Rekod Perak Di Tempat Sendiri

Bersama Yong Ayu

Para peminat dan penyokong telah sedia mengetahui bahawa Perak telah berjaya menjaringkan 1 gol di tempat lawan ketika bertemu dengan Sabah dalam saingan peringkat Separuh Akhir pusingan pertama di Stadium Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 1 September yang lalu.

Keputusan penuh ialah seri 1 – 1. Diucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain Perak serta pihak pengurusan yang telah berusaha dengan bersungguh hati. Berkaitan dengannya ada akhbar yang melaporkan bahawa Perak telah berada sebelah kaki di perlawanan akhir TM Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 8 September 2007 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Beberapa orang pengulas sukan juga bersependapat demikian. Syaratnya ialah Perak mestilah sekurang-kurangnya berkedudukan seri tanpa jaringan dalam pertemuan kali kedua di Ipoh pada 4 September 2007 nanti.

Dari segi jaringan gol di tempat lawan yang diperkenalkan semula oleh pihak FAM pada tahun ini, saya mentafsirkan bahawa jika Perak seri dengan jaringan 1 – 1, tendangan penalti akan diadakan bagi menentukan siapa yang layak ke perlawanan akhir.

Jika kedudukannya seri dengan jaringan 2 – 2 atau lebih, maka akan memberi kelebihan kepada Sabah untuk melangkah ke perlawanan akhir. Bagaimanapun mana-mana pasukan yang menang, maka pasukan itulah yang akan pergi ke perlawanan akhir.

Pada mulanya, saya sendiri tidak berapa yakin atas kelebihan yang dimiliki oleh pasukan Perak pada ketika ini dalam mengejar salah satu slot ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia. Setelah saya mengamati rekod Perak di tempat sendiri dalam TM Liga Malaysia pada musim 2006/07 ini, maka hati saya beransur damai dan tenteram.

Keyakinan datang kembali menerjah perasaan saya dan Insyallah Perak akan menempah kejayaan berdasarkan rekod musim ini di tempat sendiri. Hakikat ini didasarkan kepada jadual berikut:

rekod Perak Di Tempat Sendiri

Daripada rekod di atas, bolehlah dirumuskan bahawa Perak lebih meyakinkan ketika bermain di tempat sendiri dalam saingan TM Liga Malaysia musim 2006/07.

Rekod menunjukkan bahawa daripada 18 perlawanan yang dihadapinya bertemu dengan berbagai pasukan untuk TM Liga Super dan juga TM Piala Malaysia di gelanggan sendiri, Perak telah berjaya memenangi sebanyak 14 kali dan seri sebanyak 4 kali tanpa mengalami sebarang kekalahan. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat memberansangkan pada hemat saya.

Walaupun rekod penentu segala, namun para pemain Perak haruslah berwaspada ketika berada di atas padang. Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap keupayaan pasukan lawan. Lupakan dahulu kenyataan ‘telah berada sebelah kaki’ yang diwar-warkan itu.

Ketepikan buat sementara waktu, rekod yang ada kerana ia tidak menjamin apa-apa. Bermainlah seperti biasa tanpa sebarang tekanan. Sebagai seorang pemain professional, mereka seharusnya pandai menseimbangkan antara tuntutan penonton dengan tuntutan jurulatih. Yang penting sekali di sini ialah jangan emosional.

Yong Ayu – seladang.net

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Rekod Perak Di Tempat Sendiri

  1. nu_Ox3r

    saya memang bersetuju dengan apa yang yong ayu katakan.perak hebat di gelanggang sendiri tapi bila sampai ke eringkat semifinal,sudah 4kali perak gagal ke akhir.masih ingat tahun 2002 dan 2003.kita tewas dengan sabah dengan skrip yang sama.seri di likas,bermain di ipoh,kita gagal.2tahun berturut2.ingat lagi kah???tahun 2005 dan 2006 kita bertemu perlis.skrip agak berbeza.2005 kita bermain dahulu di ipoh,kemudian ke kangar.kita tewas.2006 kita seri di kangar,di ipoh kita sudah mendahului.di akhir2 perlawanan,perlis menyamakan kedudukan.masa tmabahan kita tewas.ni lah saya rumuskan sebagai badi.jadi pada malam ini,perak jangan terlalu yakin.main seperti biasa tetapi lebih bersemangat.sudah 6 tahun kita tidak jejak kaki ke pentas final.sudah 7thun kita kecewa piala itu tidak bertandang ke perak.AYUH PERAK!!!!!!!!!!!!!!!!saya tetap yakin perak mampu ke final!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ubati kehampaan kami!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. rizalman

    Walaupun hati teman rungsing dengan game ni tapi teman yakin kita mampu layak ke final.cukuplah rasanya kempunan 7 thn,moga coach/pemain boleh buat sesuatu malam ni.

    Kefinal yobbb....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sEcoNd heARtbEAt

    well..
    akhirnye seladang mng...
    kite kene yakin ngan perak walopon sdah byk kali sangkot kt semi sblom niy....
    moga2 perak boleh benam musuh yg liat kali niy,kedah!!!
    kejor yop kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.