Patutkah Pasukan Bolasepak Malaysia Ranking ke 159 ?

Berikut adalah senarai ranking terkini yang di keluarkan oleh FIFA sehingga bulan September 2007 yang lalu untuk Zon Asia.

FIFA ASIA ZONE STANDING

Tentu ramai yang terkejut dengan ranking terkini pasukan bolasepak Malaysia yang berkedudukan ke-159 Dunia dan ke-29 Asia. Inilah kedudukan yang paling terburuk pernah di alami oleh pasukan kebangsaan Malaysia untuk sepanjang masa.

Apakah yang terjadi sebenarnya ?

Umum sebenarnya telah mengetahui bahawa pasukan kebangsaan Malaysia telah pun memenangi Kejohanan Pestabola Merdeka 2007 yang lalu menewaskan pasukan Myanmar dengan keputusan 3 gol berbalas 1 pada perlawanan akhir.

Namun apa yang meragukan pihak kami ketika ini ialah, mengapa tiada catatan di buat oleh pihak FIFA berhubung kemenangan itu untuk statistik penuh perlawanan yang membabitkan pasukan kebangsaan Malaysia ?.

Berikut perlawanan yang telah dilalui pasukan Malaysia di laman web FIFA.
statistik perlawanan pasukan Malaysia

Terdapat keputusan 3 perlawanan untuk kempen Piala Asia yang lalu termasuk yang terbaru untuk kelayakan Piala Dunia 2010 menentang pasukan Bahrain. Dimanakah keputusan perlawanan untuk Kejohanan Pestabola Merdeka 2007 ?

Berikut perlawanan yang telah dilalui pasukan Myanmar menurut laman web FIFA.
statistik perlawanan pasukan Myanmar

Terdapat dua perlawanan yang membabitkan pasukan Myanmar pada ruangan yang ditandakan dengan kotak hijau di atas. Kedua-dua perlawanan tersebut adalah perlawanan yang membabitkan pasukan Laos dan Lesotho pada Kejohanan Pestabola Merdeka 2007. Tetapi yang menghairankan mengapa ianya dicatatkan sebagai perlawanan persahabatan ?.

Keputusan pasukan kebangsaan Malaysia pada kempen tersebut.

Peringkat Kumpulan:
Malaysia 2 – 0 Laos
Malaysia 1 – 2 Myanmar
Malaysia 4 – 0 Lesotho

Separuh Akhir:
Malaysia 3 – 1 Singapura

Akhir:
Malaysia 3 – 1 Myanmar

Persoalannya disini mengapa pula keputusan perlawanan pasukan kebangsaan Malaysia tidak dicatatkan oleh FIFA sedangkan pasukan Myanmar ada dicatatkan ? Berikutan perlawanan ini Myanmar memperolehi banyak mata untuk menduduki ranking yang lebih baik berbanding pasukan Malaysia.

8 pasukan yang bertanding pada Kejohanan Pestabola Merdeka 2007 ialah pasukan Malaysia, Myanmar, Singapura, Indonesia, Laos, Lesotho, Zimbabwe dan Bangladesh. Namun hanya keputusan 3 pasukan sahaja di masukkan di dalam pengkalan data FIFA iaitu Myanmar, Lesotho dan Laos.

Dimanakah silapnya ?

YB – seladang.net

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Patutkah Pasukan Bolasepak Malaysia Ranking ke 159 ?

  1. saiful

    Ada kemungkinan juga FAM gagal dalam menyediakan butiran lengkap kejohanan PestaBola Merdeka hinggakan ia tidak dikira sebagai satu kejohanan yang memberi merit kepada pasukan yang bertanding.

    Agak mustahil FIFA sengaja tidak memasukkan Kejohanan Pestabola Merdeka sebagai kejohanan yang diiktiraf jika tiada apa-apa masalah.

    Pada pendapat saya ada sesuatu yang tak kena pada FAM dalam penganjuran kejohanan tersebut.

    Mungkin ada yang lebih tahu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. asraf

    Teman setuju dgn saiful...perkara ni lain tak bukan memang salah ahli jawatankuasa pertandingan fam. Mereka sepatutnya submit result pada fifa.

    Tapi yg muskilnya apsal pulak myanmar boleh claim friendly plak untuk game dgn lesotho dan laos?..nampak macam ada kes lain ni.

    Mungkin myanmar ada main taktik kotor skit nak tinggikan ranking..sape tau?..result menang je dia hantor..tang kalah dia senyap...pelik pelik..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.