TM Liga Super – My Team Vs Perak (result)

TM Liga Super
Rabu 21 Nov 2007
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45mlm

My Team 0 - 1 Perak

Minit 87 – Ahmad Shahrul Azhar

Perlawanan Telah Berakhir:

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Nanthakumar – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrul Nizam РMohd. Noor Hazrul РJorge Mu̱oz РAhmad Shahrul Azhar РHardi Jaafar

Razali Umar – Khalid Jamlus

TM Liga Super - My Team Vs Perak

Minit 5:

My Team berjaya menjaringkan gol pertama tetapi pemainnya telah pun offside

Minit 10:

Percubaan Razali Umar tersasar

Minit 15:

Perak lebih banyak mengasak ketika ini dengan bola banyak dihantar dari sebelah kiri.

Minit 20:

Khalid Jamlus terlepas peluang menjaringkan gol setelah hantaran dari Shahrul Nizam sedikit tinggi.

Minit 25:

My Team ketika ini lebih banyak bertahan dan membuat serangan balas yang pantas tetapi benteng pasukan Perak masih mampu bertahan dengan baik.

Minit 30:

Walaupun kerap menyerang, pemain Perak banyak membuat hantaran liar

Minit 35:

Perak nyaris menjaringkan golnya yang pertama apabila Khalid Jamlus menanduk bola hasil hantaran Shahrul Nizam tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol My Team.

Minit 40:

Pasukan Perak dilihat banyak menggunakan Jorge Munoz untuk membuat hantaran terus kepada penyerang dihadapan. 

Minit 45:

Perak mendapat sepakan percuma kira-kira 25 meter dari luar kotak penalti dan Hardi Jaafar menyepak sedikit terkeluar ke kanan pintu gol My Team. Masa tambahan 2 minit diberikan oleh pengadil.

Ulasan:

Secara keseluruhan perlawanan ini dikuasai oleh pasukan Perak manakala My Team pula lebih banyak bertahan sambil membuat serangan balas. Pasukan Perak untuk perlawanan ini lebih gemar membuat hantaran jauh dari pertahanan.

Oleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, pihak kami tidak dapat membuat lintas langsung untuk separuh masa kedua. Walaupun begitu pihak RTM 1 akan menyiarkan perlawanan tertunda pada pukul 12 malam ini.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Liga Super – My Team Vs Perak (result)

  1. padiltaiping_81

    Tahniah yob..malam tadi dapat 3 mata lagi walaupun menang tipis..kira ok la tu..ngan padang pun becak teruk..teman tgk game ni kat siaran tertunda tv1..

    perak nyata banyak bermain menggunakan bola 'long ball' semalam..game kedua2 pasukan nampak mcm seimbang je tp first half nampak lebih kepada perak je..tak tau ler coz siaran tertunda tu dah di edit,tak tayang full game.

    mengenai player import tu teman baru tgk diorg main semalam,yg no.6 tu permainan dia tak nampak apa2 keistimewaan pun..level permainan mcm pemain tempatan je,tak keterlaluan hardi&ahmad shahrul lagi mantap permainan diorang dr no.6 tu...rasanya tanpa pemainan import yg mcm 'tu' pun perak boleh menang jgk..ahaks...

    striker kita pun mantap jgk gandingan khalid-razali...ternyata sentuhan khalid masih lagi mantap dan dia pasti akan 'dikawal' ketat pertahanan lawan lepas ni..razali penyerang yg bagus,laju,kawalan bola yg baik..cuma finishing tak cukup tajam..sayang sekali fakri dh kena sapu dek malaysia-19..

    apa2 hal..teruskan rentak kemenangan ini wahai 'sang seladang'....skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Yob Utara

    Tahniah juga dari teman disini, walaupun game macam seimbang. Teman tengok tv1 semalam dah banyak potong sangat. Apa pun teman respek dengan kapten yang mampu membuat tandukan ala Abdolaye semalam. Aset MyTeam yang teman tengok main fast game. Tapi setakat laju tak kemana juga.

    Ada satu ensiden boted dah injured, punyalah tak profesional MYTeam sampai cuba try jugak dari jauh. Mujur kapten sempat juga jolok kaki dia save bola tu. Kalau tidak memang dah gol bola tu. Satu lagi tandukan Khalid yang terkena kaki keeper MyTeam tu, sayang betul tak gol.

    Kalau tak keberatan harap admin boleh siarkan klip video semalam. teman dulukan dengan terima kasih kepada admin walaupun second half tak ada updates.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    overall main mcm kemkabut skit...syabas kapitan sbb mampu heading bola jauh camtu...susah nak tgk kapitan heading sebenornya.mario kira dah okay skit cuma jorge tak brapa nak nampak sumbangan dia...maybe sbb tgh ada kapitan dgn hardi...so tenggelam skit.

    kalau bole admin buat video skit game arituh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. anipjebat

    apepun tahniah buat pasukan perak sebab menang lwn myteam tu hari..memang x jangka jaringan kapten dari tandukan..selalunye susah nk tgk kapten tanduk bola..nk buat mcm mane,memang dh ditakdirkan perak menang lantak r myteam tunjuk semangat xprofesional langsung sebab nkkn sgt gol smpai hamsani injured pun buat xkisah..kot ye pun profesional la sikit..nasib baik r kapten ade nk save bola tu..lg satu,ape gune kalo player import lagak kalo gaye main mcm player tempatan je..baik pakai player tempatan je..tgkkn cara jorge munoz main memang xnmpak fungsi die kt midfield..baik letak nantha je kt posisi die pastu azlan isi tempat nantha sekarang..kite boleh bg mase kt munoz tp untuk ape kite simpan die lame2,xde untungnye..kalo die rakyat malaysia xpe gk kite simpan,untung2 bile dh power boleh serap dlm team malaysia..
    okla saye cume bg cadangan terpulang r kt pengurusan perak nk buat ape..cume yg diharapkn semoga tahun ni dpt piala yg diidamkn

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.