Jadual Penuh TM Liga Super Musim 2007/2008

Pihak kami telah pun menerima jadual penuh berhubung semua perlawanan yang melibatkan pasukan dari TM Liga Super dan TM Liga Perdana. Walau bagaimana pun pihak kami belum bercadang untuk memberikan kemudahan muat turun untuk semua pengunjung disini.

Tetapi pihak kami akan mempertimbangkan permohonan untuk ahli yang sudah biasa membuat posting disini dengan menghantar secara terus melalui email.

Sila balas diruangan komen dibawah untuk mereka yang berkelayakan sahaja.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Jadual Penuh TM Liga Super Musim 2007/2008

  1. mim

    teman arap bebenor la boleh mendonlod schedule liga super, arap sedare admin membenar kan teman mendonlod sekiranya kemudahan muat turun ini telah dilaksanakan......

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Salam saudara...

    Sebenarnya jadual tersebut sudah pun berada di dalam simpanan kami sejak beberapa hari yang lalu. Jadual ini sebenarnya tidak boleh diedarkan kerana pihak FAM masih mahu mengubah beberapa jadual pertandingan di dalamnya oleh kerana ada antara perlawanan tersebut bakal dipinda.

    Rentetan dari itu mereka sehingga kini dan pada waktu yang akan datang hanya akan mengeluarkan jadual untuk tempoh sebulan yang akan datang di laman web mereka dan bukannya jadual penuh sepanjang tahun seperti tahun-tahun sebelum ini.

    Apapun sebenarnya pihak kami masih lagi dalam proses membuat helaian ranking yang lebih mudah dan terperinci berbanding yang sebelum ini. Pengguna hanya perlu memasukan keputusan setiap perlawanan berdasarkan tarikh pertandingan.

    Helaian ranking ini bukan sahaja untuk peminat bolasepak Perak, tetapi sesuai untuk semua peminat yang menyokong pasukan masing-masing.

    Jika anda rasa helaian ranking sebelum ini mudah dan ringkas, sebenarnya yang sedang pihak kami rancangkan adalah jauh lebih mudah dan lengkap.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.