Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Aidilfitri dari pihak pengurusan dan warga kerja seladang.net kepada semua pengunjung yang terus memberikan sokongan kepada laman web ini.

Kepada mereka yang memandu untuk pulang ke kampung, berhati-hati semasa di jalan raya semoga selamat pergi dan pulang kelak tanpa sebarang musibah. Pada kesempatan ini juga pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengunjung jika ada antara artikel kami yang menyinggung sesetengah pihak disini samada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Semoga kita semua mampu menjadi suatu komuniti yang terbaik untuk memajukan lagi sukan bolasepak Perak khususnya dan Malaysia amnya.

Kepada yang tidak dapat pulang ke kampung kerana bertugas mahupun berada di luar negara, pihak kami ingin menujukan lagu ini kepada anda semua sebagai hiburan sewaktu Syawal yang bakal menjelma nanti.

Lagu dari seorang penyanyi lelaki yang bergelar Raja Pop Malaysia iaitu Jamal Abdillah yang bertajuk Salam Aidilfitri.

Salam Aidilfitri
admin

Sila rujuk ruangan MEDIA

Pihak kami hanya menyiarkan lagu ini tanpa mampu di muat turun oleh pengunjung laman web ini. Segala hakcipta lagu tersebut adalah kepada pemilik asalnya. Pihak kami hanya menyiarkan ianya seperti rangkaian radio untuk pendengar semua. Tiada sebarang keuntungan diperolehi oleh pihak kami dari penyiaran lagu ini.

Likes(0)Dislikes(0)