Helaian TM Liga Super & Perdana 2007/2008

Untuk memudahkan para pengunjung semua mengira mata bagi kedudukan terkini sesuatu pasukan, pihak kami telah menyediakan helaian dalam format Excel yang boleh dikemaskini secara langsung.

Helaian ini telah dibuat dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007 dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan versi Microsoft Excel yang terdahulu. Berikut adalah antara versi perisian yang boleh anda gunakan:

Excel 97 – (versi 8.0) dalam pakej Office 97
Excel 2000 (versi 9.0) dalam pakej Office 2000
Excel 2002 (versi 10) dalam pakej Office XP
Excel 2003 (versi 11) dalam pakej Office 2003
Excel 2007 (versi 12) dalam pakej Office 2007

Selain dari versi diatas, pihak kami tidak dapat menjamin ianya akan sesuai untuk dibuka atau digunakan di komputer anda.

Terdapat dua muka surat pada setiap helaian iaitu ‘Result’ serta ‘League Table’ yang boleh anda lihat dibahagian bawah.

Excel Bottom View

Bahagian yang perlu anda kemaskinikan ialah dibahagian ‘Result’ sahaja manakala bahagian ‘League Table’ akan dikemaskini secara automatik oleh perisian Excel tersebut.

Excel Ranking Table

Helaian jadual diatas adalah contoh dibahagian ‘Result’ yang perlu anda isikan sendiri:

  1. Dibahagian kiri adalah pasukan yang menjadi tuan rumah.
  2. Dibahagian atas adalah pasukan pelawat.
  3. Tempat kosong tersebut adalah untuk anda mengisi keputusan perlawanan.

Format mengisikan keputusan perlawanan adalah dengan menaip keputusan tersebut seperti 1-1, 1-2, 3-0, 4-1 dan lain-lain. Ianya perlu ditaip secara terus dengan tanda ‘dash’ tersebut tanpa sebarang tanda langkau di antara kedua-dua angka tersebut.

Di bahagian ‘League Table’ pula anda akan dapat melihat keputusan tadi akan membezakan setiap ranking pasukan dengan menggunakan formula berikut:

  • Pasukan yang mendapat mata tertinggi.
  • Jaringan terbanyak.
  • Beza gol.

Excel Ranking Result

  1. Pasukan yang bertanding.
  2. Keputusan di tempat sendiri.
  3. Keputusan di tempat lawan.
  4. Jumlah keseluruhan perlawanan.
  5. Mata yang dikutip.

Helaian tersebut boleh dimuat turun dibahagian bawah artikel ini dan sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen dengan menyertakan butiran yang berkaitan.

Terima Kasih
admin

TM Liga Super 2007/08times download.

TM Liga Perdana 2007/08times download.

TERKINI!
Untuk helaian versi terbaru yang lebih mudah dan lengkap sila klik di sini

Kembali ke Halaman Utama

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Helaian TM Liga Super & Perdana 2007/2008

Comments are closed.