Info

Penantian untuk import ketiga pasukan Perak telah pun berakhir apabila Carlos Caceres atau nama sebenar beliau CARLOS ARTURO CÁCERES PINO telah pun tiba di Perak semalam. Pemain ini berasal dari Santiago, Chile dan bermain untuk kelab Curico Unido FC sebagai penyerang utama di Division 2 Liga Primera Chile.

Walaupun kelab yang beliau wakili hanya menduduki tangga ke-9 liga dari 11 pasukan yang bersaing musim ini, namun beliau telah berjaya menjaringkan sebanyak 11 gol untuk pasukannya setakat ini. Dengan ketinggian 6 kaki 1 inci dan berat sekitar 83kg, beliau dilihat mampu untuk mempertajamkan jentera serangan Perak untuk kempen TM Liga Malaysia musim 2007/08 ini.

carlos_arturo_caceres_pino.jpg.

Gambar sewaktu bersama pasukan Ñublense FC

Beliau dijangka akan diturunkan pada perlawanan ketiga Perak pada Ahad 23 Disember 2007 sewaktu skuad seladang melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Perak, Ipoh.

Pada perlawanan itu juga peminat pasukan Perak mungkin akan terlepas melihat aksi Mohd Khalid Jamlus kerana berkemungkinan beliau digantung satu perlawanan kerana telah menerima kad kuning yang kedua sewaktu perlawanan dengan pasukan My Team FC tempohari.

Diharap Carlos Caceres mampu untuk mengisi slot penyerang import yang telah ditinggalkan oleh bekas pemegang dua musim kasut emas TM Liga Malaysia yang lalu iaitu Kieta Mandjou dari Republik Guinea. 

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Info

  1. padiltaiping_81

    tengok pd gambar fizikal & rupa paras nampak seperti penyerang yg hebat & baik..ada ala2 laszlo repasi je...hehe...tapi apapun hope caceres ni boleh jd penyerang impotr perak yg baik ler..kita tuggu je la aksi dia.

    dengor cerita khalid x dapat main masa game lawan n9 nnt..betul ke?kalo dia x main payah le jugak nak gegar jaring gol n9..coz takat ni khalid je mesin penjaring gol perak yg paling ampuh...khalid pandai m'cari ruang dan peluang utk menjaringkan gol walaupun dia bukan lah penyerang yg lincah dan ligat..peyerang jenis prolifik la katakan..mcm batistuta,nistelrooy,crespo...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    Tekejut juge teman nengok gambor si caceres nih...ada iras mcm ruud van nisteroy jer...hehehe. Kot dapat main separuh rupe nisteroy pun takpe...usah jadi si marin dr brazil dulu tuh udah...lingkup team kite.
    Tinggi ngan berat udah cukup ngam jadi striker...11gol team lama pun kire okay dah....dengor cite dia cabot dr team lama dia pasal deme ada masalah duit gaji...taktau ler betoi idak..kirenya team lama dia mcm takmo lepas dia dtg perak ler.
    So kesimpulanya dia nih bukan ler bahan terbuang team lama dia..cume deme tak mampu nak bayor gaji dek sebab dok liga kat bawah...penyokong tak ramai deme nih..kurang lebih 5 ribu jer...dasyat lagi penyokong Perak...bole cecah 30 ribu time game panas..heheeheh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. asraf

    Ada otai x-navy perak kabo kat teman jumaat ada game friendly kat stadium kompleks sukan manjung...dalam pukul 4.30ptg katanye...tapi mcm tak berapa nak pasti lagi...kot admin boleh comfirmkan dgn pafa pun cantek juge.
    Kot jadi nanti kome dok dekat sana bole ler datang tengok si caceres ni main...ada ke macam nisterool...jangan macam kekeras je udah..hehehe.

    lawan team pilihan navy

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.