TM Liga Super – My Team Vs Perak (review)

TM Liga Super
Rabu 21 Nov 2007
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45mlm

Setelah berjaya mengharungi perlawanan pertama menentang wakil dari Brunei iaitu DPMM FC tempohari, Perak sekali lagi berhadapan dengan tugas getir menentang pasukan My Team di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya esok. My Team yang menduduki tangga kedua TM Liga Premier musim lalu tidak boleh dipandang rendah jika pasukan seladang mahu mencatatkan kemenangan nanti.

Pasukan Perak musim ini tanpa pemenang kasut emas musim lalu iaitu Kieta Mandjou, masih lagi mampu memenangi perlawanan menentang DPMM FC dengan 2 gol sumbangan Mohd. Khalid Jamlus. Seharusnya kelibat Mohd. Khalid Jamlus bakal mendatangkan rasa bimbang kepada skuad yang dikendalikan oleh Bojan Hodak ini.

My Team FC pula setelah kehilangan khidmat beberapa pemainnya musim lalu, kali ini telah berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol kebangsaan bawah 23 tahun iaitu Syed Adney Syed Hussein dari Selangor serta Juzaili Sameon dan Irwan Fadly Idrus masing-masing dari Pahang. Difahamkan mereka juga masih lagi mengekalkan penyerang import musim lalu, Marin Mikac di dalam barisan hadapan mereka musim ini.

Apapun kita berharap semoga pasukan Perak mampu mengekalkan momentum kemenangan ini kerana selepas perlawanan menentang pasukan My Team, semua pasukan akan berehat hampir sebulan untuk memberikan laluan kepada Kejohanan Sukan Sea ke 24 di Korat, Thailand. Perlawanan akan disambung semula pada Ahad 23 Disember 2007, dengan lawan seterusnya buat Perak ialah pasukan Negeri Sembilan.

 

Barisan Kemungkinan:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrul Nizam – Mohd. Noor Hazrul – Jorge Muñoz – Ahmad Shahrul - Hardi Jaafar

Razali Umar – Khalid Jamlus

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – My Team Vs Perak (review)

  1. anakperak86

    teman setuju. my team bukan boleh diperlecehkan. dgr citer coach deme sggp dtg ipoh nk tgk perak main. kira mantap ler homewrok deme. aperpun teman mengharapkan kemenangan pasukan kesygan kita. AMIN....

    prediction teman
    my team 0

    perak 1
    king KJ

    IPOH MALI TARAK SOMBONG!!!!! PERAKKKKKKKKKK!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anipjebat

    harap2 letak azlan bek kanan..sian kt nantha masa lwn brunei dulu..die xleh buat overlaping..defensive midfielder bg nantha,munoz xyah bg main..tgh kite dh cukup kuat xyah import pun xpe..lain r kalo mcm abdulaye dulu..apa2pun lwn myteam mlm ni perak menang..AYUH PERAK BUKTIKAN KT SUME ANDA MEMANG JUARA

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. keteen

    permulaan yang baik buat pasukan perak..
    kekal dan tambahkan momentum terhadap bahagian serangan dan pertahanan.. banyak perlawanan yang akan bakal ditempuhi selepas ini... Perak bolehnyer...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.