Undian Pemain Skuad Perak

Setelah musim TM Liga Malaysia 06/2007 berakhir pada 8 September 2007 yang lalu, kini tibalah masanya untuk para peminat semua menilai kembali prestasi pemain-pemain yang telah beraksi pada musim yang lalu dengan undian dibawah.

Pemain yang tidak wajar berada di dalam skuad Perak untuk TM Liga Malaysia musim 07/2008

Para pengunjung dan peminat bolasepak Perak boleh memilih sesiapa sahaja pemain yang difikirkan tidak sesuai lagi untuk menyarung jersi Perak pada musim baru nanti.

Beberapa pemain seperti Kamarul Effandy, Kartik, Razali Umar, Noor Azrul dan lain-lain tidak dimasukkan di dalam undian tersebut kerana mereka hanya dipinjamkan dari skuad Presiden dan bukannya pemain tetap di dalam skuad utama Perak.

Undian adalah rahsia dan hanya terbuka kepada mereka yang telah berdaftar sahaja.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

19 thoughts on “Undian Pemain Skuad Perak

  1. anakperak86

    terima kasih admin sbb bukak poll ni.

    kalo ader masa yg free, boleh x konfemkan romour ni, betui ker idok hardi jaafar akan join pasukan kesayangan kita ni?? semenjak dua menjak ni nama hardi glalmour pulokk.

    tu jer.sekian terima kasih...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Terlalu banyak khabar angin telah didengar sejak kebelakangan ini namun khabar tentang Hardi Jaafar tersebut adalah tidak benar sama sekali.

    Berita yang telah pihak kami terima dari informer yang boleh dipercayai di TMFC , mereka telah berkira-kira untuk melanjutkan kontrak beliau dengan jumlah bayaran yang kami fikir tidak mampu di bayar oleh PAFA buat masa ini berdasarkan fakta gagal mendapatkan penaja setelah kehilangan Presiden Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

    Melainkan jika Hardi Jaafar sendiri telah memilih untuk kembali ke Perak tanpa mengira jumlah wang yang bakal diterima.

    Buat masa ini khabar angin tersebut tidak relevan sama sekali.

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. mrBrain

    Teman nyampoh bebenor lah dgn Danial Fadly nih... Ada sesapa tau npe dia nih sentiasa dlm ke-11 utama? Ker mata teman aje yg nampak dia tak terror, tp org lain kata dia mmg terror???? Anyway, tubuh badan dia pon cam tak sesuai jadik winger.. katik la...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster Post author

    Berdasarkan maklumat statistik penuh perlawanan akhir tempohari, kami mendapati ketepatan hantaran beliau jauh lebih baik dari seorang lagi pemain sayap Perak ketika itu iaitu Shahrul Nizam Mustapa.

    Banyak lagi statistik dari beliau yang memberangsangkan namun tidak dapat kami dedahkannya. Sila dapatkan DVD perlawanan akhir Piala Malaysia untuk maklumat lanjut tentang statistik individu pemain.

    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. PadilTaiping_81

    Saya antara peminat setia skaud seladang ingin mencadangkan supaya memilih dan mengambil lebih ramai pemain-pemain muda untuk diserapkan ke skaud senior perak yang sekarang ini mempunyai ramai pemain yang sudah berumur sekitar 30 tahun ke atas.Adalah di alu-alukan lagi pemain yang merupakan anak jati negeri perak.Pemain-pemain muda kebiasaannya memiliki kepantasan,stamina dan keghairahan yang tinggi untuk bermain dan memburu kejayaan dalam pertandingan dan karier bola sepak.Ditambah lagi dengan bermain untuk pasukan negeri kelahiran sendiri membuatkan semangat bermain untuk pasukan negeri berkobar-kobar berbanding kalau bermain dengan bukan pasukan negeri sendiri atau negeri kelahiran.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. asraf

    betoi yob padil,teman pun setuju kate mike tu. bebudak muda ni semangat deme lebih skit kalu nak banding dgn org dah berumur. tetambah pulak kalu main negeri sendiri,deme lagi suka. cuma yang teman heran ngape sd tak byk turunkan bebudak muda main dlm team kita ni. asik2 muka tu je.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yob Utara

    Steve darby sepatutnya tumpukan tugas coach dan lepaskan jawatan manager supaya boleh cari penaja yang lebih baik lagi musim depan.Kita kena bertindak dari sekarang sebelum terlambat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. anakperak86

    teman pun setuju bebenor dgn pendapat yob utara. spttnyer tugas manager perlu bg kat org lain. dpt ringankan bebanan steve darby baru ler boleh fokus utk team jer. baru ler mantap team kesygn kita ni

    teman harap pafa dpt cr org yg sesuai utk jd manager sbb ms pun dh makin suntuk.

    ipoh mali talak sombong

    kejor yob kejor

    skor yob skor!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. PadilTaiping_81

    saya setuju yob asraf,sd sepatutnya memberi lebih banyak peluang kepada player2 muda untuk beraksi dalam setiap perlawanan.kalau pun tak diturunkan 1st eleven pun,masuk sebagai pemain gantian pun ok juga,tp kena kerap diturunkan pada setiap perlawanan.cuba tengok masa weigang jadi coach,dia banyak beri peluang kat player2 muda beraksi pada masa tu antaranya indra,kit kong,khalid,saravanan,wing hong..masa itu memang era 'emas' kemunculan ramai pemain2 muda perak yang menonjol dan berbakat.sekarang ni team kedah pulak yang memiliki ramai pemain2 muda yang berbakat dan bagus2.saya harap skaud perak akan mengalami lagi fenomena yang pernah berlaku di era 1999/2000 yang mana muncul ramai pemain2 muda 'emas' berbakat sehingga perak muncul juara piala malaysia 2000.Skor Yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. asraf

    terkenang teman tahun 2000 yob padil,kalu tak kerana weigang,sape pun tak kenai indra,khalid,kit kong dan lelain skang ni. masuk zaman netto,memang jahanam bebudak muda. dia langsung le tak bole pakei. bebalik muke tu je main sampai tumpor,ngetor nak tukor orang langsung . masuk sd ni nampak macam baguih je aweinya,rupenya lebih korang netto juge. sape tak nampak subra,razali kandasamy,fakri ni main camne? deme pada teman setara atau paling idak rasanya lebih baguih dari yang muke veteran tu. tapi sd punya stail maleh teman nak kabo dah,bekas presiden kita udah tersilap sain sampai taun depan pulak. berapa banyak koje nak buat dalam satu masa sd ni? manager,coach,pundit espn, cukup ke masa nak luang semua tu? sembang ke orang berdegor2 pasey pembangunan pemain muda.tapi hakikatnya dia sendiri ngetor nak turunkan pemain muda. cakap tak serupa bikin, udah tinggey tak sampe 2 bulan lagi liga nak start, abih apa perkembangan skang ni? gamak ngira duit token berapa nak dapat jadi pundit espn skang ni, maklum le epl dah start. kalu teman dibagi pilihan taun depan, katekan kita takde import le pasey penaja takde,elok humban je sd ni keluor,duitnya ganti bayor gaji kieta ngan dolaye,lagi bebaloi.

    p/s; maaf le admin,teman emosi lebih plak ni,kot ada yg tak berkenan,tolong le betoikan,

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. anakperak86

    sabar yob asraf. teman pun paham perasan miker gak. teman pun ghaser begitu gak. dh masuk 2 season SD bersama perak. tp xder pun sebarang piala smpai ke perak kecuali sumbangsih. elok ler di kaji kontrak SD ni. boleh gak jimat duit.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. Yob Utara

    Buat masa nie penyokong kita memang tgh berduka.Kalau ada yob2 kita yang hilang sabar pun memang patut.Teman tekenang istilah anak perak86 tentang masa yg dah makin suntuk.Sebulan lebih lagi liga baru akan mula,pemain tak maklum siapa yang kekal atau gugur.
    Dah 2 season Steve darby dgn perak,masakan dia masih terpikir2 siapa yg patut stay or go?Apa yang teman kesalkan dulu dah jadi nyata,dia sambung kontrak Kukoc walhal prestasi Kukoc masa tue memang dah menurun.Steve darby dah patut tukar pemain lain masa tue.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. PadilTaiping_81

    Jika dilihat dari kelebihan skaud sd musim ini,skaud perak musim ini nampak ada peningkatan yang lebih baik dari musim lepas.Kalo musim lepas kalau tak silap saya musim lepas kita dpt no 3 dalam liga super,tp musim ni kita no 2 dan hampir2 nak jadi juara.Dalam piala malaysia plak kita terkandas di separuh akhir,tahun ni kita dapat memasuki final dan berjaya menghapuskan badi kalah di separuh akhir piala malaysia cuma tak de rezeki jadi juara je.Tambahan pulak pada suku&separuh akhir kita berjaya menewaskan pasukan perlis dan sabah yang sememangnya perak memiliki badi bila bertemu dengan pasukan tersebut pada musim2 lepas di saingan p. malaysia.Memang tidak dinafikan prestasi perak musim ini boleh dibanggakan & tidak mengecewakan.Perlu diingat bahawa majoriti skaud utama perak musim ini berumur sekitar 30-an.Sampai bila pemain2 ini akan diharapkan dapat menunjukkan permainan yg bertenaga.Saya harap pd musim depan sd dapat memberi peluang yg lebih kepada player2 muda utk beraksi sekaligus dapat menjadi pelapis&pengganti kepada player2 yg dh 'veteran' ni.Memang saya kecewa dengan kegagalan perak untuk menjadi juara piala malaysia,tp kita kena lupakan peristiwa 'hitam' tersebut.Saya jg berharap pihak pengurusan skaud seladang dpt mengekalkan keita mandjou kerana peranannya begitu besar&penting buat skaud perak.Kehebatan keita sbg penyerang 'berbisa' terbukti dengan mendapat penjaring terbanyak liga super 2 musim berturut-turut.Jika perak tidak mengekalkan keita,saya pasti pasukan2 lain akan 'memancing' pemain tersebut.

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. erine herlini

    to all concern,kite sepatutnye beri lebih sokongan kepada pasukan skor yob skor,bukanyer suke atau tak suke to certain player,especially mrBrain,

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. zul4all

    dari poll yg dibuat, teman ghase kome x patut nilai deme dari persembahan final...overall cmne.... tp kukoc , harizul mmg patut terima undian.... ahmad shahrul- tmn ghase performance die thn ni adalah yg terbaik sejak bbrp thn sebelum ni....score, assist, play maker...die buat....jd....xpatut kome undi die...yusri lg teruk, xder plak kome kutuk

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. sEcoNd heARtbEAt

    huh...
    danial assist die bgos..
    tp badan die haluih sgt ar...
    cm xseswai..
    baik undi yusri..
    die cm hampeh jer..
    ntah pape...
    kukoc ngan harizul pon sme..
    trok gle main...
    lg satu,cr ar striker yg lbeh bgos..
    jgn harapkan khalid ngan keita jerk...
    adusss...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.