TM Liga Super – Perak Vs DPMM FC (review)

TM Liga Super
Ahad 18 Nov 2007
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perlawanan pembuka tirai TM Liga Super buat pasukan Perak ialah menentang pasukan DPMM FC dari Brunei di tempat sendiri Ahad nanti. Pasukan DPMM FC sememangnya mempunyai prestasi yang cukup baik dengan menduduki tangga ke-3 TM Liga Super musim lalu.

Kini mereka kembali lagi dengan penyerang berbisa yang juga pemenang kasut emas bersama Kieta Mandjou musim lalu, Mohd Shahrazen Said untuk musim baru ini. Turut memperkuatkan DPMM FC tahun ini ialah kelibat 2 import dari Maldives iaitu Ali Ashfaq dari kelab New Radiant serta Ibrahim Fazeel dari VB Sports Club.

Seorang lagi import yang akan memperkuatkan cabaran mereka tahun ini ialah Abdel Hakim El-Bahloul dari Maghribi serta 4 pemain dari Malaysia iaitu Hasnawi Ismail bersama Wahab Mansor dari pasukan Johor serta Shariman Che Omar dan K. Linggam, masing-masing dari Perlis dan Melaka.

Pasukan Perak pula memulakan saingan musim ini dengan berita pengambilan 3 orang pemain import dari Chile iaitu Mario Berrios (pertahanan), Jorge Munoz (tengah) dan Carlos Caceres (penyerang). Setakat berita ini ditulis hanya Mario Berrios dan Jorge Munoz yang sudah mengesahkan tempat dalam skuad seladang musim ini.

Perak turut diperkuatkan oleh pemain tengah, Mohd Hardi Jaafar dari TMFC serta pemain versetail dari Johor FC, Mohd. Noor Ismail. Kemasukan mereka adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Yusri Che Lah yang telah kembali ke Perlis dan Wong Sai Kong yang berhijrah ke Sabah.

Untuk mengharungi perlawanan pertama menentang DPMM FC nanti, pasukan Perak dijangka menggunakan khidmat penyerang muda dari skuad presiden mereka iaitu Razali Umar untuk bergandingan dengan Mohd. Khalid Jamlus setelah pasukan Perak hampir pasti kehilangan Ahmad Fakri Shaarani yang menyertai pasukan bawah 19 tahun Kebangsaan untuk kempen TM Liga Perdana musim baru nanti.

Rekod musim lalu juga menyaksikan pasukan Perak berjaya menewaskan DPMM FC dengan jaringan 3 gol tanpa balas ditempat sendiri sebelum tewas dengan jaringan 4-3 di stadium lawan.

Semoga skuad seladang mampu untuk mencatatkan kemenangan pertama dihadapan penyokong sendiri sebagai pembakar semangat sebelum berkunjung ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya untuk perlawanan kedua menentang My Team FC.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs DPMM FC (review)

  1. Yob Utara

    Bukan nak lemahkan semangat, tapi kalau tengok pada prestasi semasa memang payah nak kalahkan brunei kali nih. Majoriti pemain brunei musim lepas ada termasuk import baru.

    Perak pulak gah dengan trio Chile yang belum tau betul mantap atau tidak. Kalau nak harap Hardi sorang memang tak kemana pasukan. Dia bukan magician macam Henry atau Ronaldinho yang boleh cipta peluang gol tetiba.

    Pada teman kalau seri pun dah cukup bagus untuk persiapan pasukan kita untuk musim nih yang teman rasakan macam carca marba.

    Kalau tak kena gaya leboh kita yob........

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. fadzil

    Bagi teman peluang antara perak ngan brunei DPMM nnt memang nampak seimbang..tapi perak tetap miliki kelebihan sedikit atas sebab bermain ditempat sendiri.dengan mendapat sokongan dari penyokong2 sudah pasti dapat memberi lebih semangat kepada para pemain nanti.

    teman yakin perak boleh menang maybe dalam jaringan kemenangan yang tipis ler..selalunya team perak kiter ni mmg mula2 start liga mmg lambat panas..permainan tak berapa nak menyerlah..

    tentang pemain import yg baru tu buat masa ni no komen,kita bagi peluang kat diorang dulu untuk tunjukkan sesuatu nanti..kita tunggu dan lihat aje la mcm mana perfomance diorang tu..

    Apa-apa pun teman tetap memberi 100% support pada skaud seladang nanti..lakukan yang terbaik para pemain perak! perak boleh..skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. rizalman

    Game first nanti dapat draw pun dah cukup rahmat. Kalah bukan option utk kita sebab sure penonton lari utk game seterusnya.

    Prediction -
    Perak 2-2 Dpmm

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yob Utara

    Kome yang dekat ipoh jgn tak turun pulak, teman jauh kat perlis ni..koje tgk orang keluar masuk sempadan. Game jatuh hari ahad memang tak merasa tengok. Kalau ada pun tunggu hari rabu sok ler nanti camne. Kalau menang syukur, kalau seri pun tak apa.

    Perak 1-0 Brunei

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. mim

    kepade yob utare teman bersimpati ngan yob sb dok jauh....tp x pa yg penting smangat tu mesti ader...betoi x yob????
    xpa nnt kalo kte lawan perlis kat kangar nnt yob plak g sokongan kat team kte...kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.