Info Liga Malaysia Musim 2007/08

Info Utama:

1) Piala Sumbangsih antara pasukan Kedah menentang Perlis di Stadium Darulaman, Kedah pada 17 November 2007.

2) Liga Super bermula pada 17 November 2007 dan berakhir pada 29 Mac 2008.

3) Liga Perdana bermula pada 19 November 2007 dan berakhir pada 28 Mac 2008.

4) Piala FA bermula pada 11 Disember 2007 dan berakhir 12 April 2008 dan dijangkakan perlawanan akhir pada 31 Mei 2008.

5) Piala Malaysia akan bermula pada 19 April 2008 dan perlawanan akhir pula dijadualkan berlangsung pada 21 Jun 2008.

6) AFC Cup akan bermula dari 11 Mac 2008 hingga 14 May 2008 dan bersambung pula pada 16 September 2008 hingga 7 November 2008.

Info Tambahan:

1) Waktu perlawanan kempen Liga Malaysia ialah pada pukul 8.45 malam untuk negeri di Semenanjung Malaysia dan 8.15 malam di Sabah, Sarawak dan Brunei.

2) Penyertaan pasukan Dewan Pengiran Muda Mahkota (DPMM-Brunei) pada perlawanan Piala FA musim 2007/08.

3) Setiap pasukan diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya dua orang pemain bawah 21 Tahun ketika mana-mana perlawanan dijalankan, dan salah seorang pemain dari peringkat itu juga diwajibkan beraksi selama 90 minit penuh permainan.

4) AFC Cup disertai oleh kelab atau pasukan negeri dari negara Bahrain, Jordan, Lebanon, Oman, Yemen, India, Turkmenistan, Malaysia, Maldives, Singapore, Hong Kong, Thailand dan Vietnam.

Nota: Jika anda mempunyai maklumat tambahan, sila berbuat demikian dibahagian komen dibawah.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Info Liga Malaysia Musim 2007/08

  1. Yob Utara

    Piala sumbangsih kedah lawan perlis, gamaknya afc tuh perak ke perlis yang pegi? kot perlis baguih jugak..jimat belanja team kita...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.