TM Piala Malaysia – Perak Vs Sabah (result)

TM Piala Malaysia

04hb Sept 2007
Stadium Ipoh,
8.45mlm.

Keputusan Penuh:
Perak 2 – 1 Sabah

Aggregat Penuh:
Perak 3 – 2 Sabah

Perlawanan pusingan kedua separuh akhir TM Liga Malaysia yang menemukan pasukan Perak dan Sabah akan dilaporkan oleh koresponden bertugas dari masa kesemasa hanya di seladang.net bermula pada pukul 8.45 malam untuk info peminat yang tidak berpeluang ke Stadium Ipoh hari ini.

Lineup Perak:

Nasril Nourdin

Azlan Zainal – V. Kukoc – Chan Wing Hoong

Shahrul Nizam Mustapa – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Yusri Che Lah (Fakri Shaarani) – Danial Fadzly

Khalid Jamlus (Wong Sai Kong) – Kieta Mandjou (R. Surendran)

——————————————————————————————

Keadaan padang agak basah dan skuad seladang ketika ini masih lagi menguasai permainan dengan serangan yang bertali arus. – minit ke 10

Gol pertama dari Khalid Jamlus pada minit ke 11 perlawanan hasil hantaran Yusri Che Lah.

Satu percubaan baik dari luar kotak penalti oleh Kieta Mandjou ditolak baik oleh penjaga gol Sabah pada minit ke 31.

Sabah menyamakan kedudukan dengan 1 gol sama pada minit ke 32 permainan.

Khalid Jamlus menjaringkan gol kedua Perak pada minit ke 39 setelah percubaan awal Yusri Che Lah terkena salah seorang pemain Sabah dan diambil kesempatan oleh beliau untuk merembat terus ke gawang Sabah.

Separuh masa kedua Sabah pula mengasak hebat ketika ini ke pintu gol Perak yang lebih banyak bertahan ketika ini. Charles Obi mendapat 2 peluang yang sepatutnya menghasilkan gol namun Nasril Nourdin berjaya menghalang percubaan beliau.

Perak menguasai permainan kali ini dengan banyak serangan dilakukan dari kiri dan kanan sayap pasukan Perak disamping Sabah sesekali membuat serangan balas melalui Charles Obi.

Perak cuba menambahkan sengat dibarisan serangan dengan memasukkan Fakri Shaarani pada minit ke 55 permainan yang menggantikan Yusri Che Lah. Wong Sai Kong masuk pada minit ke 77 menggantikan Khalid Jamlus untuk memberikan peluang Fakri Saarani bersama Kieta Mandjou di barisan serangan.

Perak di lihat cuba memperlahankan permainan dan pasukan Sabah pula ketika ini kerap melakukan serangan balas yang bahaya ke pintu gol Perak. R.Surendran masuk menggantikan Kieta Mandjou pada minit ke 90+ perlawanan.

Akhirnya pengadil meniupkan wisel penamat dengan keputusan Perak berjaya mengalahkan Sabah dengan keputusan 2 gol berbalas 1.

Penonton di Stadium Ipoh berjumlah kira-kira 20 ribu orang.

——————————————————————————————

Kedah 2 – 0 Terengganu

Sementara itu Kedah juga mendahului Terengganu 1 gol tanpa balas pada minit ke 4 perlawanan setelah Marlon Alex James dijatuhkan didalam kotak penalti dan disudahkan dengan baik oleh Nelson Sam Martin. Hasmawi Hassan menambah gol pada minit ke 32 untuk menjadikan kedudukan 2 gol tanpa balas.

Terima Kasih
admin

Nota: Saksikan siaran tertunda 12.00mlm ini di RTM 1

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Sabah (result)

  1. saiful

    Berjumpa kita di Final Piala Malaysia buat kali pertama. Moga-moga kualiti bolasepak yang cemerlang dapat dipamerkan dan yang terbaik akan keluar sebagai pemenang.

    Dua-dua pasukan ada kelebihan dan kekurangan masing masing.

    Jumpa di Bukit Jalil 08 September ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Terima kasih kepada saudara Saiful yang sudi meluangkan masa di sini. Terima kasih juga kepada rakan kita di Kedah yang memberikan update terkini tentang perlawanan dengan Terengganu tadi.

    Tidak lupa juga koresponden seladang.net yang tidak jemu-jemu memberikan update dari masa kesemasa untuk info kita semua.

    Jumpa di FINAL TM Piala Malaysia 06/2007

    Terima Kasih
    admin[@]seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. anas

    Tahniah perak kerana berjaya masuk ke final...jumpa dengan lawan terkuat dalam liga super iaitu kedah pulak...mesti game ni menarik dan sengit...

    skor yob skor....sampai deme tumpor....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. nu_Ox3r

    alhamdulillah...ke final juga kita ye...ni lah final paling dinanti musim ini.dalam liga super kita tidak bernasib baik.andaikata perlawanan terakhir liga super dahulu menemukan perak menentang kedah, saya pasti perak JUARA. final nanti merupakan peluang terbaik.menang piala malaysia bagi saya cukupuntuk mengubati luka terlepas piala liga super.jangan biarkan kenari mencipta rekod.biarlah kita yang menjadi pasukan treble itu pada musim yang akan datang.PERAK BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yob Utara

    Yer teman setuju cakap yob kat ataih nih,kalu bole admin sediakan video klip gol Perak lwn Sabah sebab teman pun tak merasa tengok delay semalam,kena keje shif mlm.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.