TM Liga Super – Perak Vs DPMM FC (result)

TM Liga Super
Ahad 18 Nov 2007
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 2 - 0 DPMM FC 

Minit 4 & 91 – Mohd. Khalid Jamlus

Perlawanan Telah Berakhir:

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Arif Fazli – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Nanthakumar

Shahrul Nizam РJorge Mu̱oz РAhmad Shahrul Azhar РHardi Jaafar

Razali Umar – Khalid Jamlus

Minit 4: Gol pertama dari gerakan solo Khalid Jamlus hasil hantaran Hardi Jaafar kepada Razali Umar yang membuat hantaran pendek kepada Khalid Jamlus.

Minit 5: DPMM FC mulai mengasak setelah ketinggalan tetapi berjaya dikekang dengan baik oleh pertahanan Perak

Minit 10: Perak masih lagi cuba mengasak dengan Hardi Jaafar sebagai perancang utama dengan banyak hantaran dihalakan kepada Khalid Jamlus dan Razali Umar.

Minit 15: Beberapa percubaan dari Khalid Jamlus terhalang apabila beliau telah dijaga oleh dua orang pemain pertahanan DPMM FC . DPMM FC hanya membuat beberapa percubaan dari luar kotak penalti oleh pemain import dari Maldives.

Minit 20: DPMM FC mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti, nyaris masuk tetapi berjaya ditepis keluar oleh Hamsani Ahmad. DPMM FC mulai mengatur strategi mengasak hebat ke kubu pasukan Perak.

Minit 25: Perak dilihat cuba memperlahankan permainan dengan permainan yang lebih berhati-hati dengan Nanthakumar berada sedikit dibelakang membantu pertahanan. 

Minit 30: Shahrazen Said membuat sepakan kencang dari luar kotak penalti dan tersasar sedikit dari pintu gol Perak.

Minit 35: DPMM FC mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti, Rosdin Khamis membuat sepakan dan ditepis oleh Hamsani Ahmad. Khalid Jamlus pula mendapat kad kuning kerana mengasari pemain pertahanan DPMM FC.

Minit 40:  Ali Ashfaq import DPMM FC, terlepas peluang untuk menjaringkan gol penyamaan apabila percubaan satu sama satu dengan Hamsani Ahmad terlepas apabila sepakannya tersasar. Ali Ashfaq juga dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan setelah berpura-pura jatuh diluar kotak penalti Perak.

Minit 45: Tamat separuh masa pertama dengan tambahan masa 2 minit dan kedudukan semasa masih kekal dengan pasukan Perak masih mendahului DPMM FC dengan jaringan 1 gol tanpa balas oleh Khalid Jamlus.

Ulasan: Pasukan Perak banyak membuat serangan dengan banyak bola diberikan kepada Hardi Jaafar untuk disudahkan oleh Khalid Jamlus. Namun begitu pergerakan beliau agak sedikit terbatas setelah dijaga oleh dua orang pemain pertahanan DPMM FC setiap kali mendapat bola. Razali Umar pula kelihatan kurang menyerlah dengan hanya membuat satu percubaan dari luar kotak penalti, tetapi tersasar. DPMM FC meletakkan Shahrazen Said sedikit dibelakang pemain import mereka dari Maldives iaitu Ali Ashfaq. Pemain ini menjadi duri dalam daging pasukan Perak apabila banyak larian pantas beliau kerap kali mencemaskan pemain pertahanan Perak. Hamsani Ahmad beraksi cukup cemerlang dengan menafikan sekurang-kurangnya 4 percubaan merbahaya dari pasukan DPMM FC yang boleh menghasilkan gol. Anggaran penonton 5000 orang.

Separuh Masa Kedua -

Minit 45: Perlawanan bermula dengan tiada sebarang pertukaran dilakukan oleh pasukan Perak dengan DPMM FC dilihat mulai mengasak ke kubu pertahanan Perak.

Minit 50: Razali Umar gagal menjaringkan gol walaupun penjaga gol DPMM FC sudah tertewas kerana dihalang oleh pemain pertahanan DPMM FC.

Minit 55: Hantaran baik dari Shahrul Nizam Mustafa kepada Khalid Jamlus tetapi tidak sempat ditanduk oleh beliau.

Minit 60: Gerakan pasukan Perak kali ini lebih tertumpu disebelah Shahrul Nizam tetapi berjaya dihalang dengan baik oleh pertahanan DPMM FC. Satu percubaan dari Shahrazen Said hampir menghasilkan gol apabila bola terkena palang gol.

Minit 65: Pemain Perak terpaksa berkubu di benteng pertahanan setelah DPMM FC mulai mengasak secara aggresif. Sepakan percuma oleh Hardi Jaafar dari luar kotak penalti tertampan pertahanan DPMM FC. 

Minit 70: Percubaan Shahrul Nizam nyaris gol apabila sepakan beliau terkena palang gol lawan. Hardi Jaafar berjaya menjaringkan gol hasil rembatan di dalam kotak penalti DPMM FC, namun telah dibatalkan kerana offside.

Minit 75: Perak membuat pertukaran yang pertama dengan memasukkan Mohd. Noor Hazrul menggantikan Arif Fazli. Pertukaran kedua Perak pula ialah dengan mengeluarkan Jorge Muñoz dan digantikan oleh Danial Fadzly.

Minit 80: Ahmad Shahrul Azhar dijatuhkan di dalam kotak penalti DPMM FC namun tiada tendangan penalti diberikan. Hantaran Khalid Jamlus kepada Razali Umar sedikit tersasar keluar. Tendangan percuma deras dari luar kotak penalti oleh Mario Berrios berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol DPMM FC.

Minit 85: Walaupun berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol DPMM FC, Razali Umar gagal memanafaatkan peluang untuk menghasilkan gol kedua Perak apabila sepakan beliau perlahan kedakapan penjaga gol DPMM FC. Khalid Jamlus menyepak melepasi palang gol setelah mendapat hantaran dari Ahmad Shahrul Azhar.

Minit 90: K. Linggam membuat sepakan dari jarak 20 meter tetapi tersasar. Tambahan masa 2 minit oleh pengadil setelah masa sebenar tamat. 

Minit 90+1: Gol kedua Perak dihasilkan oleh Khalid Jamlus setelah menerima hantaran cantik dari Ahmad Shahrul Azhar didepan pintu gol DPMM FC. Perlawanan tamat dengan keputusan kekal Perak menewaskan DPMM FC 2 gol tanpa balas.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs DPMM FC (result)

  1. padiltaiping_81

    Caya la perak...teman yakin perak boleh menang punyer!tahniah skaud yob!satu permulaan yang baik..teruskan rentak kemenangan ini...sori teman tak dapat tengok game perak kat stadium coz kerja di negeri sembilan...skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. mim

    teman g stadium smlm.....teman sedey benor ngan player no 27 n munoz 2....lembab bebenor....lg 1 teman sedey sbb penyokong kte skit bebenor....camne leh jadi cam 2????? kpd perak tahniah...
    teman ak sntiase g ke stadium untuk bg sokongan...

    kejor yob kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anakperak86

    alhamdulliah. kemenangan yg berharga. harap2 para pemain kite dpt teruskan semanagat ni lwn my team. boleh tahan gak my team.

    teman jugak nk ucap byk2 terima kasih kat crew sealadang.net sbb update game smlm.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yob Utara

    Syukur, menang juga kita akhirnya semalam..teman tak sempat nak jenguk sini sebab kena kerja ditempat lain malam semalam. Takde PC kat situ dan radio pun tak ada..mujur ada kawan sms semalam bagi result.

    Apapun kita kena teruskan rentak cemerlang untuk perlawanan kedua nanti.

    skor yob skor..sampei deme tumpor...gasak yob gasak

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. webmaster Post author

    Currently we don't have any photographer at the moment but we plan to have one in the near future.

    regard
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.