Perak guna khidmat 2 pemain import Chile

Menurut sumber dari laporan sebuah akhbar nasional hari ini, pasukan Perak telah mengambil dua pemain dari Liga Primera Chile untuk memperkuatkan jentera tengah dan pertahanan Liga Malaysia musim 2007/08 nanti.

Pemain yang disebut untuk mengisi kekosongan di bahagian pertahanan Perak itu ialah Mario Berrios. Pemain yang berusia 26 tahun itu dikatakan pernah mewakili kelab OFK Beograd JC dari Serbia dan yang terkini di sebuah kelab di Liga Primera Chile, Coquimbo Unido.

Dengan ketinggian 188cm, pemain ini di lihat mampu untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh pemain Crotia musim lalu iaitu Vedran Kukoc untuk memperkuatkan lagi benteng pertahanan pasukan Perak musim baru nanti.

Seorang lagi pemain yang dipilih untuk menggantikan tempat pemain import Perak musim lalu dari Burkina Faso, Abdoulaye Traore ialah pemain tengah Jorge Muñoz. Beliau pernah mewakili kelab Santiago Wanderers sebagai pemain pertahanan tengah yang turut berada dalam Liga Primera Chile.

Liga Primera ialah liga bolasepak utama yang terdapat di negara Chile dan mempunyai 21 pasukan bertanding pada satu-satu musim. Secara purata kebanyakan stadium di Chile hanya mampu memuatkan kurang dari 30,000 ribu penonton pada satu-satu masa.

Sedikit kegusaran ketika ini ialah adakah pemain ini mampu beraksi sebaik pemain import yang lalu akan terus menjadi persoalan. Ini adalah kerana dua pasukan tersebut iaitu Coquimbo Unido dan Santiago Wanderers adalah antara dua pasukan yang sentiasa menduduki 5 tangga terakhir dalam persaingan Liga Primera Chile untuk musim ini.

Liga Primera 2007

Apapun menurut sumber berita itu lagi, seorang lagi pemain penyerang dari Brazil yang tidak dimaklumkan namanya akan di jangka tiba pada awal Disember ini untuk bergandingan dengan penyerang tempatan Perak iaitu Khalid Jamlus.

Pemilihan pemain ini terpaksa dilakukan kerana pemain import penyerang Perak musim lalu yang juga pemegang kasut emas dua musim berturut-turut Kieta Mandjou, tidak menyambung semula kontraknya kerana masalah keluarga.

Diharap pihak pengurusan Perak FA mampu membuat satu keputusan yang baik dengan pemilihan pemain ini. Peminat pastinya tidak mahu melihat pemain import hanya sebagai pencukup kouta dan sekadar beraksi di bawah paras pemain tempatan sendiri.

Semoga pasukan bolasepak Perak musim baru nanti mampu melakar kejayaan yang lebih bermakna apabila Liga Malaysia musim 2007/08 membuka tirainya pada 18 November 2007 dengan lawan pertama mereka ialah pasukan Brunei DPMM di Stadium Perak.

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “Perak guna khidmat 2 pemain import Chile

  1. asraf

    sedih teman kehilangan kieta dan dolaye tapi harap pemain import dari chile ni lebih baik dari deme. jangan pulak jadi penumpang dalam team saje.

    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. harryhot

    Rasanya kalo ambik pemain myammar lagi menguntungkan..stadium akan penuh, maklumlah kita memang suka pendatang myammar nii ramai kat sini..gaji pun murah skit kot..ker mahal giler..apa-apa pon kalo main macam haram sack jerr. itu mesti ada dalam kontrak...presiden kata tiada siapa yang tak boleh digugurkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. wantasikdamai07

    lebih baik ambil aku main daripada buang semua pemain import itu aku dengar hardi jaffar masuk perak kalau masuk best la gerenti tahun depan perak kuat..............

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. wantasikdamai07

    aku cadangkan penyerang tu ambil penyerang mat saleh sebab mat saleh tinggi pun tinggi kuat pun kuat orang yang seperti keita pandai gelecek dan rembat bola

    Likes(0)Dislikes(1)
  5. miez3

    salam...teman rasa elok dicuba pemain2 muda kita dr terbior deme duduk kt bangku simpanan jer....jgn asyik tumpu pemain import je...yg pasti elok bior player import blah defend tu tak tumpor mcm musim yg sudah2...harap2 yg baru ni bleh pakai..bahagian tengah A'aa dgn Hardi dh ada harap2 boleh maintain the best...bg bahagian serangan jgn dok harap Khalid jer...Fakri Sharani tu buat per..dulu pernah score hatrick..takkan simpan je kut..tapi apa2 pun terletak pada "coach" ler...teman cuma bg buah fikiran jer...harap game pd 18hb ni team Perak bleh deliver the best to the supporters...baru le bleh tarik penyokong lg ramai dtg ke Stadium Perak...bior kita gegor ramai2 ye yob,yong...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Yob Utara

    Teman setuju yob miez3, tengah kita dah kira kuat dah. Tapi striker jangan dok harap Khalid je...import konon dari Brazil tu datang dalam bulan Disember nanti. Itu belum tau bagus ke tidak...guna bebetul Fakri dengan Razali. Jangan asik panaskan bench sepanjang masa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. mim

    teman nengok player import baru 2 x bgus lngsng men.....
    bola pon sng ilang dari kaki, berat plak 2...sedey btoi nengoknyer......cari a yg len lg elok......amik ja player dari myanmar lg bgus.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Yob Utara

    Aduhh...macam mane bole jadi camtu yob?...teman ingat kukoc dulu masa memula datang punya bagus...dah last2 baru pengkor...ini memula udah lembab..jawabnya leboh lagi ler duit pafa.

    Itu le bahana kalu amik import tak try bebetoi. Dia ni udah comfirm ke sign kontrek?...naya2.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. asraf

    hampehhhh,punya player import!!! teman ada tgk game ni dgn kawan teman.overall kire bole le team perak main tapi si berios tu mmg tak baguih langsung!!! mmg nampak lembab dan berat,tatau le kalu deme dan sign ke blum,tapi kalu teman coach, player rupe ini bak kate iklan petronas

    RENTIKAN LER MANNNNNNNNNNNNN....................

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. mim

    aper crite ni kome, perak da x de striker...tgal khalid je la gamaknyer......fakri x leh men utk perak sbb dier kne men utk u-19 msia kat liga perdana.....import striker x sampai2 lg....cam ner ni wei????

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. asraf

    yang teman terbaca khalid injured,fakri kena main dgn u-19 dlm liga perdana. kalau ada pun steve bukan nak pakai pun budak muda ni, abih kuat dia boh second half. kalau bole dia perah dulu player senior mana yg ada....cehh..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    dah agak dah....dah agak dah....tu le slow sgt Steve Darby ni...dulu time last season tak berapa nak pakai budak2 muda ni...bg duduk kt bench buat panas bontot...la ni nasib la...masuk under 19...teman tak kisah...benda ni pun bukan baru...dulu2 zaman Azizol Abu Hanifah & Karim Pin pun dh ada dh team Malaysia dlm liga....Harimau Malaysia nama teamnya...Kevin Keegan pun join sekaki....tapi time tu meletup2 deme...harap2 kali ni jgn bagi team tu sekadar warm up pasukan lain je.....nk buat kalu buat betoi2....kalau agak2 tak menjadi pulangkan balik la player2 tu ke pasukan asal...hii..budak Fakri tu baguih....sayang betullllll...cari je la yg lain...byk lg Yob kt Perak tu yg boleh main bola...

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. padiltaiping_81

    nak buat mcmner yob..kalo ada player muda yg bagus mesti f.a.m ambik punyer..pekara yg lepas usah dikenang..kali ni steve darby kena ubah sikap dia yg kurang bagi peluang kat player muda main full-time..teman yakin perak pun ramai dengan player muda yg hebat berbakat..bukan kedah aje..cuma pemikiran sd ngan azrai yg berbeza pada musim lepas..teman dengor pemain chile tu dh sah main utk team perak..betul ke?dari pandangan yg teman baca dalam ruangan respons ni ramai yg kata diorang main tak bagus..kalo betul rugi la duit PAFA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. asraf

    yob padil,pafa mmg suka rugi pun..elok ada import bagus pegi cari lain. teman mmg tak berapa gemor pemain chile ni sbb kita kena ingat majoriti deme main kat sana mmg baguih. dan kalau dia ni bebetul bagus takdenya deme nak datang sini. sepatutnya kita cari player yang mantap dari negara yang tak bagus cara main bolanya. contoh macam baicung butia dari india...india bukan bagus sgt main bola..tapi baicung mmg terbukti bagus. tgk marlon dgn hugging dari st.vincent..terbukti bagus walau negara deme bukan bagus sangat. dah tiba masa kita kena cari player yg biasa wakil negara deme walaupun negara deme tu kodi je...sebab kalau dia tak bagus takkan deme bagi dia main. yang pemain chile ni teman rasa selection pun deme tak peronah panggil.

    ps:sesak2 sangat panggil je luciano dgn seator balik..tentu kadabom punya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. padiltaiping_81

    betul juga kata yob asraf tu...teman setuju juga.mmg la chile merupakan negara yg bola sepak dia hebat,tp kalo player dia nak main dalam liga di negara yg bola sepak dia x bagus,mesti dia punya level rendah dalam bola sepak..kalo diorang bagus dh tentu diorang dh main kat eropah..kalo main kat asia pun mesti main kat liga jepun,liga arab..panggil baichung buthia pun bagus juga...selain keita dan seator,bekas penyerang import perak hebat yg teman kagum permainanya ialah laszlo repasi...memang pakar score gol dia tu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. asraf

    tak perasan pulak teman seator udah main dgn kl musim ni. memang mantap kl taun ni kalau kena gayenya. repasi mmg tersohor dah,import yang main mcm malas tapi skor mmg kadabom. nak suh dia kejor bola jgn harap,tapi kalu dapat bola depan pintu gol mmg gol sesaje. deme panggil pemain rupe ini opertunist...orang perak kate pantang lepa. skang kita udah ada khalid yang sah sah opertunist striker, kite mau sorang lagi striker yg bole cipta peluang dan berdesup peginye mcm kieta...baru defend lawan goyang skit. yang teman dengor ada sorang lagi striker chile pafa nak amik..cacares ke apa namanya...kalu opertunist striker juge mau telingkup kite.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.