Pinang vs DPMM FC
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Sarawak vs My Team
Stadium Sarawak, Kuching
Johor FC vs Perak
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali perlawanan di Stadium Sarawak, Kuching iaitu pada 8:15mlm.
Persaingan untuk pendahulu TM Liga Super masih lagi terbuka dengan sedikit kelebihan kepada pasukan Perlis yang bermain kurang satu perlawanan. Pasukan Kedah seharusnya bangkit dari kekalahan kepada Terengganu untuk memberikan persaingan kepada pasukan Selangor yang semakin mantap akhir-akhir ini.
Hanya ada 3 pasukan yang tidak pernah tewas setakat ini iaitu Selangor, Perlis dan Johor FC yang akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Perak di Stadium Jcorp, Pasir Gudang pada pukul 8:45mlm ini.
Lintas langsung ulasan perlawanan antara pasukan Johor FC dan Perak akan diadakan pada malam ini oleh krew bertugas di Stadium Jcorp, Pasir Gudang. Sebanyak 4 ruangan iaitu Guestbook, Gallery, Media dan Forum akan ditutup untuk mengurangkan bebanan server seladang.net sewaktu proses kemaskini keputusan dilakukan.
Untuk memudahkan anda mengetahui keputusan tanpa perlu membuka laman web ini anda boleh melanggan pada FEED RSS2 seladang.net.
World Time Guide:
Time in Malaysia at Saturday 8.45PM 29 December 2007.
USA
California - 4.45AM Saturday
Texas - 6.45AM Saturday
Indiana - 7.45AM Saturday
Australia
Sydney - 11.45AM Saturday
Perth - 9.45PM Saturday
England - 12.45PM Saturday
Germany - 1.45PM Saturday
Japan - 9.45PM Saturday
Norway - 1.45PM Saturday
Jordan - 2.45PM Saturday
Egypt - 2.45PM Saturday
Russia - 3.45PM Saturday
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 30 Mac 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 05 Jan 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 12 April 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 19 Jan 2008
- Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 26 April 2008
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Perlawanan TM Liga Super 07/2008 - 29 Dis 2007




