TM Piala Malaysia FINAL – Perak Vs Kedah (result)

TM Piala Malaysia

TM Piala Malaysia FINAL
Sabtu 8 Sept 2007
Perak Vs Kedah
Stadium Nasional Bukit Jalil,
8.45 PM

Keputusan Penuh:
Perak 0 – 3 Kedah

Kedah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik di dalam TM Liga Malaysia apabila berjaya menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 3 gol tanpa balas pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Khyril Muhymeen membuka tirai jaringan pada minit ke 25 setelah menerima hantaran dari Marlon Alex James dan memperdayakan Azlan Zainal sebelum merembat masuk gol pertama Kedah.

Seminit selepas itu, Marlon Alex James pula merembat masuk gol kedua pasukan Kedah dari luar kotak penalti setelah menerima hantaran pendek dari Hasmawi Hassan untuk menceriakan ribuan penyokong pasukan hijau kuning yang hadir pada malam itu.

Pada minit ke 29, Khalid Jamlus terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan dan digantikan dengan Fakri Saarani. Malang pula menimpa kepada pemain import Perak iaitu Kieta Mandjou apabila terpaksa diusung keluar pada minit ke 35 apabila mengalami kecederaan dan digantikan oleh R. Surendran.

Petanda buruk menjelma buat pasukan Perak pada minit ke 43 separuh masa pertama setelah ketua pasukan Perak iaitu Ahmad Shahrul Azhar dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning yang kedua pada perlawanan itu setelah dilihat mengasari Nelson Sam Martin.

Separuh masa kedua Perak membuat pertukaran dengan memasukkan S. Subramaniam pada minit ke 65 untuk menggantikan Azlan Zainal yang agak sudah keletihan ketika itu. Kedah menambah gol ketiga mereka malam itu pada minit ke 81 setelah Marlon Alex James yang menerima hantaran lambung dari Fauzi Shaari merembat kencang melepasi Nasril Nourdin.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kedah yang berjaya menjulang Piala Malaysia musim ini dan seterusnya membuat TREBLE CHAMPIONS untuk persaingan TM Liga Malaysia musim 06/2007.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala Malaysia FINAL – Perak Vs Kedah (result)

  1. saiful

    Alhamdulillah...

    Kedah juara Treble... Upgrade sikit rekod Selangor kerana Selangor Piala Liga Perdana, Kedah Liga Super.

    Apa pun Perak janganlah kecewa kerana ada banyak perkara positif sebenarnya. Perak masih antara yang terbaik di Malaysia.

    Jumpa lagi pada musim akan datang November ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ujungparit

    Kekalahan Perak di final Piala Malaysia semalam bukan mengaibkan mana-mana pihak malahan secara positifnya mengingatkan pengurusan Pasukan Perak agar perlu membuat kajiselidik segera bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan untuk bekalan perjuangan tahun 2007/2008. Prestasi setiap pemain perlu dinilai secara adil tanpa tekanan atau pilih kasih. Begitu juga dengan pengguguran dan pengambilan pemain baru perlu diteliti sebaik mungkin. Pada masa yang sama, perlu ujudkan juga program pembangunan lima tahun dalam usaha mencungkil anak-anak muda yang berpotensi bagi memikul tanggungjawab menaikkan maruah permainan bolasepak Negeri Perak bagi tahun-tahun akan datang tanpa bergantung kepada pemain import dalam atau luar Negara.

    Selamat maju jaya PAFA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. rizalman

    Teman bukanlah tak boleh menerima kekalahan,tapi apa yg teman kesalkan ialah kenapa pilih referee yg penuh kontroversi mcm c.ravichandran tu utk game final ni?Dialah punca thailang kalah dgn s'pura masa game aff dulu tu.Bagi penalti saat akhir yang tak sepatutnya sampai pemain thailang semua keluor padang.Kenapa tak guna khidmat subhkidin yg terbukti sentiasa lebih baik dlm mana2 game yg beliau handle?Sedih betul teman dgn kekalahan ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. asraf

    saborlah yob...banyak sebab kita kalah game nih, tapi teman lagi sedih memikiorkan kenapa a'ah main robust sangat sampe kena kad merah...patutnya dia sebagai kapitan kenalah banyak sabo.

    teman dari awal game lagik dah perasan cara a'ah yang kasor semacam...akhirnya kena jugak kad merah dia...aduihh...ngapelah jadi rupe ini kome wehhh..

    ini ler kalah kita yang paling teruk dalam mana2 game yang teman peronah tau dan tengok sendiri...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yob Utara

    nasik dah jadi bubor,tak bermakna dah apapun alasanya.Tiba masa menyusun blk strategi kita utk musim depan.huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.