Posted in Umum on November 30th, 2007 No Comments »
Keputusan Penuh:
Perak 3 Vs 0 Rangers (Manjung)
Perlawanan persahabatan antara pasukan Perak melawan pasukan pilihan TLDM Rangers Manjung akan diadakan di Stadium Mini Kompleks Sukan Manjung hari ini, Jumaat 30 November 2007. Waktu perlawanan dijangka akan berlangsung sekitar pukul 4.30ptg - 5.00ptg.
Difahamkan perlawanan ini bertujuan untuk menguji pemain import terbaru Perak iaitu Carlos Caceres atau nama sebenar beliau CARLOS ARTURO CÁCERES PINO. Berita terkini dan gambar perlawanan akan menyusul.
sumber: Perak FA.
Terima Kasih
admin
Perlawanan berlangsung pada pukul 5.30ptg dengan lawan pasukan Perak ialah Rangers (Manjung). Gol pertama pasukan Perak dihasilkan oleh Carlos Caceres setelah merampas bola dari kaki lawan untuk gol pertama Perak. Sebelum itu Carlos Caceres telah melepaskan tidak kurang dari 6 peluang gol.
Perak menambah 2 gol lagi pada separuh masa kedua melalui penyerang muda mereka Razali Umar. Kira-kira 200 orang penonton hadir Continue reading
Posted in Umum on November 28th, 2007 No Comments »
Makluman untuk semua pengguna bahawa pihak kami telah pun membuka satu ruangan FORUM untuk kegunaan ahli-ahli yang telah berdaftar. Ini dilakukan setelah pihak kami mempertimbangkan beberapa email dari ahli-ahli seladang.net sebelum ini yang mahukan satu ruangan untuk berinteraksi secara tidak formal.
Ruangan forum ini dibuat berdasarkan konsep ‘Integrated Database’ ataupun ‘Pengkalan Data Bersepadu’ di mana pengguna yang pernah berdaftar sebelum ini mampu untuk terus ‘Login’ tanpa perlu mendaftar sekali lagi.
Perbincangan di ruangan forum adalah lebih menjurus kepada aktiviti sosial dan lain-lain perkara yang tidak melibatkan isu bolasepak Perak mahupun Malaysia umumnya. Beberapa tajuk atau topik telah pun dibuka pada ruangan forum tersebut dan sebarang penambahan tajuk hendaklah diajukan pada ruangan ‘Usul & Cadangan’.
Pihak kami juga telah menutup ruangan ‘Contact Us’ kerana sebarang pertanyaan anda selepas ini bolehlah dikemukakan pada topik ‘Pertanyaan’.
Semoga Continue reading
Posted in Umum on November 26th, 2007 7 Comments »
Penantian untuk import ketiga pasukan Perak telah pun berakhir apabila Carlos Caceres atau nama sebenar beliau CARLOS ARTURO CÁCERES PINO telah pun tiba di Perak semalam. Pemain ini berasal dari Santiago, Chile dan bermain untuk kelab Curico Unido FC sebagai penyerang utama di Division 2 Liga Primera Chile.
Walaupun kelab yang beliau wakili hanya menduduki tangga ke-9 liga dari 11 pasukan yang bersaing musim ini, namun beliau telah berjaya menjaringkan sebanyak 11 gol untuk pasukannya setakat ini. Dengan ketinggian 6 kaki 1 inci dan berat sekitar 83kg, beliau dilihat mampu untuk mempertajamkan jentera serangan Perak untuk kempen TM Liga Malaysia musim 2007/08 ini.
.
Gambar sewaktu bersama pasukan Ñublense FC
Beliau dijangka akan diturunkan pada perlawanan ketiga Perak pada Ahad 23 Disember Continue reading
Posted in Media on November 23rd, 2007 1 Comment »
TM Liga Super 2007/08

Rabu 21 Nov 2007
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45mlm
Keputusan Penuh:
My Team 0 - 1 Perak
Rangkuman jaringan dan percubaan menarik antara dua pasukan terbabit hanya boleh dilayari oleh Ahli Berdaftar sahaja dibahagian MEDIA. Turut dimuatkan sekali ialah halangan cantik yang dilakukan oleh ketua pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar dari percubaan pemain My Team.
Sila login dahulu untuk menonton video tersebut.
Terima Kasih
admin Continue reading