Perak senarai 6 pemain muda

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

IPOH – Perak menyenaraikan enam pemain muda bagi menghadapi saingan bola sepak Liga Super yang bermula pada bulan November akan datang.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Mohammed Mahiyuddin Abdullah berkata, lima pemain Piala Presiden dan seorang pemain Piala Belia telah dinaikkan pangkat pada musim depan.

Penjaring terbanyak Piala Presiden, Razali Umar Kandasamy yang berjaya menyumbatkan 31 gol dalam 34 perlawanan antara pemain Piala Presiden yang dinaikkan pangkat.

Empat pemain Piala Presiden yang lain adalah Mohd. Fauzi Ariffin, Arif Fazli Saidi, Ahmad Fakri Saarani dan Kamarul Effandy Abd. Ramli.

Pemain Piala Belia, Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa turut disenaraikan dalam Liga Super.

Selain itu Mahiyuddin turut mengumumkan bahawa ketua pasukan Telekom Melaka, Mohd. Hardi Jaafar dan bekas pemain kebangsaan, Mohd. Noor Ismail turut menyertai skuad Seladang.

‘‘Hardi dan Mohd. Noor setuju beraksi dengan skuad Seladang dan kedua- dua pemain berkenaan sudah memulakan latihan sejak seminggu lalu,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Perak akan memulakan latihan intensif di bawah pengawasan jurulatih, Steve Darby selepas Hari Puasa nanti.

Pemangku Presiden PAFA itu membayangkan bahawa Perak mungkin menggunakan dua pemain import sahaja pada musim akan datang.

Katanya, Keita Mandjou dari Republik Guinea dan Traore Abdoulaye dari Burkina Faso sudah cukup untuk memantapkan skuad Seladang kelak.

Mandjou muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super selama dua tahun berturut-turut dikekalkan dalam skuad Seladang bersama-sama Abdoulaye semusim lagi.

Namun begitu, pemain pertahanan dari Crotia, Vedran Kukoc diketepikan kerana masalah kecederaan yang berpanjangan.

Dalam perkembangan lain, Pemangku Presiden PAFA menafikan persatuan tersebut sedang menghadapi masalah kewangan.

‘‘PAFA mampu membayar gaji para pemain Liga Super, Piala Belia dan Piala Presiden sepanjang tahun 2008 akan datang,” jelas Mahiyuddin.

‘‘Kewangan PAFA masih kukuh kerana mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak,” katanya.

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “Perak senarai 6 pemain muda

  1. Yob Utara

    Tahniahlah kepada hardi yang pulang ke perak semula,tidak lupa juga pada mohd nor ismail. Tahun ni format kena ada pemain bawah 21 full time dalam time,so takde masalah rasanya dengan kehadiran penyerang sensasi presiden perak, razali umar.

    Kita pun ada fakri yang masih dibawah 21 tahun,jadi rencah tahun ni nampaknya jauh lebih baik dari tahun lepas. Kieta dan Abdoulaye pun masih dikekalkan, memang bahagian tengah tahun ni lebih mantap dan steve darby tiada alasan untuk merungut dengan first eleven tahun ni.

    kalau ikut lineup kena ada paling kurang pun 2 orang pemain bawah 21.

    hamsani
    azlan-nantha-subra
    nizam/razali-dolaye-hardi/a'ah-danial-fakri
    kieta-khalid

    mantap yob.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. padiltaiping_81

    Satu tindakan yang positif dan bijak dari pihak pengurusan perak yg memberi peluang kepada pemain2 muda ini untuk beraksi dan menonjolkan bakat kepada skaud 'skor yob skor' ni.tahun depan team perak akan bertambah bertenaga dengan kemasukan tenaga2 muda yg lebih pantas dan efisen dalam mencorakkan strategi permainan sd..semoga pemain2 muda ini menjadi generasi muda 'emas' untuk jangkamasa panjang buat skaud seladang...Perak tetap selamanya dihati teman walaupun sekarang merantau dan bekerja di negeri sembilan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anas

    yeah....hardi sudah balik perak.Ini memang mantap punya barisan perak.Cuma yang teman risokan ialah si mohd noor ismail.Setau teman dia ni masa kat johor fc dulu asik duduk simpanan je pasal injured tak habis2.Adakah kedatangan dia ni sekadar nak memujuk hati yong2 kita yang udah kehilangan si kukoc?Teman biasa pegi stadium perak nun,dulu masa mohd noor ni bawak bola... ramai pompuan jerit2 panggil nama dia....hehehehe..jangan marah yong2 perak...guro je.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sEcoNd heARtbEAt

    ermmm...
    best juga hardi sarung jersi perak...
    tp mat noor ni susah sikit nk cakap ...
    dia sebelum ni jd sub jer...
    macam mane cerita ni...
    harap2 kemasukan player yg muda dpt memantapkan lg pasukan perak yg sblom ni lembik semacam jerk..
    k???
    farewell perak!!!!
    kejor yop kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. asraf

    Kemasukan hardi memang kita tunggukan, lepas kuar yusri midfield mesti kurang mantap sikit. Perak pun takde sape yang bebetul bagus buat free kick. Hardi mampu ambik tugas tu dgn baik rasanya.

    Mat nor ni utility player, dulu biasa main defend dgn striker...tengah pun dia boleh tahan jugak..cuma kena tengok injured dia tu camne.

    Tapi lineup yop utara buat memang mantap dah..kot tak menang juga satu piala tahun nih eloklah coach berenti. Buang duit pafa je bayor memahal gaji dia...habuk pun tarak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. padiltaiping_81

    Harap musim depan perak dapat menjulang sekurang-kurangnya satu piala dengan barisan yang disenaraikan oleh pihak pengurusan perak fa..kemasukan hardi jaafar bakal menbuatkan barisan midefield perak makin mantap..tapi sayang,perak nyaris hendak mendapatkan khidmat norhafiz zamani misbah untuk memantapkan lagi bahagian pertahanan..tapi saya setuju jgk dengan kata pemangku presiden PAFA,jika terlalu ramai pemain 'bintang' akan menyukarkan jurulatih untuk mengawal pemain ini.Pasukan yg memiliki banyak pemain 'bintang' belum tentu boleh jadi juara dan mempamerkan permainan yg hebat dan berkualiti.Lihat saja contoh real madrid&pahang beberapa musim yg lepas..tak juga menang banyak piala..kejor yob kejor..skor yob skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. asraf

    Teman setuju kata padiltaiping, pemain star memang tak boleh banyak dlm team. Mppj/pahang dulu byk star tapi hancor juga.

    Dengo hari tu nak ambik pemain indon budi sudarsono. betul ke khabor angin ni?

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Assalamualaikum semua....
    Salam Aidilfitri teman ucapkan...sebenornya teman rasa lega le tgk perkembangan line up terbaru ni...rasanya kita boleh bangkit & tebus kembali piala2 yg kita terlepas ari tu...tak malu rasanya kalau kita ikut rentak Kedah turunkan player2 muda...tgk aje contohnya masa final P.M'sia ari tu...semangat juang deme tinggi...konsistensi ok...player2 Perak yg sedia ada bukan tak semangat cuma tumpor dek ketangkasan & kecergasan player2 muda Kedah tu....teman rasa kalau player2 muda kita diberi peluang atau exposure lebih utk main dlm 1st eleven rasanya masalah mentaliti pemain yg letih & kurang cergas dpt kita atasi dgn back up player2 muda yg dicungkil bakatnya....
    Teman setuju benor le kata2 dr Asraf & Padiltaiping tu..harapkan player star je tapi hampeh buat pe...
    Kepada Hardi & Md Noor Ismail...selamat kembali ke Perak..!
    Kome buat pilihan yg tepat...sebab takat ni le teman rasa team Perak je yg tak byk kerenah....& always maintain the best!
    Hidup Yeob!Kejor yeob Kejor..............

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. padiltaiping_81

    Dengar cerita keita mandjou & treore abdullaye tak de dalam team perak musim depan.mereka menolak tawaran kontrak baru...betul ke?

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. asraf

    Entahlah yob...benda camgini biasa dah kalu hujung musim. banyak adegan tarik tali gitu gini...dengo cite deme berdua tak berapa nak setuju bab gaji...tapi byk tu je pafa bole offer pasey budjet tak cukup.

    Dengo sumber lain udah ada offer dari kelab luor negara...ada khabor angin lain pulak kieta udah tak berapa ngam dengan striker yang sorang tu.

    Yang sorang lagi pasey hardi dah masuk perak...ate kalu hardi,a'ah,danial,arul,nantha udah main tengah...dia mesti tak merasa main karang.

    Terdengor teman otai lain sembang kedai kopi pulak...pafa saje kasi gaji tak berapa nak baguih sebab nak suruh berenti...akai nak tukor import lain yg murah le tu..

    Entah le yob...tunggu ajelah nanti camne...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. padiltaiping_81

    Payah juga kalo x de pemain mcm keita&dolaye tu.mmg terbukti sumbangan besar diorang kat team perak musim2 lepas.tambahan pulak diorang dah serasi dan boleh menyesuaikan cara pemainan team perak.dalam era bolasepak profesional mmg mcmtu la,menjadi kebiasaan la..kalo seseorang player tu bagus dan berkualiti,harga dia pun makin naik la,player akan demand la..kalo pihak pengurusan perak nak pemain import yg harga murah,dah tentu susah nak dapat pemain import yg bagus & berkualiti..masa pun dh suntuk dgn liga musim baru dah dekat nak start.

    Tengok aje mcm Cristiano Ronaldo,masa man. united mula2 beli dia..harga murah,gaji pun rendah,sebab time tu dia x de nama lagi.tapi bila prestasi permainan makin meningkat,sumbangan&peranan dia dlm team m.u makin besar,nama makin besar&popular..harga dia makin naik la..dia pun mula demand tinggi.ramai pulak team2 lain tertarik nak dapatkan dia utk main dgn team diorang menawarkan bayaran gaji yg menarik dan tinggi.

    Tapi kalo keita&abdullaye dh tak mahu main ngan perak,nak watcamner..barisan pemain tempatan&muda perak yg baru ni nampak ada potensi nak menyerlah.harap2 la ye yob..cuma striker je la yg teman agak bimbang..khalid tu kalo x de twin striker laju/pantas yg boleh support dan sesuai ngan dia, mmg payah djuga dia tu nak menyerlah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. miez3

    Ate nk buat camaner dh yob...nasi dh jadi bubur...yob keita & yob dolaye dh nekad nk blah..ate org PAFA pun laju benor lepaihkan deme pegi...tapi teman rasa betoi le deme tu demand....ate mana nk buatnye...nama dh tersohor...maklum ler 2 tahun berturut jd top scorer seantero Malaysia ni...kalau teman pun teman demand yob...cuma teman rasa ada le alasan tersendiri PAFA lepaihkan deme ni...mungkin kalau deme ikut jugak rentak dua2 "permata hitam" ni maka yg lain2 pun mesti nak jugak gaji deme naik...ate camner nk adjust balik budget PAFA...penin le jgk deme...jadi alang2 lepaihkan je gamaknya itu je jln selesainya...harap2 ada le pengganti deme yg lebih hebat...silap2 lebih hebat dr deme berdua tu...sama2 le kita doakan ye yob..

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. asraf

    Teman rase setuju ckp yob miez tuh...mungkin pafa rase deme demand lebih benor sampei tak mampu nak tanggung.

    Pulak tu kalu diikut karang yg lain nak juge merasa sama lebihan yg deme dapat tu...betoi juge tindakan pafa tu. Nak belanje lebih2 tapi ujung bulan tak kuar gaji pun naya player juge.

    Tapi nak salahkan player pun susah juge..itu periuk nasi deme pulak...masa ni le pun nak cari bebanyak duit....udah tak baguih kang sape pun tak nak.

    Ditelan pahit dibuang sayang...bior le deme berdua tu pikior memasak dulu kat kg deme...kot mana tau terbukak hati nak main balik..jgn pulak pafa juey mahei.

    Nak cari pengganti memang senang...tapi yang nak dapat sebaik deme atau lebih baik belum tentu lagi. Bukan le teman nak nasihatkan pafa...tapi kalu takat level baya player kite je..baik tak payah amik import...abihkan beras je.

    Satu lagi bab coach...harap caretaker pafa skang ni beringat le sikit time yg mendatang. Jangan dibuat main sain bertaun2 coach tak tentu pasey. Alangkan team power mcm chelsea pun bole tendang mourinho kuar...inikan pulak steve darby yang tak kemana taun ni.

    Menang kalah pun perak taun ni teman harap biorlah tukor coach baru musim 2009 nanti....letih dah tengok taktikal dia.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.