Posted in TM Liga Super 07/2008 on December 31st, 2007 2 Comments »

Selasa 01 Jan 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perlawanan pusingan ke-5 kempen TM Liga Super 2007/08 kali ini menemukan pasukan Perak menentang pasukan Sarawak di Stadium Perak, Ipoh. Skuad Perak yang mengalami kekalahan kedua kepada Johor FC baru-baru ini akan mendapat semula khidmat penyerangnya Khalid Jamlus yang digantung satu perlawanan sebelum ini.
Walaupun kecewa dengan persembahan keseluruhan permainan Perak sewaktu menentang Johor FC yang lalu, penulis masih lagi ingin memberikan peluang kepada Steve Darby untuk membetulkan keadaan.
Jika tidak kerana kecekapan dan ketahanan mental yang jitu dari penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad pada ketika itu sewajarnya skuad seladang tumpas dengan jaringan yang lebih besar oleh kerana serangan yang bertali arus. Aksi cemerlang beliau telah berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 peluang wajib gol dari barisan serangan Johor FC pada perlawanan itu.
Pasukan Sarawak yang memulakan kempen TM Liga Continue reading
Posted in TM Liga Super 07/2008 on December 29th, 2007 No Comments »

Sabtu 29 Dis 2007
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45mlm
Johor FC 2 - 0 Perak
Separuh Masa Pertama -

Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong
Shahrul Nizam - Ahmad Shahrul - Jorge Muñoz - Hardi Jaafar - Noor Hazrul
Carlos Caceres - Razali Umar
Minit 5: Pemain Johor FC, Riduwan Maon nyaris menjaringkan gol pertama apabila tandukan beliau berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani.
Minit 10: Johor FC lebih kerap menyerang ketika ini dan pasukan Perak hanya berpeluang sekali untuk melakukan jaringan tetapi Carlos Caceres telah pun offside.
Minit 15: Pasukan Perak ketika ini lebih menumpukan kepada hantaran jauh kepada Razali Umar untuk membuat gerakan namun beliau telah dikawal baik oleh pertahanan Johor FC.
Minit 16: Johor FC berjaya Continue reading
Posted in TM Liga Super 07/2008 on December 29th, 2007 No Comments »

Sebanyak 6 lagi perlawanan pusingan ke-5 TM Liga Super 07/2008 akan berlangsung malam ini dengan 2 perlawanan menjadi tumpuan utama kali ini.

Berdasarkan jadual dari helaian ranking yang disediakan oleh pihak kami, dapat diperhatikan bahawa pertembungan 4 pasukan teratas TM Liga Super iaitu Kedah melayan kunjungan pendahulu liga, Selangor di Stadium Darul Aman manakala Perlis menentang Terengganu di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Jadual Perlawanan TM Liga Super Sabtu 29 Disember 2007:
Kedah Vs Selangor
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Perlis vs Terengganu
Stadium Utama Negeri, Kangar
Pahang vs PDRM
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Pulau Pinang vs DPMM FC
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Sarawak vs My Team
Stadium Sarawak, Kuching
Johor FC vs Perak
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali perlawanan Continue reading

Sebanyak 6 perlawanan akan dilangsungkan untuk persaingan TM Liga Premier 07/2008 pusingan kedua malam ini.
Antara pasukan yang menjadi perhatian ialah skuad Kelantan yang dikendalikan oleh bekas jurulatih kebangsaan untuk kempen Piala Asia 2007 yang lalu iaitu Norizan Bakar. Turut mencuri tumpuan kali ini ialah penampilan pertama skuad kendalian K. Rajagopal iaitu pasukan Malaysia bawah 19 tahun atau gelaran baru mereka “Harimau Muda”.
Jadual Perlawanan TM Liga Premier 28 Disember 2007:
PKNS Vs Kuala Muda
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Felda United FC Vs Kelantan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Melaka Vs Johor
Stadium Hang Tuah, Melaka
Shahzan Muda Vs Kuala Lumpur
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Sabah Vs Proton FC
Kompleks Sukan Tawau
Harimau Muda Vs ATM
Stadium Nasional, Bukit Jalil
Nota: Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45mlm kecuali perlawanan di Kompleks Sukan Tawau iaitu pada 8:15mlm.
Pada pusingan yang Continue reading
Posted in TM Liga Super 07/2008 on December 27th, 2007 3 Comments »

Sabtu 29 Dis 2007
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
8:45mlm
Selepas tewas dengan pasukan N. Sembilan ahad lalu, pasukan Perak mempunyai hampir satu minggu untuk membuat pembetulan pada sistem taktikal dan formasi pasukan yang tidak menjadi sejak dari awal musim ini.
Pasukan Johor FC adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah ditewaskan oleh skuad seladang apabila pertembungan musim lalu menyaksikan Perak hanya mampu seri tanpa jaringan di Ipoh pada 27 Disember 2007. Manakala bertandang di Stadium Larkin, Perak tewas 1 gol tanpa balas pada 7 April 2007.
Corak permainan Johor FC sebenarnya amat mudah iaitu bertahan sambil membuat serangan balas melalui pemain sayap kiri ataupun kanan. Pemain yang perlu diberikan perhatian oleh pasukan Perak ialah penyerang mereka Walter Silva dan pemain sayap lincah mereka, Eddy Helmi Manan.
Kemampuan pertahanan Johor FC juga tidak perlu diperdebatkan lagi Continue reading