Posted in Bolasepak Malaysia on October 28th, 2007 1 Comment »

Malam ini pasukan kebangsaan akan beraksi dalam perlawanan hidup mati melawan pasukan Bahrain pada pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang akan berlangsung pada pukul 8:45 malam di Stadium Shah Alam. Pada perlawanan pertama di Manama Bahrain, pasukan negara telah tewas dengan jaringan 4 gol berbalas 1.
Walaupun tugas pada malam ini di lihat sukar buat pasukan kebangsaan tetapi tiada yang mustahil dalam bolasepak modem masakini. Dengan percaturan baru yang bakal dilaksanakan oleh jurulatih negara B. Sathianathan, kita mampu untuk melakar sesuatu pada malam ini.
Pasukan kebangsaan yang sebelum ini menggunakan formasi asas 4 - 4 - 2, dilihat akan cuba menggunakan pendekatan menyerang habis-habisan dengan formasi 4 - 3 - 3 dengan barisan kemungkinan seperti dibawah.
Barisan Kemungkinan Malaysia:
Formasi: 4 - 3 - 3
Syed Adney Syed Continue reading
Posted in Umum on October 26th, 2007 No Comments »
Oleh kerana terdapat gangguan kepada Rangkaian Internet Antarabangsa dari talian TM Net sejak awal minggu ini, pihak kami telah melakukan beberapa perubahan untuk mempercepatkan proses loading anda terhadap laman web ini.
Banyak ruangan yang terpaksa di hentikan buat sementara waktu seperti ruangan Media, Gallery, Contact Us dan beberapa ciri tambahan pada ruangan sayap kanan laman web ini seperti Tag, Kalender yang mempunyai keupayaan Javaskrip mahupun AJAX.
Semua kemudahan ini akan kembali seperti biasa jika Rangkaian Internet Antarabangsa TM Net telah pulih sepenuhnya. Kami memohon maaf atas segala kesulitan kerana ianya adalah di luar bidang kuasa kami.
Terima Kasih
admin Continue reading
Posted in Bolasepak Malaysia on October 24th, 2007 5 Comments »
Berikut adalah senarai ranking terkini yang di keluarkan oleh FIFA sehingga bulan September 2007 yang lalu untuk Zon Asia.

Tentu ramai yang terkejut dengan ranking terkini pasukan bolasepak Malaysia yang berkedudukan ke-159 Dunia dan ke-29 Asia. Inilah kedudukan yang paling terburuk pernah di alami oleh pasukan kebangsaan Malaysia untuk sepanjang masa.
Apakah yang terjadi sebenarnya ?
Umum sebenarnya telah mengetahui bahawa pasukan kebangsaan Malaysia telah pun memenangi Kejohanan Pestabola Merdeka 2007 yang lalu menewaskan pasukan Myanmar dengan keputusan 3 gol berbalas 1 pada perlawanan akhir.
Namun apa yang meragukan pihak kami ketika ini ialah, mengapa tiada catatan di buat oleh pihak FIFA berhubung kemenangan itu untuk statistik penuh perlawanan yang membabitkan pasukan kebangsaan Malaysia ?.
Berikut perlawanan yang telah dilalui pasukan Malaysia di laman web FIFA Continue reading
Posted in Umum on October 22nd, 2007 1 Comment »
Keputusan Penuh:
My Team 2 0 Vs 2 Indonesia
Senarai Penjaring:
minit 13 - Egi Melgiansyah
minit 20 - Riski Novriansyah
Perlawanan antara pasukan realiti tv My Team 2 melawan pasukan Indonesia bawah 23 tahun ini berakhir dengan keputusan Indonesia menewaskan My Team 2 dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Gol pertama pasukan Indonesia terhasil dari satu sepakan deras luar kotak penalti yang membias salah seorang pemain My Team 2 dan terus menerjah jaring oleh Egi Melgiansyah pada minit ke 13 separuh masa pertama.
Pada minit ke 20 separuh masa pertama, akibat dari salah faham yang berlaku antara pemain pertahanan My Team 2, Chin Kuan Chuan dan penjaga gol Rosfaizul Anuar, Riski Novriansyah berjaya menambah jaringan buat pasukan Indonesia apabila membuat tandukan melepasi kedua pemain tersebut.
Pada minit ke 58 separuh masa Continue reading
Posted in Bolasepak Malaysia on October 21st, 2007 1 Comment »

Pada malam ini pukul 11.00 malam waktu Malaysia, pasukan kebangsaan akan berhadapan dengan tugas getir menentang pasukan Bahrain di tempat lawan untuk kempen kelayakan Zon Asia, Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan. Pasukan Malaysia hanya membawa 22 orang pemain untuk perlawanan pusingan pertama ini.
Senarai Pemain:
01) Syed Adney Syed Hussein
02) Mohd Nasril Nourdin
03) Mohd Farizal Marlias
04) Norhafiz Zamani Misbah
05) Sumardi Hajalan
06) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
07) Mohd Daudsu Jamaluddin
08) Shahurain Abu Samah
09) Chun Keng Hong
10) K. Thanaraj
11) K. Nanthakumar
12) Mohd Sabre Mat Abu
13) Mohd Syamsol Sabtu
14) Mohd Bunyamin Umar
15) Safiq Rahim
16) Azi Shahril Azmi
17) Mohd Amirulhadi Zainal
18) Norshahrul Idlan Talaha
19) Mohd Khyril Muhymeen Zamri
20) Indra Putra Mahayuddin
21) Mohd Zaquan Adha Abdul Razak
22) Mohd Safee Sali
Barisan Kemungkinan Malaysia:
Formasi: 4 - 4 - 2
Syed Adney Continue reading