Info

Pasukan Perak akan menentang DPMM FC malam esok, Ahad 18 November 2007 di Stadium Perak, Ipoh untuk perlawanan pembuka tirai TM Liga Super 2007/08. Pihak kami dengan kerjasama beberapa ahli yang lain akan membawakan liputan semasa perlawanan secara langsung dengan info serta ulasan bagi setiap 5 minit permainan ataupun jaringan gol (yang mana terdahulu).

Barisan pemain yang dijangka membarisi kesebelasan utama skuad seladang malam esok ialah dua pemain import dari Chile iaitu Mario Berrios pemain pertahanan dan Jorge Munoz pemain tengah. Sementara itu kelibat penyerang import yang dinantikan, Carlos Caceres tidak kesampaian apabila beliau hanya dijangka tiba pada 24 November 2007 nanti.

Barisan Kemungkinan:

Hamsani Ahmad

Arif Fazli  – Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrul Nizam РJorge Mu̱oz РNanthakumar РHardi Jaafar

Ahmad Shahrul Azhar

Razali Umar – Khalid Jamlus

Untuk pemain gantian pula Steve Darby mungkin akan menggunakan khidmat Khairi Zainuddin, Mohd. Noor Ismail dan Danial Fadzly sebagai pilihan pertama.

Kesebelasan utama setiap pasukan yang bertanding pada persaingan TM Liga Super musim baru ini mewajibkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain yang berumur dibawah 21 tahun dengan salah seorang dari mereka dikehendaki bermain sepanjang 90 minit permainan.

Nota: Razali Umar dan Arif Fazli adalah 2 pemain yang berumur dibawah 21 tahun 

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Info

  1. anakperak86

    perlawanan yg pertama. dpmm pun bkn team yg sebarangan. tp teman ghaser perak mampu dpt sesuatu dr game ni.harap2 player import baru dh dpt sesuaikan diri.teman predik menang 2-0. hardi jaafar n khalid jamlus yg skor. mintak2 mcm tu. amin....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. mim

    teman rase perak mngkin blh dapat lg bnyak gol kalo panyokong sume datang bg sokongan kt team kesayangan kte nih...betoi x?????
    PERAK 3-1 brunei

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yob Utara

    First game mesti ramai datang nak tgk import baru dr chile. Kalau menang bertambah ler penyokong utk game kedua nanti. Harap admin tak kansel live ni..kesian org macam teman yg dok jauh ni.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.