Pengumuman!

Ingin kami maklumkan, masih terdapat pengguna yang masih lagi berdegil dengan menggunakan email palsu atau tidak sah untuk pendaftaran di laman web seladang.net ini. Juga terdapat antara mereka yang sengaja mengubah email palsu di ruangan ‘dashboard-profail’ untuk mengaburi pihak kami setelah menggunakan email sebenar sewaktu pendaftaran.

Kemudahan untuk menukar email anda di ruangan ‘dashboard-profail’ adalah untuk memudahkan anda jika terdapat masalah pada akaun email anda yang terdahulu. Kemudahan ini bukan untuk menipu pihak kami dan menyusahkan pihak lain yang emailnya telah digunakan untuk menipu secara sengaja.

Sehubungan dengan itu pihak kami akan sentiasa menghantar email verifiksi pengguna dari masa ke semasa demi memastikan tiada pengguna yang menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.

Anda sebagai ‘user’ hendaklah sentiasa memastikan email yang anda gunakan sewaktu pendaftaran sentiasa aktif sepanjang masa. Jika pihak kami mendapati email anda tidak dapat dihubungi kerana apa jua masalah sekalipun, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk memadamkan ‘username’ anda walaupun sebelum ini terdapat komen yang pernah anda balas pada mana-mana artikel.

Sekiranya anda merasakan bahawa email anda terlalu peribadi maka kami menasihatkan anda supaya tidak mendaftar sebagai ‘user’ di laman web ini. Kepada mereka yang telah menerima email verifikasi dari pihak kami secara tidak sengaja anda hanya perlu membalas semula email tersebut dan pihak kami akan serta merta memadamkan ‘username’ tersebut.

Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan bahawa bilangan pengguna yang berdaftar dengan laman web ini adalah pengguna yang sebenar dan bukannya gimik semata-mata untuk meraih populariti. Pada masa yang sama juga pihak kami akan memastikan email anda tidak digunakan untuk tujuan ‘spam’ mahupun perkara-perkara yang tidak bermoral.

Terima Kasih
admin

Our goal is quality, not quantity

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Pengumuman!

  1. asraf

    teman bukan nak mengapi2 admin,apa ke lagi nak membodek,tapi teman pun tak berapa paham nape deme2 ni mcm degil tak paham bahase. teman rase web ni sape pun bleh bace kalu tak register pun,takde bahagian yg rahsia..cuma video je tak bleh tengok. kire adil le kome bace free kat sini tak payah register. nak tgk video atau komen baru register...ape yg susah benor sampai nak nipu?takde pulak teman terima spam dari admin lepas register sini...ada le 2,3 kali itu pun email validation kompomkan ahli. cadangan teman pd admin ban je deme yg buat problem kat sini...abih cite.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.