Malaysia Vs Bahrain – Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

Malaysia Vs Bahrain

Malam ini pasukan kebangsaan akan beraksi dalam perlawanan hidup mati melawan pasukan Bahrain pada pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang akan berlangsung pada pukul 8:45 malam di Stadium Shah Alam. Pada perlawanan pertama di Manama Bahrain, pasukan negara telah tewas dengan jaringan 4 gol berbalas 1.

Walaupun tugas pada malam ini di lihat sukar buat pasukan kebangsaan tetapi tiada yang mustahil dalam bolasepak modem masakini. Dengan percaturan baru yang bakal dilaksanakan oleh jurulatih negara B. Sathianathan, kita mampu untuk melakar sesuatu pada malam ini.

Pasukan kebangsaan yang sebelum ini menggunakan formasi asas 4 – 4 – 2, dilihat akan cuba menggunakan pendekatan menyerang habis-habisan dengan formasi 4 – 3 – 3 dengan barisan kemungkinan seperti dibawah.

Barisan Kemungkinan Malaysia:
Formasi: 4 – 3 – 3

Syed Adney Syed Hussein

Mohd Daudsu – Aidil Zafuan – Zamani Misbah – Sumardi Hajalan

Khyril Muhymeen – K. Nanthakumar – Mohd Bunyamin Umar

Zaquan Adha – Safee Sali – Indra Putra

Rangkaian 3 penyerang yang ada terbukti menunjukkan kepada umum bahawa misi pasukan kebangsaan pada malam ini ialah untuk mencatatkan kemenangan tanpa mengira samada berjaya atau tidak melepasi defisit 3 gol tersebut.

Jika pasukan kebangsaan berjaya memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3 gol tanpa balas maka pasukan Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya berdasarkan kepada faktor jaringan gol di tempat lawan.

Pada kesempatan ini juga pihak kami ingin menyeru para peminat semua supaya datang memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan di Stadium Shah Alam malam ini. Tiket perlawanan dijual dengan harga RM15 untuk semua jenis tempat duduk dan kaunter tiket akan mula dibuka mulai pukul 5 petang hari ini.

Keputusan Penuh:

Malaysia 0 – 0 Bahrain

Malaysia memulakan perlawanan dengan asakan bertali arus ke kubu pasukan Bahrain sebaik sahaja tiupan wisel di bunyikan oleh pengadil. Malangnya pada minit ke 13 perlawanan, Mohd Aidil Zafuan telah dilayangkan kad merah bersama pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman kerana berlaku kekasaran di kawasan pertahanan Malaysia.

Tidak lama kemudian terjadi satu keadaan ‘tackle’ 50 -50 antara pemain Malaysia dengan pemain Bahrain dan pengadil telah melayangkan kad kuning kepada pemain Malaysia. Keadaan menjadi agak panas apabila pengurus pasukan Malaysia, Dato Soh Chin Aun membantah keputusan pengadil pada waktu itu. Rentetan daripada itu, Dato’ Soh Chin Aun telah diarahkan keluar meninggalkan tempat duduk pemain simpanan.

Permainan agak seimbang dengan Bahrain lebih banyak menggunakan pendekatan bermain secara bertahan di samping sengaja melambatkan permainan. Beberapa peluang sepatutnya mampu diterjemahkan sebagai gol namun segalanya kelihatan buntu apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain untuk satu tempoh yang agak panjang.

MALAYSIA
Formasi 4 – 3 -3

Syed Adney Syed Hussein

Daudsu Jamaluddin – Aidil Zafuan – Zamani Misbah – Sumardi Hajalan ( Norshahrul Idlan m-70)

Amirulhadi Zainal ( Khyril Muhymeen m-46 ) – K. Nanthakumar – Bunyamin Umar

Indra Putra – Zaquan Adha ( Samransak Kram m80 ) – Mohd Safee Sali

Pihak kami tidak mahu mengulas panjang kerana siaran tertunda perlawanan ini akan diadakan pada hari Isnin pukul 12.00 malam di RTM 1.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Malaysia Vs Bahrain – Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

Comments are closed.