Pengumuman!

Makluman untuk semua pengguna bahawa pihak kami telah pun membuka satu ruangan FORUM untuk kegunaan ahli-ahli yang telah berdaftar. Ini dilakukan setelah pihak kami mempertimbangkan beberapa email dari ahli-ahli seladang.net sebelum ini yang mahukan satu ruangan untuk berinteraksi secara tidak formal.

Ruangan forum ini dibuat berdasarkan konsep ‘Integrated Database’ ataupun ‘Pengkalan Data Bersepadu’ di mana pengguna yang pernah berdaftar sebelum ini mampu untuk terus ‘Login’ tanpa perlu mendaftar sekali lagi.

Perbincangan di ruangan forum adalah lebih menjurus kepada aktiviti sosial dan lain-lain perkara yang tidak melibatkan isu bolasepak Perak mahupun Malaysia umumnya. Beberapa tajuk atau topik telah pun dibuka pada ruangan forum tersebut dan sebarang penambahan tajuk hendaklah diajukan pada ruangan ‘Usul & Cadangan’.

Pihak kami juga telah menutup ruangan ‘Contact Us’ kerana sebarang pertanyaan anda selepas ini bolehlah dikemukakan pada topik ‘Pertanyaan’.

Semoga dengan pembukaan ruangan forum ini dapat memajukan perkembangan komuniti seladang.net dikalangan anak-anak watan Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)