My Team 2 Vs Indonesia (bawah 23)

Keputusan Penuh:
My Team 2 0 Vs 2 Indonesia

Senarai Penjaring:
minit 13 – Egi Melgiansyah
minit 20 – Riski Novriansyah

Perlawanan antara pasukan realiti tv My Team 2 melawan pasukan Indonesia bawah 23 tahun ini berakhir dengan keputusan Indonesia menewaskan My Team 2 dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Gol pertama pasukan Indonesia terhasil dari satu sepakan deras luar kotak penalti yang membias salah seorang pemain My Team 2 dan terus menerjah jaring oleh Egi Melgiansyah pada minit ke 13 separuh masa pertama.

Pada minit ke 20 separuh masa pertama, akibat dari salah faham yang berlaku antara pemain pertahanan My Team 2, Chin Kuan Chuan dan penjaga gol Rosfaizul Anuar, Riski Novriansyah berjaya menambah jaringan buat pasukan Indonesia apabila membuat tandukan melepasi kedua pemain tersebut.

Pada minit ke 58 separuh masa kedua pasukan Indonesia terpaksa bermain sepuluh orang apabila Rachmat Latif telah dilayangkan kad merah setelah memungut kad kuning yang kedua kerana mengasari Mohd Fazrinal.

Walaupun hanya melawan 10 orang pemain, pasukan My Team 2 tidak mampu untuk menjaringkan sebarang gol ke pintu lawan hasil daripada permainan secara bertahan dari pasukan Indonesia.

Video jaringan gol pada perlawanan tersebut boleh di tonton pada ruangan GALLERY diatas.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “My Team 2 Vs Indonesia (bawah 23)

  1. Yob Utara

    Memandangkan admin dah tutup ruangan gallery, teman tolong postkan url kat you tube kat sini.

    edit by admin: ruangan gallery telah dibuka semula

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.