Info

Berikut adalah beberapa perubahan penting yang telah dan akan dilakukan oleh pihak kami untuk menghadapi musim baru TM Liga Malaysia nanti:

1) ‘Recent Post’ di sebelah kanan sayap laman web ini telah di tutup dan meninggalkan hanya ‘Recent Comment’ sahaja. Anda masih boleh mencari artikel-artikel yang terdahulu dengan cara menekan butang <-> di bawah Kalender di sebelah kanan sayap. 

2) Ruangan ‘Gallery’ telah ditutup untuk mengurangkan bebanan kepada proses loading laman web ini manakala ruangan ‘Media’ masih lagi dikekalkan untuk ahli yang berdaftar.

3) Pada perlawanan pertama menentang DPMM FC pada Ahad 18 November 2007 pihak kami dengan kerjasama beberapa ahli yang lain akan sedaya upaya membuat liputan semasa perlawanan secara langsung dengan info dan ulasan untuk setiap 5 minit permainan.

4) Jika usaha ini dapat dilaksanakan ruangan ‘Media’ akan ditutup sementara waktu dan akan dibuka semula setelah perlawanan berakhir. Ini terpaksa dilakukan untuk mengurangkan bebanan loading pada laman web ini sewaktu perlawanan berlangsung.

Sebarang cadangan serta komen boleh diajukan dibahagian komen.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Info

  1. anakperak86

    baguslah usaha seladang.net. semoga seladang.net dpt teruskan bakti utk bola seapk negeri tercinta kita, perak darul ridzuan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.