Info

Keputusan Penuh:
Perak 3 Vs 0 Rangers (Manjung)

Perlawanan persahabatan antara pasukan Perak melawan pasukan pilihan TLDM Rangers Manjung akan diadakan di Stadium Mini Kompleks Sukan Manjung hari ini, Jumaat 30 November 2007. Waktu perlawanan dijangka akan berlangsung sekitar pukul 4.30ptg – 5.00ptg.

Difahamkan perlawanan ini bertujuan untuk menguji pemain import terbaru Perak iaitu Carlos Caceres atau nama sebenar beliau CARLOS ARTURO CÁCERES PINO. Berita terkini dan gambar perlawanan akan menyusul.

sumber: Perak FA.

Terima Kasih
admin

Perlawanan berlangsung pada pukul 5.30ptg dengan lawan pasukan Perak ialah Rangers (Manjung). Gol pertama pasukan Perak dihasilkan oleh Carlos Caceres setelah merampas bola dari kaki lawan untuk gol pertama Perak. Sebelum itu Carlos Caceres telah melepaskan tidak kurang dari 6 peluang gol.

Perak menambah 2 gol lagi pada separuh masa kedua melalui penyerang muda mereka Razali Umar. Kira-kira 200 orang penonton hadir ke Stadium Mini Manjung itu walaupun rata-rata antara mereka mengadu tidak tahu menahu tentang perlawanan tersebut dan hanya dimaklumkan oleh rakan-rakan petugas di Majlis Perbandaran Manjung.

Dari beberapa survey yang dilakukan oleh penulis ketika itu, tidak kurang dari 1000 orang akan hadir jika sedikit promosi dilakukan oleh Perak FA sebelum perlawanan berlangsung.

Gambar perlawanan di ruangan Gallery

Likes(0)Dislikes(0)