Bahrain Vs Malaysia - Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
October 21st, 2007 by webmaster

Pada malam ini pukul 11.00 malam waktu Malaysia, pasukan kebangsaan akan berhadapan dengan tugas getir menentang pasukan Bahrain di tempat lawan untuk kempen kelayakan Zon Asia, Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan. Pasukan Malaysia hanya membawa 22 orang pemain untuk perlawanan pusingan pertama ini.
Senarai Pemain:
01) Syed Adney Syed Hussein
02) Mohd Nasril Nourdin
03) Mohd Farizal Marlias
04) Norhafiz Zamani Misbah
05) Sumardi Hajalan
06) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
07) Mohd Daudsu Jamaluddin
08) Shahurain Abu Samah
09) Chun Keng Hong
10) K. Thanaraj
11) K. Nanthakumar
12) Mohd Sabre Mat Abu
13) Mohd Syamsol Sabtu
14) Mohd Bunyamin Umar
15) Safiq Rahim
16) Azi Shahril Azmi
17) Mohd Amirulhadi Zainal
18) Norshahrul Idlan Talaha
19) Mohd Khyril Muhymeen Zamri
20) Indra Putra Mahayuddin
21) Mohd Zaquan Adha Abdul Razak
22) Mohd Safee Sali
Barisan Kemungkinan Malaysia:
Formasi: 4 - 4 - 2
Syed Adney Syed Hussein
Mohd Daudsu - Aidil Zafuan - Zamani Misbah - Sumardi Hajalan
Amirulhadi Zainal - Azi Shahril - Norshahrul Idlan - Khyril Muhymeen
Zaquan Adha - Safee Sali
Berkemungkinan tempat Khyril Muhymeen akan digantikan oleh Indra Putra Mahayuddin memandangkan beliau mengalami demam sebelum berlepas ke Bahrain semalam. Manakala tempat Norshahrul Idlan mungkin akan di isi oleh K. Nanthakumar jika jurulatih Malaysia, B. Sathianathan menggunakan corak bertahan sambil membuat serangan balas yang pantas.
Apapun kita berharap semoga pasukan kebangsaan mampu memberikan satu tentangan yang sengit kepada pasukan Bahrain walaupun menyedari kedudukan ranking dunia yang jauh ketinggalan ketika ini.
Pihak kami merasakan pasukan kebangsaan kali ini jauh lebih baik dari 10 tahun sebelumnya memandangkan hampir keseluruhan pemainnya diwakili oleh pemain yang berumur bawah 23 tahun kecuali hanya 3 orang pemain senior yang digunakan.
Keputusan seri sudah memadai memandangkan pasukan kebangsaan akan beraksi semula pada perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
—————————————————————————————
Keputusan Penuh:
Bahrain 4 Vs 1 Malaysia
Senarai Penjaring:
Minit 4 - Abdulla Baba Fatadi
Minit 15 - Jaycee Okwunwanne
Minit 45 - Bunyamin Umar
Minit 62 - Mahmood Abdul Rahman
Minit 90+2 - Alaa Hubail (penalti)
MALAYSIA
Syed Adney Syed Hussein, Azi Shahril Azmi (Mohd Bunyamin Omar, minit-34), Norhafiz Zamani Misbah, Sumardi Hajalan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (Mohd Syamsol Sabtu, minit-60), Mohd Amirulhadi Zainal, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Daudsu Jamaluddin, K. Nanthakumar, Mohd Safee Sali (Khyril Muhymeen Zambri, minit-78).
BAHRAIN
Sayed Jaffer, Fouzi Mubarak Aaish, Ebrahim Moshkhas, Sayed Jalal (Alaa Hubail minit-69), Mohammed Hubail (Hamad Al Banki, minit-70), Abdulla Baba Fatadi, Mahmood Abdul Rahman, Salman Isa, Abdulla Omar, Sayed Mohamed Adnan, Jaycee Okwunwanne (Ismaeel Latif, minit-82).
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Malaysia Vs Bahrain - Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
- Intercontinental Cup 2008 | Malaysia Vs Ireland
- Indonesia Vs Malaysia | Friendly Match (result)
- Indonesia Vs Malaysia | Friendly Match
- India Vs Malaysia | Friendly Match
One Response to “Bahrain Vs Malaysia - Piala Dunia 2010 Afrika Selatan”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Tahniah kepada team malaysia walaupun kalah dengan bahrain semalam. Nanti lawan kat sini cuma perlu menang 3 gol sahaja sebab gol tempat lawan jadi penentu.
adios…